Pages

February 19, 2013

Tak Sengaja BERPANTANG DENGAN SHAKLEE


Assalamualaikum.....

Kalau cerita pasal berpantang, yang pasti aku memang allergic dengan ubat periuk, pilis, param bagai. Sejak first pregnancy aku memang tak berdaya nak menelan yang pahit². So aku memang mencari set pantang yang berasaskan pil aje.
Time berpantang yang pertama dulu aku terjebak dengan set pantang oleh A***Y. Aku buat keputusan untuk beli lepas banyak feedback positif yang aku baca. Then disebabkan kakak yang urut aku tu pun dealernya...so senang cerita amik terus, bayaran pun include sekali dengan upah mengurut. Set ni ada macam²;  kapsul, teh, minyak urut, campuran macam param & pilis (aku tak pakai pun), ubat cebok etc...
Memang senang nak makan TAPI...set ni tak berkesan dengan aku. Aku kena sembelit sampai nangis², lepas tu luka punyalah lambat nak baik walaupun aku gigih guna ubat cebok tu siang malam. Bayangkan dekat 3 minggu luka tu dok sakit lagi....dah lah aku punya jahitan tak terkira banyaknya. Asyik la jalan terkepit². Azabnya...Badan aku pun rasa lemah aje...moody sentiasa. Tambah pulak seminggu lepas deliver aku kena ulang-alik KKIA sebab Hakim kena jaundice yang agak teruk. Penyudahnya mak aku buat air cebok rebusan batang kantan sebab dia pun risau sebab luka tu tak nak baik². Pedih ooo pakai air ni tapi amazing cepat je kering lepas tu. Tang bab sembelit tu, aku terpaksa guna glycerol enema untuk cairkan bahan buangan.
Time berpantang kali kedua pulak, aku dah siap sedia mencari set berpantang yang boleh menjamin kelawasan membuang supaya takde lagi sembelit. And again yang dalam bentuk pill sebab tak kose aku nak makan yang serbuk ni. Lepas dah puas mengoogle, aku decide untuk ambik set keluaran bumiputera, N******Y glamer sungguh set berpantang ni tau. Harga pun boleh tahan. Set ni ada ubat biji, teh, minyak urut, krim barut, lulur & ubat cebok. Selain set berpantang ni, aku jugak ada supplement Shaklee (beli untuk support breastfeeding). Mula² aku suka sangat set ni sebab senang nak membuang. Then aku kurangkan dose dari 2 biji ke sebiji je sehari sebab lawas tu dah menjadi cery bery sampai kelam kabut nak ke toilet. Tapi still jadik jugak. Sudahnya aku tinggalkan je set ni, tak berdaya nak ulang alik ke toilet; yang aku guna semata² teh & krim barut je.
Dan sebaab aku malas nak cari set berpantang yang lain, aku makan je supplement Shaklee tu. Masa ni aku fikir, kira boleh lah supplement ni, janji luka aku cepat baik and badan aku sihat. Kalau kena sembelit, aku makan betik banyak², pasrah je lah. Tapi yang bestnya, walaupun sekadar supplement, aku takde masalah pelawasan (tak sembelit & tak cery bery). Badan aku jadi segar, then tak sampai 2 minggu tu luka dah baik. Aku tak moody macam first confinement dan aku tak menggigil setiap kali lepas menyusu. Aku memang tak nampak macam orang dalam pantang sebab aku boleh bergerak sana sini, basuh/sidai kain, mengemas, muka tak pucat, siap boleh pakai seluar lagi (cuma stoking & bengkung memang aku tak tinggal). Aku jadi happy sangat, dah tu flow susu aku pun bagus. Ni buat aku rasa confinement ni bukanlah satu seksaan. Aku relax je. 44 hari tu tak azab macam dulu. Tak la sibuk nak mengitung hari nak merdeka, steady je beb! Baby aku pun tak banyak raagam sebab perut kenyang aje.
Jadi, kalau ada yang rasa berpantang dengan supplement ni seperti tak lengkap, sila fikirkan balik. Sebabnya supplement² ni berfungsi untuk memenuhi keperluan nutrisi badan kita. Lepas bersalin kita badan kita perlukan vitamin/mineral untuk ganti balik apa yang dah hilang waktu bersalin. So tang mana yang tak lengkap?. Dulu akupun hairan bila ada yang kata nak berpantang dengan supplement je. Aku terfikir, boleh ke baik kalau ambik yang macamni? Tapi bila aku sendiri dah rasa kesannya; next confinement (yang tak tahu bilanya...) pun aku akan stay dengan dengan cara ni & of course lah pilihan aku adalah BERPANTANG DENGAN SHAKLEE!
Bagi yang tak tahu; selalunya bila berpantang inilah yang akan direcommendkan:
ç  B-Complex
ç  Vit C
ç  Vita-Lea Iron Formula
ç  Energizing Soy Protein
ç  Zinc

Yang aku ambik waktu berpantang, takde Zinc tapi ada Alfalfa. Sebab tujuan asal aku adalah untuk breastfeeding, tapi disebabkan masalah cery bery teruslah jadi set berpantang! Kejadian yang aku kira satu rahmat untuk aku.
Okay,  pengalaman sendiri dah aku ceritakan... harap dapat membantu pada yang masih tercari² atau yang masih ragu² untuk berpantang dengan Shaklee!
Ada lagi nak tanya? Atau perlukan lebih info/pandangan? Feel free to email chantekanggun@gmail.com atau sms/WA/call/ 0126564890.

No comments:

Post a Comment