Isnin lepas, jam 7.45 malam..
Sampai kat rumah, lepas jemput Akim kat taska; aku keluar balik sebab nak ke MyMydin beli roti untuk buat bekal. Si Akim sibuk nak ikut sekali. Tapi dia turun je tangga rumah terus menonong ke gazebo pondok kakak aku (kakak aku tinggal kat sebelah je). Dia membongkok pandang bawah pondok lepas tu...
"Takpe Ummie, hantu tu dah pegi"
Hah???
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sebenarnya seminggu sebelum tu, anak buah aku (anak kakak aku yang sulung) duduk melepak kat pondok depan rumah ni. Anak bujang kan; dah lepak kedai mamak, sambung lagi lepak kat pondok dengan kawan². Bercerita macam tak jumpa full stop. Saat tengah sedap berborak & melepak, tetiba rasa semacam ada benda bergerak² kat bawah pondok. Bila dijenguk...rupanya ada makhluk berpakaian lusuh tengah dok merangkak² (masa dia cerita kat aku, terus terbayang cerita Ju-on) kat bawah tu sambil pandang kat arah dia. Bukan dia je nampak, kawan jemaah berborak pun nampak sama.
Awal²nya buat cool je, tapi bila rasa makin tak sedap hati, masing² pakat bersurai.
bawah pondok ni agak penuh dengan pasu & gardening tools. Aku tak tau macamana 'benda' tu merangkak kat bawah tu |
Mulanya dia hanya bercerita pada si abah. Tak mahu bising takut adik²nya takut.....tapi mungkin dia terlupa si Akim boleh nampak apa yang aku tak boleh nampak dengan mata kasar. No wonder si bujang tu takut benar nak pegi rumah kakak aku walau lampu terang benderang.
Honestly masa dia buat statement pasal ‘benda’ tu dah pegi, aku macam kejung jap kat situ. Nasib baik dia dia tak kata
“Ummie, hantu tu pandang kat sinilah”
ATAU
“Ummi, hantu tu senyum kat kitalah”
Confirm kat situ jugak aku terjelepuk!
No comments:
Post a Comment