Pages

September 26, 2013

Check up @ Hospital Ampang

Assalamualaikum.....

Semalam aku check up kat O &G Hospital Ampang. So sebelum proceed dengan segala macam check up tu sorang nurse panggil aku; 'Maaf puan, boleh kita cerita kejap pasal breastfeeding?'. Berhemah sungguh nurse ni. So aku pun okay je lah, nak menambah ilmu kan. Chit chat kejap je sebabnya most of the content masih dalam ingatan aku jadinya idak la lama sangat. Lepas tu aku tengok dia call orang lain pulak, aku rasa dia ni memang handle briefing pasal breastfeeding. Then later ada sorang bakal ibu ni kena panggil; bila nurse cakap nak cerita pasal breastfeeding aku tengok dia & hubby blur sangat². Dorang macam tercenggang, si isteri pandang si suami, yang suami pandang si isteri. Tapi nasib baiklah dua² tu menurut je langkah nurse tadi. Aku harap nurse tu dapat terangkan segalanya tentang breastfeed pada dorang.
Maka aku nak bercerita tentang breastfeeding a.k.a penyusuan ibu/badan bermula dari awal. So korang akan nampak beberapa part la tentang breastfeeding lepas ni ye.
Sebelum aku proceed part 1 pasal breastfeeding, ni nak cerita sikit pasal check up semalam.
Orang kata kalau check up kat hospital kerajaan ni payah, banyak prosedur, lembabsss, tak mesra alam...bla bla bla..... Tapi semalam proses check up aku mudah je, dalam 15 minit kat kaunter pendaftaran, lepas tu proceed ke Klinik Pakar O & G. Amik nombor, then tak lama lepas tu timbang berat, check air kencing & tekanan darah. Okay, siap. Yang lama cuma nak tunggu giliran jumpa doc. Walaupun ramai doc yang bertugas (6-7 orang) tapi sebab kapasiti pesakit yang ramai jugak menyebabkan kelewatan tu berlaku. Takkan dorang nak check macam touch N go, sah² lepas tu korang komplen pulak. Lagipun kat O & G ni bukan setakat kes orang mengandung aje.
Lepas dalam setengah jam menunggu, aku kena panggil untuk scan. Yang handle ni doc nya muda tapi very soft & particular. Pelan je dia check perut & scan. Placenta ok, baby growth ok, liquid cukup, Alhamdulillah semua ok, done! Lepas tu nurse bagitau lepas doc tulis semua macam review, dia akan pulangkan buku merah.
Tapi nak menunggu buku nilah yang lama, almost 1 hour. Aku dah menguap berkali², perut lak dah berdondang, kena lak dengan aircond yang kuat. Rasa macam nak landing tapi ku tahankan jua. Selepas keboringan menunggu & dah puas tengok gelagat orang, barulah nurse panggil untuk pulangkan buku. Kena datang lagi bila kandungan dah reach 36weeks, alah lambat lagi. Aku selak² buku merah tu, adelah doc punya review kat dalam tu yang aku sendiri tak paham. Walaupun tulisan dia cantik tapi sebabnya semua medical term + short form manalah aku nak tau.
Settle semua perut aku dah menjerit² mintak isi, jadinya pukul 11 pagi aku dah bantai makan nasi + ayam goreng + masak lemak nangka kat kafeteria Hospital Ampang tu. Boleh tahan murah la, aku dengan en Suami sepinggan sorang + 2 gelas teh o ais = RM12. Puas hati dapat makan kau, lauk pulak sedap kan. So semalam walaupun check up aku mengambil masa hampir setengah hari, tapi sebab semuanya ok jadinya tak terasa kepenatan sangat.
Nasib baik aku ambik cuti, plannya balik rumah nak ngroh ngroh kejap. Tapi bila balik rumah, melayan anak dara & anak bujang aku tu; penyudahnya pukul 11 malam baru aku jumpa bantal. Esok² dah ada yang no 3 ni tak tau la pukul berapa pulak aku dapat tidur.

No comments:

Post a Comment