Semalam, dept aku buat Syawal Gathering sekali dengan birthday celebration untuk mereka² yang birthdaynya jatuh pada bulan Julai, Ogos & September (termasuk aku lah). Kali ni memasing malas nak buat pot luck, so kitaorang decide untuk order aje. Main dishes; Nasi Briyani Gam Kambing, then Laksa, Satay, Kuah Lodeh, Nasi Impit, Lemang & Rendang Daging, Cheese Tart, Kuih-muih Raya.
As usual, bila ada makan² hidangannya akan bermula dari sarapan pagi lagi. Kali ni sarapan pagimya adalah Sandwich Tuna & Telur, Kuih Koci, Popia Goreng juga Karipap. Gambar dishes pagi aku tak sempat snap sebab masuk lambat. Sampai ofis, dah separuh hidangan selamat masuk perut dorang. Ada jugak homemade pizza, 8 set kalau tak silap aku. Tapi aku jumpa pizza ni masa memasing sibuk menapau balance makanan petang semalam. Sempat lah rasa 2 keping. Sedap jugak.
Untuk birthday kali ni keknya adalah Pecan Butterscotch. Mula² nak ikut suara majoriti para penyambut birthday tapi aku dengan sesuka hatinya mendecide kek butterscotch untuk mewarnai sambutan kali ni (dorang ikutkan aje selera mak buyung ni)
Walaupun sambutan kali ni makanannya tak banyak variasi, tapi semua yang terhidang memang sedap. Nasi Briyani Gam Kambing tu memang marveles, aku tak sakit kepala pun lepas makan. Laksa pun sedap, ada rasa kari sikit. Satay pun mengancam. Penyudahnya aku kemuntat sampai ke malam sebab banyak sangat yang masuk perut.
And dinner semalam aku cuma berdaya menelan segelas fresh milk + ESP & sekeping roti. Cukup kenyang membawa ke pagi...Alhamdulillah.
Nah, layanlah gambar celebration ni ye.
Instant deco, kreatif bebudak ni |
Anak dara & mak dara sama naik |
Jejaka yang wujud kat department aku |
Birthday babies |
p/s: orang tua² kata tak baik sambut birthday sebelum waktunya nanti pendek umur...tapi ajal tu kan kat tangan Allah...bukan kuasa kita, so aku rasa tak ada salahnya sambut birthday awal asalkan sambutan tu tak keluar dari norma Islam kan...
No comments:
Post a Comment