Pages

Assalamualaikum.....

Bagi yang tak tahu, Alfalfa ni adalah signature produk dari Shaklee. Walaupun macam² produk Alfalfa kat pasaran ni, Alfalfa keluaran Shaklee adalah PREMIUM sebab ditanam secara organik kat California sana nun. Lepas tu bebas dari pestisid, herbasid & menggunakan bahan kompos bebas kimia.
Bagi menghasilkan alfalfa complex ni, Shaklee cuma pakai daun Alfalfa yang telah MATANG sahaja. Daun² ni pulak dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi dalam daun tu.
Ni lah rupa Alfalfa

Apsal Alfalfa ni istimewa sangat?
1.     Ada 8 enzim dalam alfalfa ni;
·         Lipase – untuk proses pemisahan lemak
·         Amilase – pemangkin hidrolisis kanji kepada gula
·         Coagulase – enzim yang mendorong pembekuan terutama darah
·         Emulsin – bertindak ke atas penguraian gula
·         Invertase - enzim yan memangkin hidrolisis sukrosa kepada glukosa & fruktosa
·         Peroxidate – pemangkin pengoksidaan darah
·         Pectinase – enzim yang membantu pencernaan
·         Protase – enzim yang diperlukan untuk mencerna protein

2.     Mengandungi 6 vitamin;
·         Vitamin A:
-       penting untuk mata terutama sekali untuk penglihatan
-       membina ketahanan terhadap jangkitan terutama dalam salur pernafasan
-        menggalakkan pertumbuhan dan kecergasan
-       menggalakkan kulit yang sihat
·         Vitamin E:
-       melindungi sel² daripada kerosakkan akibat sinaran matahari & pencemaran udara
-       meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan otot
-       membantu menguatkan dinding saluran darah termasuk dinding kapilari
·         Vitamin U:
-       menggalakkan kesihatan badan & membantu mengatasi ulser peptic
·         Vitamin B6:
-       membantu asimilasi makanan dan protein serta metabolisma lemak
-       menggalakkan kesihatan safat & kulit
-       membantu mengurangkan gejala loya
·         Vitamin K:
-       penting dalam pembekuan darah

* Alfalfa boleh meningkatkan keupayaan darah untuk membeku.
* Aspirin pula melambatkan pembekuan darah, maka pengambilan alfalfa bersama aspirin (mahupun ubat anti pembekuan yang lain) boleh menggangu fungsi keduanya

·         Vitamin D
-       mengawal penggunaan kalsium & fosforus di dalam badan bagi pembentukan gigi & tulang yang betul & sihat

3.     8 mineral
·         Kalsium
-       membina & mengekalkan tulang & gigi
-       mengawal rentak jantung
-       melegakan saraf
·         Zat besi
-       Diperlukan untuk membina haemoglobin & membantu membawa oksigen dalam darah
·         Mangan
-       Unsur surih yang membantu mengawal gula dalam darah
·         Potassium
-       Mineral yang membantu denyutan jantung, pengecutan otot & saraf & mengawal keseimbangan kimia dalam badan
·         Fosforus
-       Diperlukan untuk pembinaan tulang & struktur gigi yang normal, saling bertindak dengan kalsium & vitamin D, juga meningkatkan
·         Klorin (klorida)
-       Elektrolit penting untuk membersihkan badan, mengawal kadar lemak, gula juga metabolisma kanji
·         Natrium
-       Mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, mengaktifkan limpa, usus & fungsi perut
·         Silikon Magnesium
-       Membantu badan untuk menangani sembelit & merangsang fungsi otak

See...Alfalfa ni ada enzim, vitamin & juga mineral, yang mana dapat membantu mengawal fungsi tubuh badan kita. Bukan senang nak dapat produk yang ada 3 benda ni.

Banyak lagi pasal alfalfa ni nak cerita....kita tunggu part II ye...

Stay tune!

0 Komen:

Post a Comment