Pages

Assalamualaikum.....

Ya  Ampun....lamanya bersarang blog ni. Tuan tanah ni dah kenapa lah. Penyakit malasnya makin menjadi². Kemain menjenguk blog orang tapi blog sendiri dibiarkan sepi. Harus dilempang sedas dua untuk sedar diri la tuan tanah oi! Dah puasa, dah raya....baru nak menulis balik ni. Ntah²  lepas entry ni bila pulak lagi next entrynya, wallahualam.
Alhamdulillah, aku menjalani ibadah puasa dengan tenang & teratur. Macam tahun lepas jugak, kekadang mak masak; kekadang beli je kat param. Yang penting tak terkejar² bila time berbuka. Sahur pulak samada panaskan balance lauk bebuka or makan roti (mak & en boss). Aku pulak lagi senang, segelas Cinch & 2 cawan air kosong. Bulan puasa tahun ni aku ambik keputusan untuk tak berbuka dimana² hotel (mahal nau harganya) tapi 2 kali berbuffet steamboat dengan family (emak aku sangat enjoy dengan steamboat)
Raya pun super sederhana. Biskut raya beli masa dah hujung Ramadhan; tu pun nasib baik ada yang rajin datang menjual kat ofis kalau tak memang takde kuih raya la aku.
Tahun ni turn beraya kat KL, tapi hilang seri betul. Lepas solat raya memasing dah tercongok depan tv. Kawasan rumah aku senyap sunyi, tunggu budak² datang beraya tapi nan hado. So, lepas solat Jumaat, terus cabut balik Tg Karang.
Kat kampung pun kami setakat beraya rumah sedara mara dalam lingkungan 7-8km je. Selebihnya menunggu orang datang beraya.
Entah kenapa semangat raya aku sangat merudum, hilang seri. Dengar lagu raya pun sikit² je, takde sesi karoke leleh air mata pun. Rasanya pertambahan usia kot buat aku jadi gini.
And sekarang meneruskan survival hidup; menguruskan anak², suami, bisnes & diri sendiri.
Lately ni juga aku cuba mencari ruang untuk aktiviti mengeluarkan peluh yang dah lama berkurun aku tinggalkan. Cadangnya nak beli beskal; masih mencari² basikal yang sesuai. Lepas ni gigih la mengayuh sambil menyelimkan badan (sambil membayangkan badan Kak Jena & Che Ta).
Okay tu je la untuk harini.
Bye ©©©

0 Komen:

Post a Comment