Dah nama anak bujang, kalau tak cedera mungkin tak lengkap hidup gamaknya. Tapi anak
bujang aku ni bukan setakat luka tercalar je, siap koyak kepala. Tak memasal kena 9 jahitan
(5 jahit belah dalam & 4 jahit belah luar). Cukuplah untuk buat umminya lembik kaki & tak
cukup nafas. Waktu kena jahit meraung macam tak ingat dunia, sampai kena bedung baru
doktor boleh buat kerja. Aku ingat lepas kena jahit tu kotlah nak insaf, rupanya keinsafan tu
kejap je menyinggah. Pukul 6 petang dah start melompat atas sofa, siap main lawan²
bergumpal dengan si Inas.
Tidur lepas penat melalak |
Bila dah kena jahit ni, mulalah makan nak kena pantang kan...karang tak baik pulak luka tu.
Tapi si Akim ni bukannya makan saman, lagi kita kata tak boleh makan ayam & telur benda tu lah yang dia nak. Kalau tak dibagi mau satu hari suntuk mogok tak mahu makan.
Kegeraman aku toksah cerita, tahap paling maksima. Nak di marah, budak tengah sakit gitu.
Penyudahnya aku bagi jugak. Dalam pada tu aku tetapkan syarat pada dia; kalau follow
syarat yang ditetapkan boleh makan 2 benda ni. Demi ayam & telur, Akim setuju dengan
syarat yang ditetapkan (kalau dia tak setuju pun aku tetap buat sampai dia setuju ha ha ha)
Seminggu lepas kejadian, kena pergi klinik untuk buka jahitan. Lagi sekali episod raung-meraung terjadi. Jenuh aku peluk dia sebab doktor nak cabut benang. Dalam dia dok melalak, aku tanya;
"Kenapa Along yang nak menangis? Bukan sakit lagi pun"
Dengan sedu sedan si Akim menjawab "Sakit lah ummie peluk Along kuat sangat!"
Oh ok...sebenarnya aku seriau & ngilu tengok doktor tu potong dan tarik benang, tu yang tak sengaja peluk Akim kuat-kuat, sorry ye sayang. Doctor check luka semua..ok, cantekkk kawasan luka & tempat koyak tu bertaup dengan elok.Takde infection, takde bengkak². Alhamdulillah luka dia memang cepat je keringnya walaupun si Akim hentam ayam & telur. Berbaloi aku tetapkan syarat untuk si bujang tu. Hasilnya memang memberansangkan.
Nak tahu apa syaratnya? Ni dia...
"Makan meal shakes, telan ubat, kunyah vitamin C walaupun masam..setiap hari, no skip² no excuse".
Masa kat opis aku akan telefon setiap waktu tengahari untuk pastikan dia makan ubat, siap ugut kalau tak makan tengahari, petang kena makan double size.
Biarpun muka berkerut² nak mengunyah vitamin C, dia gagahkan jugak. Akim memang tak suka benda² masam, kalau manis tu memang favourite dia. Aku kesian tengok dia gigih menelan segala tu, tapi demi nak mempercepatkan proses penyembuhan tu, aku keringkan hati. Dan hasilnya memang memuaskan hati, cuma sekarang ni ada kesan parut je. En Suami cakap, "takpe anak lelaki...nampak macho sikit".
Takde machonya pun bang, aku nampak macam parut lanun aje. Lepas ni akan aku usahakan pulak untuk memudarkan kesan parut tu. Few item dah ada dalam list, nanti aku sharekan pulak misi menghilangkan parut ni.
No comments:
Post a Comment