Pages

Assalamualaikum.....

Selepas setahun, kembali mengetuk keyboard untuk blog ni.
Kalau nak diikutkan mood, memang akan terus bersawang la tapi bila difikirkan; rugi dibiarkan blog ini terkubur. Nah, maka aku memaksa diri untuk kembali mencoret disini.

2016
Tahun yang penuh jerih perih. Kesihatan mental mak makin merudum, memberikan aku extra job tiap kali pulang dari office. Bahagian mak, dugaan aku. Aku cuba yang terbaik walau selalu jeritan terkeluar bila berbicara dengan dia.
Kerjaya masih seperti biasa, cabaran masih sama; dealing with stupid+annoying people. Tapi mereka² ini menceriakan hari aku.
Kesihatan, Alhamdulillah masih bagus tapi berterusan berperang dengan kenaikan berat badan...hmphhh.

2017
Aku tiada azam yang canggih² cuma macam 10 tahun yang lepas, nak selim ha ha ha.
Lepas tu nak kurangkan kadar panas baran & jeritan. Aku juga nak lebih menyimpan sebab aku nak explore tempat orang & gain new experience.
Rasa macam nak beralih kerjaya, tapi tunggu dululah kot. Selagi nafsu bekerja kat office ni masih ada...ku teruskan jua.
Lebih fokus & serius dengan bisnes; nak kena cari push factor yang tegap & kuat la. Kalau harap sekadar kata nak menambahkan pendapatan, maka bermain² lah aku jawapnya. Tahun ni aku nak focus pada bisnes kecantikan saja. Bisnes yang lelain tolak tepi. Takut tak terjangkau nak menguruskannya.
Planning sangat banyak, namun menjadi atau tidak aku tak pasti.
Hopefully semuanya berjalan seperti yang dirancangkan....Amin

....jugak azam nak tulis lebih dari 12 post untuk 2017 ni, kalau tak dapat nak fulfil harus diberi pelempang aja kan he he he

0 Komen:

Post a Comment