Pages

July 23, 2013

Susu Formula buat Inas

Assalamualaikum.....

Ku sangka mudah nak mencari susu formula ni, rupanya tidak. Masa Akim dulu 1-2 susu yang di try dah boleh masuk dengan selera dia. Takde masalah muntah² ataupun cery bery. Ok je. Tapi bila sampai ke Inas, susah nak dapat yang sesuai dengan selera dengan perut dia. Dah la bekalan EBM makin sampai ke penghujung, susu yang sesuai tak jugak dijumpai. Susu formula ni bukannya ada jual sample yang kau boleh cuba². Kau kena request kat company @ kalau nasib baik dapatlah sample kalau dorang ada buat apa² promotion. So far susu yang aku cuba adalah:
1.     Isomil Plus - Inas tak mahu sangat sebab soy-based gamaknya. Tak sedap di tekak
2.     Sustagen - cery bery dari pagi bawak ke malam walaupun dengan sekali serving aje. Penyudahnya si Akim yang tukang habiskan susu ni.
3.     Fresh Milk Duth Lady - yang ini Inas boleh masuk but since fresh milk kan kena store dalam fridge so menjelang tengahari dia minum sikit aje. Masalah jugak. Kesian kat mak aku yang nak kena rendam susu tu. Si Inas ni pulak jenis yang tak menyempat, kalau nak, dan dan tu naknya. So tak praktikal. Tapi bertahan dengan fresh milk hampir seminggu sebab aku masih buat research pasal susu formula ni.
4.     Pediasure - since banyak review kata dorang amik PediaSure bila anak² kena food poisoning mahupun cery bery, aku pun belilah tin kecik PediaSure ni untuk mencuba. First time bancuh aku buat cair sikit sebab nak tengok ketahanan perut Inas dengan susu ni. Lepas sehari semalam minum dia tak kena cery bery @ muntah², lega sesangat.
Jadi lepas discuss dengan En Suami, kitaorang decide untuk bagi Inas PediaSure. Alhamdulillah sampai ke hari dia tak kena cery bery ataupun muntah². Cuma poket umminya sakit la sikit. Sebabnya dalam sebulan dia perlukan at least 1 tin setengah susu yang 1.8 kg tu. Yang Pediasure ni harganya satu tin pulak dah nak menyamai belanja lunch aku sebulan. Tercekik mak. Tapi tak kisahlah janji dia ada susu untuk diminum tanpa apa² masalah.
Masa awal² hari tu, walaupun dia dah go for formula milk, breastfeed tetap ada jugak especially bila nak melelapkan mata & tengah² malam. Waktu lain dia tak kisah sangat. Memula aku okey je continue breastfeed dia tapi kemudian aku rasa contraction bilamana dia menyusu. Jadinya aku kena la berusaha untuk menyetopkannya. Susah wei, tantrumnya menjadi². Aku pulak bila dia mengamuk sakan tak sampai hati nak biarkan. Hulurkan jugak walaupun menahan sakit, but ini tak bagus untuk new baby...jenuh aku usaha nak menyetopkan dia, memula sapu minyak cap kapak kat cik b, okaylah dia refuse...tapi sekejap je, lepas tu dia mintak jugak. Nak tak nak aku tahankan diri melayan amukan anak dara ini tiap² malam. Bila penat baru la dia nak botol. Sengsara la jugak aku sebulan.
Hingga entry ni di publish, aku berjaya menyetopkan breastfeed untuk Inas...sedih woi. Sayu sesangat, rasa rindu nak tengok dia mengempeng. En Suami cakap if let say esok² bila baby dah keluar kalau Inas nak breastfeed balik, dia kata ikutkan je. Sebab dia pun sedih sebab anaknya tak dapat breastfeed sampai umur 2 tahun macam yang kitaorang azamkan dulu.

No comments:

Post a Comment