Ok serius, ni lagi satu entry hampir basi dari aku! Lately ni aku pack & stuck dengan kerja kat ofis hinggakan waktu lunch aku jadi pendek @ dihabiskan dengan tidur. Kepala mak jammed, so tidur tu lebih afdhal dari makan. Tapi lepas tu pukul 3 aku melalak lapar.
Back to story, 8 Jun hari tu berlangsungnya Shaklee National Conference. Salah satu event yang ditunggu² oleh semua SID (Shakleee Independent Distributor). Sebabnya inilah hari untuk meraikan kawan² yang menerima award hasil usaha gigih mereka. Aku pun excited nak meraikan sama sebabnya sebahagian besar penerima award datang dari gugusan Jutawan Muslimah bawah Kak Cery & Iffah Anuar. Lagipun ni 1st time join sejak melibatkan diri dengan Shaklee ni. Selain tu nak rasa aura kejayaan kaum wanita.
Pendaftaran bermula lebih kurang jam 8 pagi tapi aku sampai ke Sunway Resort & Spa ni lebih kurang jam 9.45 pagi. Mak aiii orang yang datang cukuplah ramai sampaikan semua muka aku tengok sama je. Tak tunggu, aku terus register then dapat goodies bag yang penuh dengan doorgift yang meletup & surat khabar Utusan Malaysia percuma.
Pada hari ni juga CoQ10 dilancarkan dan ada promo "Buy 6 FREE 1". Kat luar dewan ada banyak booth untuk mengisi masa lapang sebelum pintu dewan dibuka. Aku pulak time ni stuck kat tangga sebabnya si Akim dah meraung² ajak pergi Sunway Lagoon. Since tangga tu boleh nampak ke Sunway Lagoon, dia terus park kat sini tak mahu bergerak² dah. Yang anak dara aku bila dia tengok ramai sangat yang pakai baju bling², dia sibuk nak menyapa semua orang, jenuh aku nak mengejar dia kat celah² orang ramai tu.
Then bila pintu dewan bukak, dapat port cantik dekat dengan stage, aku dah tak mahu gerak² dah. Waktu ni shawl dah senget benget kena tarik dengan si Inas. Serius, susah betul nak mengawal dia berbanding si Akim. Cergasnya terlebih²!
Majlis yang berlangsung buat aku sebak. Bila tengok master² Melayu setanding dengan bangsa lain, penerima Car Bonus yang sebahagian besarnya Islam, buat aku sedar bidang perniagaan ni bukan hak milik mutlak bangsa lain. Aku bangga dengan kakak/adik seperguruan aku yang berjaya naik pentas untuk terima award. Aku tekad, next year aku pulak yang nak naik stage tu.
Majlis berehat kejap untuk lunch. Cadangnya nak lunch kat hotel tu je & balik ke dewan sebab nak dengar speech Kak Cery. Tapi disebabkan dua² askar aku dah start ‘mentantrumkan’ diri maka aku terpaksa lah balik. Agak terkilan sebab itulah antara point kenapa aku datang conference ni, tapi yelah anak² perlu diutamakan dulu.Serius penat sebab melayan kerenah budak berdua tu, tapi aura kejayaan tu memang feel giler. Rasa semangat! Bekalan untuk perjuangan aku ke arah kejayaan.
So inilah gambar yang sempat disnap masa NC tu, tak banyak manapun...
Si Akim matanya tak lepas memandang Sunway Lagoon |
Tak sampai setengah jam, belt aku dah senget benget sebab mengejar anak dara ni |
My lovely Iffah |
Wanie yang comel & baby Shaklee yang montel |
Hajat nak bergambar sama Kak Cery tapi sebab takde orang nak tolong snapkan, ambik gambar Kak Cery & posternya je lah |
Tu dia....nampak yang sungguh ramai usahawan muslimah |
Ni lah yang berjaya buat budak² diam sekejap & umminya boleh fokus pada acara |
Next entry...insyaAllah aku share pasal petua untuk menambah umat ye....stay tune.
No comments:
Post a Comment