Pages

Assalamualaikum.....

Dah azam utama nak kurus & aku tak sanggup nak usung badan yang maha berat ni, maka haruslah aku bertindak sebelum Januari ni berakhir. Kebetulan pulak salah sorang geng jemah gigih men'tag' kawan² yang gumuks dengan 'Jus Keding'...cun sangat la tu.



Bahan² Jus Keding ni pun senang nak dapat, semalam aku pun bersungguh la membeli bahan tersebut.

Tapi aku menderhaka pada resepi asal, aku adjust ikut kapasiti blender cenonet aku;
1biji oren
1 biji epal
1 biji carrot
Halia besar ibu jari
2 cawan air
1 sudu teh chia seed
à semua blend kecuali chia seed, yang ni aku masuk lepas semua dah jadi jus & biarkan 10 minit sebelum minum

ni dah telan separuh


Ngam² dapat 1 tumbler, 2 kali minum; before breakfast & before lunch

nangis nangis & nangis


Nangis wei tengok berat macam tu...dulu berat macam ni adalah time aku dah sarat mengandung.

Bila tengok timbang pagi tadi, segala sumpah seranah aku keluarkan. Tapi kat diri sendiri la sebab aku jugak penyebab berat naik sampai macam tu kan.

Lepas 14 hari nanti kita tengok macamana ye. Hopefully menurun la nombor tu.


Assalamualaikum.....

Selepas setahun, kembali mengetuk keyboard untuk blog ni.
Kalau nak diikutkan mood, memang akan terus bersawang la tapi bila difikirkan; rugi dibiarkan blog ini terkubur. Nah, maka aku memaksa diri untuk kembali mencoret disini.

2016
Tahun yang penuh jerih perih. Kesihatan mental mak makin merudum, memberikan aku extra job tiap kali pulang dari office. Bahagian mak, dugaan aku. Aku cuba yang terbaik walau selalu jeritan terkeluar bila berbicara dengan dia.
Kerjaya masih seperti biasa, cabaran masih sama; dealing with stupid+annoying people. Tapi mereka² ini menceriakan hari aku.
Kesihatan, Alhamdulillah masih bagus tapi berterusan berperang dengan kenaikan berat badan...hmphhh.

2017
Aku tiada azam yang canggih² cuma macam 10 tahun yang lepas, nak selim ha ha ha.
Lepas tu nak kurangkan kadar panas baran & jeritan. Aku juga nak lebih menyimpan sebab aku nak explore tempat orang & gain new experience.
Rasa macam nak beralih kerjaya, tapi tunggu dululah kot. Selagi nafsu bekerja kat office ni masih ada...ku teruskan jua.
Lebih fokus & serius dengan bisnes; nak kena cari push factor yang tegap & kuat la. Kalau harap sekadar kata nak menambahkan pendapatan, maka bermain² lah aku jawapnya. Tahun ni aku nak focus pada bisnes kecantikan saja. Bisnes yang lelain tolak tepi. Takut tak terjangkau nak menguruskannya.
Planning sangat banyak, namun menjadi atau tidak aku tak pasti.
Hopefully semuanya berjalan seperti yang dirancangkan....Amin

....jugak azam nak tulis lebih dari 12 post untuk 2017 ni, kalau tak dapat nak fulfil harus diberi pelempang aja kan he he he