Pages

Assalamualaikum.....

Naturally semua ibu yang mengandung berupaya menyusukan baby mereka. Tapi kekadang masalah datang tanpa kita duga kan. Macam dalam breastfeeding ni pun ada juga masalah yang dihadapi oleh ibu² hingga menyukarkan penyusuan. Antaranya bengkak susu, flat @ inverted nipples & nipple yang luka/merekah.

Bengkak Susu/ Masisitis
Normally perkara ni berlaku akibat peningkatan isipadu susu hingga menyebabkan kesesakkan dalam salur susu kat breast. Diburukkan lagi dengan posisi penyusuan yang tidak betul & baby jarang disusukan. Breast akan terasa bengkak, keras & sakit. Worse come worse, bengkak susu menjadi masisitis; keradangan & penyumbatan kelenjar payudara. Nampak macam tak serius kan...tapi kalau dah kena, boleh demam kau. Bukan demam yang biasa²...lemah satu badan. Yang dalam pantang pulak boleh bentan. Sakitnya boleh melelehkan air mata.
Untuk meredakannya;
·         tuam bahagian breast dengan tuala panas
·         petua orang² lama adalah dengan menyikat breast, dari bahagian tengah menghala ke bahagian nipple. Buat satu arah je, jangan ulang alik. Jadi ibu² silalah beli satu sikat yang tak tajam hujungnya & simpan sikat ni kat dalam beg.
·         Lagi satu petua lama untuk bengkak susu ni adalah dengan letak kelopak kobis yang sejuk kat breast. Ni boleh legakan rasa sakit but tak direcommend buat selalu sebabnya boleh mengurangkan pengeluaran susu.
* Petua ni jugak digunakan untuk berhentikan pengeluaran susu
·         Bagi masisitis, doktor biasanya akan prescribe antibiotik yang sesuai, yang tak menjejaskan baby. Selain tu ubat tahan sakit juga selalu dibekalkan untuk mengurangkan kesakitan pada si ibu.

Inverted Nipples
Ni keadaan dimana nipples tak menonjol bila dirangsang dan menyusahkan baby nak latch on & menyusu. Puting jenis ni akan kelihatan rata dan sesetengahnya tenggelam. tapi ni bukan masalah untuk tidak menyusan baby.
Bagaimana nak mengatasi?
·         Pastikan latch on adalah betul sebab baby akan melekap bermula dari areola, bukan putting
·         Jika baby refuse untuk menyusu, guna breast pump @ apa² suction device untuk tarik keluar nipple ni sebelum nursing session
·         Jangan panic, dapatkan bantuan doktor & nurse untuk cara latch on bagi inverted nipple ni. Tak perlu malu @ sedih
·         Konsisten menyusukan baby dengan breast, insyaAllah inverted nipple tu akan keluar dengan elok

Nipple Luka/Merekah
Berlaku bila posisi penyusuan tak betul, begitu juga dengan latch on. Sewaktu penyusuan sepatutnya bukan sahaja puting dalam mulut baby tapi bahagian areola jugak. Penggunaan breast pump yang salah juga boleh menyakitkan nipple. B. Selain tu jangkitan kulat Candida Albicaus. Jangkitan ni bermula dengan rasa sakit, gatal & pedih.
Nak mencegahnya;
·         Pastikan posisi penyusuan betul
·         Bila guna breastpump jangan terus set sucking level pada aras paling tinggi, mulakan dengan level yang rendah dulu. Kemudia baru adjust ikut keselesaan. Kalau straigh terus pada high level, terkujat nipple tu. maka berpontensi sangat nipple tu untuk luka
·         Jangan memakai bra yang terlalu ketat, anginkan breast sekerap yang boleh
·         Jangan cuci breast + nipple dengan sabun, losyen etc
·         Setiap kali lepas nursing session, ambil sedikit air susu & sapu kat keliling nipple untuk redakan kesakitan

Ni yang biasa dihadapi oleh ibu².....but along the journey, you all akan experience dengan masalah pump lah, storage lah lah, kemeruduman susu lah (mostly sebab stress & tak follow demand & supply). But don’t worry, korang akan belajar untuk deal dengan masalah² ni....jangan risau ya!


0 Komen:

Post a Comment