Pages

Assalamualaikum.....

Honestly aku tak pernah teringin pun nak pegi Legoland ni. Tapi disebabkan Akim sibuk bertanya tiap kali nampak iklan kat tv plus en Sahrul lak menang tiket, so kitaorang pun pergilah. Aku tengah kena sindrom malas nak tulis pepanjang, so inilah story dalam bentuk point form:

Penginapan: Euro Rich Hotel


·         Hotel ni about 15 minit je dari Legoland.
·         Kat kawasan sekitar hotel banyak restoran mamak & stall
·         Dekat jugak dengan Giant, Tesco & Jusco Bukit Indah.
·         Booked Family Premier Rooms (ada 2 katil queen) at price of RM306 untuk 2 malam
·         Cukup besar, selesa & murah untuk kami 5 beranak
·         Tapi yang tak bestnya dalam bilik takde kettle, pastu water dispenser agak jauh dari bilik. Nasik baik aku ada bawak mini thermos, kalau tak mau asyik ulang alik amik air panas.

Legoland


·         Stroller available untuk disewa, sediakan je duit. Yang double à RM45
·         Kalau yang single regenya RM35 kalau tak silap, wheelchair pun available for rent
·         Stroller ni tak sesuai untuk baby, so kalau ada baby sila bawak stroller sendiri


·          Journey kitaorang kat dalam ni bermula dengan Miniland dulu, pastu train ride. Lepas dah round ambik angin, baru start dengan mainan kat dalam tu
·         Tapi aku bit frustrated; mainan yang ada sebab ikut ketinggian kan, so Akim je yang boleh main. Akim pulak penakut, semua nak ayah teman. Yang si Inas terbaring melalak nak ikut, aku nak handle Imran. Penyudahnya langsung tak naik. Adil

Miniland

Selfie anak beranak

Budak paling baik, menyusu & tidur je




·         Untuk waterpark, kalau ada anak antara 0-3 tahun, kena add RM10 setiap sorang, Hah? Jangan terkejut!  Kalau Inas tu nak kena tambah okaylah...yang si Imran kena sekali apekehal? Sah² dia dok terbaring atas stroller tu...kot oksigen kat dalam waterpark ni nak kena bayar gamaknya...memang makan duit sungguh!





·         Waterpark area akan tutup serta merta bila cuaca tak elok + kilat; kitaorang sempat main dalam 10 minit je, pastu park tutup sebab kilat. Dah dekat 45 minit tunggu, tak jugak bukak, kitaorang ambik keputusan untuk balik coz Inas dah melalak nak tidur. Sian sangat sebab kejap je dorang dapat main air....tapi jeritan dari Inas menenggelamkan rasa kesian; tidur tu lagi afdhal.
 So kesimpulannya Legoland pada aku tak best, bagi budak² maybe lah. Rata² yang datang adalah mereka yang dari Singapore. Kat sini duit memang mengalir macam air paip. Bagi makanan pulak, on average kids meal set adalah RM15, orang dewasa RM32 gitu.


Mini pizza & ice lemon tea

Waktu Akim & Inas dalam satu lego centre, poket aku rabak untuk benda ni; sebotol air lemon tea & 2 mini pizza...RM24.80; pizza RM9.90, air tu sebotol RM5...what the hell!!!

Tips:
·         Enter the park once open à 10am
·         Sarapan kenyang² dulu untuk energy nak merantau dalam tu
·         Bawak mineral water banyak² coz kat dalam tu panas
·         If tak go for wet park pun bawak baju spare untuk bebudak sebab gerenti berlengas punya
·         Baby care very nice, clean & sejuk. Selesa untuk breastfeed, buat susu @ nappy change; hanya mak & anak² kecik je boleh masuk...ayah² tak boleh ye
Baby Centre
·         Family toilet available in case korang kena masuk satu gerombolan dengan askar² kecik




So kalau nak pegi Legoland, plan lah awal² dari segi kewangan, kesabaran & kekuatan kaki ye! 

0 Komen:

Post a Comment