Pages

March 22, 2013

Sayu & gembira saling bertindih

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah harini Inas Nasuha genap setahun. Pantas betul masa beredar...rasa macam baru je lagi meneran nak melahirkan dia.
Selama setahun ni, dia menambahkan keceriaan keluarga aku. Menjadi adik yang terkecil dikalangan sepupu sepapat yang majoritinya lelaki membuatkan dia selalu menjadi rebutan untuk didukung. Oleh sebab tu anak dara ni banyak lemak sikit, demandnya lebih sikit berbanding si abang. Boleh tahan garang, si Along selalu jugak kena ketuk especially bila si bujang tu dah tidur.
Kelahiran anak dara ini juga membuatkan aku kukuh & gigih breastfeed(setakat ini), berjaya menepis halangan/godaan dari susu formula. Juga membuka jalan pada aku mengenali Shaklee dan jatuh chentaaaa.
Aku tak mengharapkan anak aku menjadi kaya raya suatu hari nanti...yang aku doakan cuma menjadi anak yang soleh/solehah, taat kepada perintah Allah swt, mencintai Rasulullah saw, menjunjung ajaran Islam. InsyaAllah kalau semua ni ada dia akan berjaya dengan hidupnya.


Dalam aku gembira, hari ni jugak hampir sebulan bapak aku meninggalkan kami semua. Walau dah sebulan sedih masih bersisa. Masih ternampak² wajah arwah, masih terdengar² bebelan dan laungan azan dari dia. Rindu yang bermukim makin mengembang. Hujung minggu kitaorang terasa kosong walaupun kitaorang cuba fulfillkan dengan aktiviti menyibukkan diri. Sungguh, sakit perasaan ni. Kalau aku sendiri rasa perasaan macamni, bayangkan pulak mak aku...aku tahu dia menangis, setiap hari...dia cuba sembunyikan tapi aku boleh tahu dari mata dia. Malah dia macam hilang semangat untuk hidup. Walaupun dia redha dengan pemergian arwah, tapi rasa sedih dia belum terbebat lagi. Takpe mak, bahu ini masih ada untuk berkongsi rasa itu.
Ya Allah, tempatkanlah bapak ku dikalangan kekasih mu. Tempatkan dia disyurga dan jauhkan dia dari neraka...Amin


No comments:

Post a Comment