Pages

Assalamualaikum.....

Aku adalah peminat tegar cheesecake. SR tu selalu je aku pegi kalau teringin nak makan cheesecake. Selera aku yang ni menurun pada Akim & Inas. So kalau pegi SR mesti beli 4-5 slice. Tak main kongsi² okay....budak berdua tu satu slice sekali hadap je tau. Sekali sekala takpe, kalau selalu harus rabak poket.
Since anak² aku suka nau dengan cheesecake, maka aku terpaksa merajinkan diri untuk buat sendiri. Ni supaya aku & dorang boleh makan puas², nak ulang 10 kali pun takpa.
Maka bermulalah kerajinan aku membuat Cappucino Cheesecake yang sedap ini. Resepi ni aku main redah je ikut suka...Alhamdulillah walaupun 1st time buat tapi menjadi. Nasib baik tak payah bakar kan...kalau bakar aku tak taulah apa yang jadik hik hik hik...

Bahan²:
500gm cream cheese (pada suhu bilik)
200gm biskut marie coffee
50ml susu
3/4 cawan gula - kisar à ni kes malas nak beli gula halus
1/2 blok butter à yang seketul besar tu kerat 2
2 sudu makan coffee emulco
2 sudu teh gelatine
Segenggam chocolate rice

Cara²nya:
1. Hancurkan biskut, jangan terlalu halus
2. Cairkan butter & combine dengan biskut; gaul rata
3. Tekan dalam loyang (spring foam paling elok, senang nak kuarkan)
4. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang sejam
5. Pukul cream cheese, susu & gula sampai sebati
6. Bancuh gelatine dengan air suam kemudian tuang dalam adunan cheese; kacau rata
7. Bahagi adunan cheese kepada 2 bahagian
8. 1 bahagian dicampur dengan setengah genggam chocolate rice; kacau rata
9. 1 bahagian lagi di campur coffee emulco; kacau rata
10. Tuang bancuhan yang ada chocolate rice dalam loyang; ratakan
11. Diikuti dengan bancuhan yang mengandungi coffee
12. Hentakkan sikit loyang untuk bagi padat
13. Taburkan lebihan chocolate rice pada bahagian atas sebagai hiasan
14. Simpan dalam peti ais lebih kurang 4 jam

* Coffee emulco kena hati² pilih sebab takut terkena yang ada alkohol; pilihan aku adalah brand Nur
* Kalau tak dapat coffee emulco ni, boleh je ganti dengan bancuhan nescafe (sila agak² ye, aku tak dapat nak bagi exact sukatan tapi jangan bancuh dengan air yang banyak kang lembik lak cheesecake ni)


Selamat mencuba uolsssssss...!

0 Komen:

Post a Comment