Pages

June 12, 2013

1st Family Day S2U @ De Palma Hotel Kuala Selangor

Assalamualaikum.....
Entry ni boleh dianggap separuh basi sebenarnya sebab dah dekat nak 3 minggu baru nak post kan...
Cerita family day ni bermula dengan chit chat gitu² kat group WA S2U. Then, menjadi serius bila memikirkan cara nak gather² selain dari online/offline coaching. So sekumpulan wanita yang cun menawarkan diri membentuk commitee iaitu aku, Hasanah, kak Yatie Mellon,  kak Juslianaliza & Ain.
So sibuklah kami mencari tempat yang sesuai & quotation yang menarik. Akhirnya De Palma Kuala Selangor jadi pilihan. Lepas tu sibuk la pulak mengerjakan goodies bag, mencari material & quotation, apa yang nak di isi, mana nak cari face towel yang boleh sulam, t shirt nak tempah kat mana, hamper macamana bla bla bla.... Akhirnya semua berjaya dicari & disediakan walau ada 1-2 benda yang tak dapat nak ikut kehendak hati.
Pada hari kejadian, WA asyik bebunyi dari pagi dok cerita/tanya nak ikut route mana, nak singgah makan kat mana, nak solat Jumaat kat masjid mana (24/05/2013 ni hari Jumaat). Dah macam live broadcast pulak kat dalam kereta. Akhirnya jam 3 gitu, kebanyakkan dari participant & committe sampai. Check in, lepas tu memasing mula nak lelapkan mata. Tapi dalam pada tu ada yang dah terjum masuk kolam.
Aktiviti bermula pukul 5.30 petang dengan acara sukaneka. Punyalah riuh rendah, anak yang masuk pertandingan, mak² yang bising.

Aku tak join any acara sebab nak kena mengawal anak dara yang tak reti nak duduk diam. Si Akim masuk 2 acara je, lepas tu dok berendam dalam kolam tak mahu keluar. Tak lama lepas tu si Inas pun join sama. Sampai  nak Maghrib baru keluar kolam, tu pun lepas kena paksa.

Malam tu dinner buffet style & penyampaian hadiah untuk acara sukaneka. Riuh rendah stage sebab budak² penuh kat stage, excited nak dapat hadiah.

Kepenatan main air

 Next day, after breakfast ada sesi sharing & coaching, juga sesi gift exchange. 2 tentera aku dah selamat terjun kolam di monitor oleh en Suami. So aku santai sungguh kat sesi ni. Sharing dibuat oleh mereka² yang dah jauh kedepan & berpengalaman;

Arah jam; Nad, kak Eha, Dosh & Kak G

  • Nadiah Suhaidi - pemalu orangnya tapi top enroller tu
  • Farihah Abu Kassim @ Kak Eha - samseng punya cara present tapi memang enjoy, cerah biji mata
  • Ruziah Amin @ Kak G - lembut je ucapan Kak G tapi menusuk jiwa
  • Firdhaus Zulkifli @ Dosh - selalu Iffah yang present tapi kali ni turn soulmatenya pulak
  • Shareeza Hashim @ Kak Cery - Kak Cery ni nampak agak brutal tapi bila bercakap sedap je telinga mendengar
Lepas tu ada sesi gift exchange, makan rojak & photo session.

Then memasing proceed dengan check out & lunch. Lepas lunch aku terus cabut balik Tanjong Karang, tak sempat nak jumpa semua yang ada sebab si Inas mengamuk² nak tidur.
Overall; walaupun banyak kekurangan (al maklum lah ini first family day untuk S2U, takde pengalaman lagi) kami enjoy sangat². Dapat beramah mesra, dapat juga pengajaran yang  berguna....semangat membara² lepas Family Day ni!

No comments:

Post a Comment