Pages

Assalamualaikum.....



First of all, kenali supplement korang samaada water soluble @ fat soluble supaya korang tahu bila waktu sesuai nak consume.
·         Water soluble vitamins (B Complex, Vitamin C) - tidak disimpan dalam badan & kena ganti hari². Minum air secukupnya untuk memastikan kadar serapan yang lebih baik

·         Fat soluble vitamins (Vitamin A, D,E,K) - bertindak dengan lebih effektif bila terdapatnya lemak. Jadi seelok²ya ambil selepas makan hidangan yang berat yang terdapat elemen lemak
--------------------------------------------------------
Multivitamin
è  Ambil multivitamin di pagi hari dengan sarapan/meal. Ini untuk mengelakkan timbul rasa loya @ keadaan yang dipanggil ‘vitamin burps’
B-Complex
è  Ambil di waktu pagi @ tengahari kerana B Complex berdaya untuk boost tenaga & alertness
Vitamin C
è  Jika ambik lebih dari sebiji, sila spreadkan dari pagi hingga malam seperti sebiji pagi, sebiji tengahari, sebiji petang coz vitamin C ni mudah terhapus dari badan. Makan dalam jumlah yang banyak sekaligus amatlah merugikan
è  Tidak digalakkan makan vitamin C sebelum tidur sebab boleh menyebabkan korang berjaga
Iron
è  Susu menghalang penyerapan iron, jadi elakkan ambil apa² supplement yang mengandungi iron dengan dairy product
è  Vitamin C membantu meningkatkan kadar serapan iron
Kalsium
è  Ambil bersama vitamin D bagi memingkatkan penyerapan kalisum
è  Ambil di waktu petang/malam kerana bertindak lebih hebat sewaktu kita tidur berbanding waktu berjaga
Mineral supplement (in general)
è  Better absorb bila diambil bersama vitamin C @ makanan yang berasid
Folic Acid
è  Kadar penyerapan meningkat bila diambil besama vitamin C, tetapi turun bila diambil bersama zinc
Fiber
è  Diambil secara berasingan kerana berdaya untuk bind dengan supplement yang dimakan serentak & dikumuhkan
Fat-based (eg Omega-3)
è  Sebaik²nya simpan dalam fridge. Suhu sejuk membantu melindung molekul lemak yang rapuh dari tengik (rancidity)

* Basic rules; Jangan ambik any supplement dengan minuman berkafein/berkarbonat. Kenapa? Tengok kat sini

0 Komen:

Post a Comment