Pages

November 7, 2014

Keputihan Bukan Penyakit, Tapi...

Assalamualaikum.....

Fuh...penuh sawang & berabuk rumah ku ini. Sat akak kemas...



Okay, bersih dah.
Harini aku nak cerita pasal KEPUTIHAN.


Bila sebut pasal keputihan, ramai wanita yang tidak selesa. In fact, ramai je yang menganggap bahawa keputihan itu adalah satu penyakit/jangkitan. Sebenarnya keputihan ni memainkan peranan yang penting dalam sistem reproduktif kita.

Apa itu Keputihan?
Mat saleh panggil keputihan ini sebagai 'vaginal discharge'. Keputihan adalah cecair yang dihasilkan oleh kelenjar di dalam vagina dan serviks untuk membawa keluar sel-sel mati dan bakteria so that vagina dalam keadaan bersih dan mengelakkan jangkitan
Bagi kebanyakkan masa, keputihan adalah normal. Jumlah pengeluaran yang pula berbeza dari segi bau dan warna (warnanya antara jernih seperti putih telur hingga ke warna putih susu) bergantung pada waktu kitaran haid kita.
Sebagai contoh, cairan keputihan adalah lebih banyak pada ketika fasa ovulasi, breastfeeding dan ketika terangsang (aku tergelak waktu taip perkataan ni). Dan jika hamil atau tidak menitik beratkan kebersihan diri; baunya akan berbeza.

Antara yang menyebabkan keputihan yang abnormal (bau, warna & tekstur)

Jangkitan yis
Juga dikenali sebagai candidiasis; amat biasa dikalangan wanita. Jangkitan bakteria ini disebabkan oleh fungus candida.
Menurut Mayo Clinic, 3 dari 4 wanita akan mengalami jangkitan yis paling kurang sekali dalam hidup. Dan biasanya once kena, chances untuk kena lagi tu memang ada.
Candida (adik-beradik yis), berlaku secara semulajadi di permukaan vagina. Pertumbuhannya dikawal oleh lactobacillus. Tetapi jika berlaku ketidakseimbangan, pertumbuhan candida ni akan menjadi terlebih-lebih, tu yang jadi jangkitan yis ni.
Kebanyakkan kes jangkitan yis ni datangnya dari Candida albicans. Jangkitan yis dari jenis ni senang dirawat. Tapi kalau asyik je kena atau dah di rawat tapi tak mahu hilang, mungkin Candida jenis lain yang penyebabnya; ni nak kena refer pada doktor.
Ketidakseimbangan yang dimention kat atas tadi boleh terjadi disebabkan;
·        Antibiotik
·        Kehamilan
·        Diabetes
·        Sistem imun yang lemah
·        Douching
·        Tabiat makan yang buruk, termasuk makan banyak process food dan gula
Simtom yang biasa:
·        Gatal
·        Rasa macam pijar
·        Keputihan yang putih, pekat & likat macam cottage cheese
·        Ruam
·        Sakit ketika hubungan ehem ehem

Vulvovaginitis
Keradangan atau jangkitan vulva (bahagian luar kemaluan) dan vagina. Ia biasa terjadi pada wanita mahupun kanak² perempuan disemua peringkat umur.Ia juga dipanggil vulvitis atau vaginitis

Antara penyebabnya adalah:
·        Bakteria - terlebih tumbuhnya bakteria Streptococcus, Gardnerella, dan Staphylococcus
·        Yis
·        Virus - termasuk Herpes Simplex dan Human Papillomavirus (HPV) yang ditransmit melalui sexual partner
·        Parasit - Pinworms, kudis dan kutu boleh menyebabkan keradangan vulva dan vagina
·        Bahan kimia dalam krim @ semburan
·       Underwear - yang ketat; senang bergesel dengan kulit dan menyebabkan kerengsaan. Kulit yang melecet/luka lagi senang terdedah kepada vulvovaginitis. Kerengsaan juga menyebabkan proses pemulihan jadi lambat.
Simtom yang biasa:
·        Kerengsaan di kawasan vagina
·        Gatal di kawasan genital
·        Bau yang agak kuat, berbau hanyir
·        Kadar keputihan yang meningkat, bewarna putih/kelabu/kuning
·        Rasa tidak selesa atau pijar bila membuang air

Antara prevention method yang biasa untuk mengelakkan bakteria/kuman/yis dari tumbuh tidak terkawal:
·        Jangan pakai underwear ketat
·        Elakkan dari menggunakan scented tampon/pad
·        Makan secara seimbang & sihat
·        Selalu makan yogurt (sebab ada lactobacillus)
·        Pakai pakaian yang longgar dari fabrik gentian semulajadi (cotton, linen, silk)
·        Elakkan dari kerap berendam di dalam hot tubs
·        Elakkan douching
·        Bertukar kepada sabun/detergen yang tidak mempunyai bahan perengsa seperti Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate
·        Amalkan seks yang sihat, tidak bertukar pasangan
·        Lepas membuang air pastikan kawsan sulit dicuci bersih & lap kering (dari depan ke belakang)
·        Tukar underwear/pantyliner/pad dengan kerap & pastikan ianya kering
·        Pakai femine hygine yang semulajadi (air daun sireh/rebusan manjakani) dan kurangkan kekerapan penggunaan supaya baketria baik dapat hidup dengan seimbang
·        Kalau boleh, elakkan antibiotics sebab pengambilan antibiotics juga boleh membunuh bakteria baik & menyebabkan ketidakseimbangan

Gaya hidup yang sihat adalah penting untuk memastikan keseimbangan bakteria²di kawasan vagina. Jika ada masalah seperti di atas, jangan malu² untuk jumpa doktor supaya langkah pencegahan awal dapat diambil. Dan selain dari prescription dari pakar, natural remedies seperti Alfalfa & Garlic boleh diambil.

Mengapa Alfalfa & Garlic?
Sebab kedua² ini mempunyai sifat anti-inflamantory & anti-bacterial.
Pasal Alfalfa, boleh refer kat sini & sini.

Untuk Garlic, soon aku update ye.

  





No comments:

Post a Comment