Pages

Assalamualaikum.....

3 minggu yang lepas, big boss kat rumah masuk hospital sebab kena denggi (kali kedua). Hura hara aku dibuatnya, mana nak menjenguk dia kat hospital, mana nak uruskan si Akim yang tengah exam. Nasib baik lah ada anak buah sanggup bangun pagi² untuk hantar Akim pergi sekolah. Nak harapkan aku yang menghantar silap² jam 8 pagi pun mau si Akim tak sampai sekolah lagi.
Bila dah demam, kena pulak yang demam tu maha takut makan ubat, korang boleh agak la kan macamana dramanya. Nak ku piat telinga, dah besar gajah pun. Kat hospital pun ubat dibiarnya tak bermakan. Nasib baik la ubat gastric & muntah doc dripkan (aku rasa doc dah tau yang dia takut makan ubat kot)

Tak mahu makan ubat kan...so aku sumbat paksa dia ambik Performance Drink & Nutriferon. Mak ai dalam sakit tu banyak jugak idea nak mengelat, nanti kembung  perut lah, penat nak pegi toilet lah...aku tak kira, paksa telan jugak! Lantak la bang, biar kembung perut asalkan cepat recover. Tu lagi penting.
3 malam stay kat hospital then boleh balik. Yehuuu leganya rasa. Tak sanggup aku nak berkampung kat hospital tu lama². Sian anak² kat rumah.
Masa dapat tau big boss tu kena denggi lagi, macam² petua aku dapat; sup ketam, jus betik, jus delima, habbatus sauda & macam² lagi. Tapi aku tak dapat buat satu pun. Memang tak sempat nak cekau benda² semua. Aku usahakan dengan Nutriferon & Performance Drink je. Alhamdulillah berhasil usaha tu, biarpun biru hijau muka dia nak menelan Performance Drink tu.
Lepas beberapa hari keluar hospital, ada officer datang rumah untuk buat pemeriksaan kawasan. Sekeliling rumah clean & clear, memang takda kawasan yang berpotensi untuk jadi port pembiakan nyamuk pun. Mungkin nyamuk² tu dari kawasan lain yang menyinggah travel ke rumah aku kot (hot area)
Hopefully ni last episode untuk demam denggi especially bagi cik abang aku yang teramat takut makan ubat!

0 Komen:

Post a Comment