Pages

July 6, 2015

Berjimba di Berjaya Resort Tioman - Part II (guide & tips)

Assalamualaikum.....

Rajin pulak aku buat 2 entry pasal Tioman ni kan. Here is some of the guide untuk korang yang

nak ke Tioman + review about Berjaya Resort.


Kita pergi dengan review Berjaya Tioman Resort dulu:

- bilik biasa² je, mungkin sebab dah lama tapi bantalnya best padat tapi lembut

- makanan pun ok je dari segi rasa,  agak banyak pilihan, aku bagi 5 bintang untuk pancake & waffle nya sebab takde bau telur langsung

- krew kat Sri Nelayan (tempat makan) ramah & baik² belaka

- pantai di depan Sri Nelayan & chalet ada banyak ‘bangkai’ coral; sakit kaki nak mandi

- pantai di area dive centre bebas sisa coral + cantik + bersih tapi kena menapak agak jauh dari chalet



Overall aku bagi setakat 3 bintang je lah untuk resort ni. Nothing fancy except private beach.

The rest biasa² je. Takde sangat nak rasa istimewa stay kat sini. Not so worth for the price

yang kau bayar (dush kat aku!).


And for the tips:

- schedule ferry tak fixed; bergantung pada air pasang surut, seeloknya dapatkan jadual sebelum buat apa² booking.

- suasasana dalam feri agak hangat & berkuap, advisable pakai baju cotton & sediakan jugak gula² or chewing gum untuk melayan rasa loya & boring

- jetty di Mersing kurang mesra warga tua, penggunaan wheel chair adalah tak digalakkan; kalau
tongkat kaki 3 tu macam ok sikit

- untuk jalan² di sekitar pantai, pakai selipar yang selesa & ringan (Asadi pilihanku)

- pergerakan dari satu area ke area yang lain adalah menggunakan water taxi. Harga dari satu

operator ke operator yang lain hampir sama tapi kalau pandai nego...dapat la kurang sikit; same goes to pakej² snorkeling

- mengikut kata ramai; pantai di Salang lagi cantik, ramai divers & backpackers bertumpu di sini

- hasil chit chat dengan tourist lain, katenya proses masuk melalui dari Tanjung Gemok adalah lebih mudah, orang tak ramai & lebih pendek waktu perjalanannya


Itu jelah tips dari aku, incase aku teringat @ ada tips baru...aku akan tambah ok.


Sekarang kita survey untuk Perhentian & Taiping pulak. Eh Lombok jugak....jenuhla aku nak ikat

perut & buat sales gegila ni...

No comments:

Post a Comment