Chicken broth ni boleh buat memacam untuk baby korang. Boleh campur dengan rice cereal untuk jadikan bubur or sebagai kuah pasta. Then boleh direnih dengan pumpkin untuk jadi savoury porridge untuk si manja. Then boleh jugak korang jadikan sebagai penambah perisa untuk sayur campur, bubur, memacam lah asalkan korang kreatif.
Tempoh masa untuk merenehkan chicken broth ni lebih kurang 4 jam, kalau nak lebih pun tak jadi masalah. Lagi lama lagi best.
4 rangka ayam à kerat 4
2 batang lobak merah
2 batang seleri
2 labu bawang besar à belah 4
1 sudu kecil lada hitam
Rebus semua bahan ni dengan air untuk tempoh 4 jam dengan api yang kecil.
Lepas tu nanti boleh tapis untuk dapatkan chicken broth yang bersih tanpa sisa sisa ayam.
Kalau rangka ayam ni biasanya ada lagi lebihan ayam kat tulang tu kan. Dari nak membazir, boleh kumpulkan isi ayam, carrot & bawang dari rebusan ni, blenderkan. Pastu buat creamy chicken soup. Makan dengan sambal kicap…fuh terangkat!
No comments:
Post a Comment