Pages

Assalamualaikum.....




Seringkali doc pesan kan...jangan makan supplement @ ubat dengan air bercaffeine. Penah tak korang fikir kenapa? Ekceli amik vitamin sekali dengan segelas adik-beradik caffeine ni boleh menganggu penyerapan vitamin tu. Okay, let's check out apa akan jadi kalau kita ambik supplement berikut bersama caffeine;

Kalsium
Caffeine menyebabkan lebih banyak kalsium dikumuh dalam air kencing.Setiap 150mg caffeine yang korang amik (lebih kurang nilai untuk segelas kopi), 5 mg kalsium akan hilang.

Iron a.k.a zat besi
Caffeine mengurangkan kadar penyerapan zat besi. Dalam kopi/teh ada polyphenols yang boleh mengikat zat besi yang mana benda ni buat badan sukar menyerap mineral ni. Dah dok besar sangat, macamana la badan nak serap kan...

Vitamin B
Caffein mempunyai kesan diuretic yang ringan. Diuretic tu apa kebendanya? Alah, senang nak kencing...korang perasan tak kalau minum nescafe pastu jap lagi tu mesti nak kencing kan kan kan...Vitamin B ni salah satu vitamin larut air....abis kalau dah nak kencing jke kerjanya...memang hilang cepatlah si vitamin B ni. Selain tu caffeine ni menganggu metabolisma salah satu komponen vitamin B iaitu Thiamine (vitamin B1)

Vitamin D
Vitamin D ni penting dalam penyerapan kalsium. Kekurangan pengambilan vitamin D ni sebenarnya boleh buat tulang jadi nipis dan rapuh. Caffeine pulak menghalang reseptor vitamin D seterusnya menghadkan jumpah vitamin D yang akan diserap. So bila ambik caffeine dalam dos yang tinggi boleh meningkatkan potensi untuk bone loss pada spine. Homak aii kang belum tua dah kena osteoporosis...

So janganlah menggatal nak makan vitamin/supplerment/ubat dengan adik beradik caffeine ni. Tapi kalau korang ni jenis yang kalau tak minum kopi mula la rasa weng, lesu...tapi nak kena amik supplement jugak, korang boleh buat macam ni; lepas minum kopi, balas dengan segelas air kosong lepas tu tunggu dalam 1-2 jam baru amik supplement.

0 Komen:

Post a Comment