Pages

July 1, 2013

Petua menambah bilangan umat


Assalamualaikum.....

Seperti yang dijanjikan..mak berjaya tulis entry ni kau...
Sebelum tu, aku  nak bagi amaran awal² jika entry ini sedikit lucah dengan penggunaan perkataan yang mungkin menganggu sensitiviti korang. Bukannya apa, bila aku guna saintifik term yang tak berapa nak saintifik, nanti ada yang bertanya kat aku cam waktu aku buat entry ni dulu. Soalannya 'camne pulak perempuan yang keluarkan telur, bukan lelaki je ke yang ada telur?'. Tepuk dahi kau! Aku tak tau lah budak ni ponteng kelas sains @ dia tidur time subject ni dulu. Jadi untuk menggelakkan soalan sesak nafas begini, aku pakai term yang mudah & akan nampak murah sikit. Tak kisah lah janji korang paham ye...

1.     Buat lelaki; bila 'bersama', waktu nak lepaskan pancutan, sila pancut tu sedalam yang boleh. Ini membantu sperm untuk lebih cepat sampai ke pasangannya. Jangan lah kat depan pintu, penat sperm ni nak berenang jauh² tau.
2.      Buat wanita pulak; lepas 'bersama', jangan terus bangun. Sendal bantal dibahagian bawah punggung, ni juga sebagai bantuan kepada sperm untuk senang berenang. Ada yang kata lepas bersama terus tidur, subuh nanti baru bangun. Tapi ada yang menentang cara ni sebab katanya boleh kena urine infection. Kalau tak mahu terus tidur pun, bagi sedikit masa untuk sperm tu bergerak ke arah yang sepatutnya.
3.     Ekceli sperm lebih aktif & cergas pada waktu sejuk. Penyelidik kat Ben-Gurion University mendapati struktur fizikal sel² sperma lebih sihat pada musim sejuk. Since kat Malaysia ni takde winter macam oversea jadi cubalah 'bersama' pada waktu dinihari (dalam pukul 4-6 pagi). Time ni kan sejukkk....
4.     Makan ulaman tempatan macam pegaga, tapi elakkan yang berangin. Sebabnya ulam ni bersifat alkali. So boleh balancekan acid dalam badan. Kalau urine kita pHnya dalam linkungan 6.5 - 7.5 maksudnya kita sihat. pH badan ni ditentukan berdasarkan apa yang kita makan & jenis pencemaran disekeliling kita. Kalau badan kita terlalu berasid, mukus kat serviks tu juga akan menjadi berasid. Keadaan ini adalah tidak elok tambah lagi dalam usaha sperm nak berenang² untuk mencari telur. Keadaan yang berasid ni menyebabkan sperm boleh hidup sekitar 2 jam aje.
5.     As usual, sejak dahulu kala lagi mak², makcik² dah pesan jangan makan benda² yang bersifat tajam macam nenas. Bukan tak boleh makan langsung kalau teringin tu ciciplah sikit tapi jangan pulak pergi makan sampai sebijik. Tu dah bukan nama teringin tapi tahap melahap. Asam jeruk tu elakkan, korang ingat jeruk ni setakat campuran cuka + gula + garam macam jeruk mangga yang mak² selalu buat ke?. Dalam jeruk ni banyak asid yang tah apa² pekilang ni letak sebab nak panjangkan shelf life jeruk tu. Air tebu pun sama, aku ada satu story mengenai air tebu ni. Few years back ada satu ofis mate aku ni, dia preggy, kira 1st baby lah. Time lunch suka benar beli air tebu, selang sehari kau mesti nampak plastic air tebu kat meja dia. Puas lah kitaorang ni berkhutbah pada dia suruh stop minum air tebu tu tapi degil, macam² alasan dia bagi, katanya dia cuma minum 2-3 teguk je walaupun aku tengok dia sedut straw tu macam orang tak minum 10 tahun. Then waktu usia kandungan dia dalam 6 bulan kalau x silap aku, baby meninggal dalam perut...suddenly je. Maybe dah sampai ajalnya cuma semua orang menyalahkan air tebu, walla'ualam.  Moral of the story, kekadang pantang larang orang tua ada sebabnya. Jadi jangan degil.

Makan makanan yang seimbang & berkhasiat, amalkan sex yang sihat juga cara hidup yang betul (fizikal & mental, rohani & jasmani). Juga berdoa mohon pada Allah swt. InsyaAllah akan ada rezeki untuk korang nanti...

No comments:

Post a Comment