Pages

January 15, 2014

Apa ada dengan Alfalfa (Part II)


Assalamualaikum.....

Okay, sambung part II pasal Alfalfa ni…



13 sebab kenapa Alfalfa ni bagus (selalu orang bagi 10 je kan…ni extra 3)
1.     Alfalfa berdaya menurunkan kadar kolesterol & diabetes
-          Dalam satu percubaan klinikal di Budapest, 20 pesakit diabetis telah diberi alfalfa 2kali sehari (1g setiap kali) untuk tempoh lebih kurang 6 minggu. Hasilnya menunjukkan penurunan sebanyak 24 peratus pada kolesterol dalam darah selepas 8 minggu pengambilan
2.     Mengandungi enzim penting untuk pencernaan makanan yang efficient  
-          8 enzim yang diceritakan dalam post sebelum ni; membantu dalam pencernaan 4 kelas makanan (protein, lemak, kanji & gula)
3.     Membantu mengurangkan gout
-          Pembinaan kristal asid urik dalam tisu dan sendi menyebabkan gout. Alfalfa berdaya untuk melarutkan kristal ini & mengurangkan kadar asid urik dalam darah
4.     Membantu mengurangkan keputihan
-          Vitamin A dalam alfalfa membantu mengekalkan kesihatan ‘vaginal mucosa. Vitamin E dalam alfalfa bertindak sebagai antioksida
5.     Alfalfa bersifat alkali, dapat meneutralkan badan berasid & mendetox badan
-          Badan berasid berpotensi besar untuk menjadi perumah kepada banyak jenis penyakit, sifat alkali dalah alfalfa membantu meneutralkan asid & meningkatkan kesihatan
6.     Membantu dalam penurunan berat badan
-          Saponin di dalam alfalfa; salah satu elemen fiber membantu penurunan berat badan & pembuangan yang sihat
7.     Alfalfa bersifat diuretic
-          Effektif untuk mengurangkan pembendungan air dalam badan sekaligus bagus untuk menghalang edema
8.     Berdaya mengurangkan gejala menopaus
-          Alfalfa (daun) mengandungi flavon, isoflavon dan sterol. Isoflavon menyebabkan kesan estrogen yang membantu mengurangkan kesan sampingan dari menopaus
9.     Alfalfa menggalakkan penghasilan susu
-          Digunakan sejak dahulu oleh ibu yang menyusu bagi meningkatkan penghasilan susu
* Namun usaha ini harus disertai dengan memastikan ‘demand & supply concept’ dipatuhi
10.  Alfalfa kaya dengan protein (18.9%) berbanding dengan daging lembu (16.5%) dan telur (13.1%)
-          Bagus untuk pertumbuhan & kekuatan otot serta mengurangkan keletihan & kelesuan
11.  Meningkatkan kesihatah kardivaskular
-          Selain dari merendahkan kolesterol & diabetes, alfalfa membantu meningkatkan peredaran darah dan menghalang pembentukan plak dalam arteri
12.  Mengurangkan alahan (sinus) & masalah pernafasan (asthma)
-          Klorofil di dalam alfalfa membantu meningkatkan kesihatan dan fungsi paru-paru serta melindungi daripada jangkitan
13.  Membantu mengurangkan anaemia
-          Mineral dalam alfalfa membantu membetulkan ketidakseimbangan mineral dalam badan
Selain dari yang kat atas ni, ramai juga yang mengaku alfalfa membantu mereka untuk dapat ‘extra grip’ especially untuk wanita² yang pernah bersalin. So ini adalah good news bagi mereka² yang tak suka nak telan ubat periuk @ jamu untuk effect ketat mengetat ni. Nak cerita lelebih pasal ni kang orang kata auta pulak. Tapi meh try dulu….pastu mesti tersenyum aje!


No comments:

Post a Comment