Pages

Assalamualaikum.....

The idea comes from Dr Halina punya post, What's In My Bag
Ni lah dia entiti² yang dududk dalam beg aku...



Wallet - Dah berkurun wallet ni sampai koyak dah dalamnya, tak dan lagi nak beli baru.

Phone - nyawa aku selepas IC, penting weh sebab aku berbiz online. Gadjet terpenting aku.

Note book - penting, sebab kat dalam tu ada nota² pasal produk Shaklee, customer details. Tapi aku tak penah jot down tarikh² @ appoinment penting dalam tu. Selalunya appointment aku save dalam phone.

Lipstic & lip balm - Aku suka tengok colour lipstic, tapi amat jarang sekali pakai. Aku prefer untuk guna Lip Ice je. Yang EOS tu aku beli sebab ramai yang beli (rasukan mata sebab benda tu comel)

Contact Lens - ni spare je kalau² ada last minute event. Tak main la pakai spec pegi event kan...tak menyerlah mata (alasan tak boleh pakai)

Thumbdrive - macam² ada dalam tu, notes, gambar, video; selagi muat aku sumbat je.

Pill box - Ni untuk daily supplement aku. Tak kuasa nak bawak semua botol masuk beg. Rabak lak nanti.

Kit Kat - bukan setakat Kit Kat je, kekadang ada Hacks tak pun Sugus. Ni sebab budak berdua suka cari barang dalam bag bila aku balik dari kerja, seronok tengok expression muka dorang bila jumpa gula²/coklat dalam beg aku.

Ni yang biasa ye...tapi sebenarnya handbag aku tu dah macam poket doremon, memacam ada. Kalau time aku buat spring cleaning, silap² resit Tesco yang 5 bulan lepas pun wujud dalam beg tu (so korang boleh agak la kan berapa kali aku buat spring cleaning utk beg dalam setahun...ngeeee). Other than than, tissue ada la 3-4 pack dalam tu. Kekadang pampers Imran pun masuk gak, sebab aku ni jenis malas nak tukar² handbag, semua main sauk dalam satu tempat je. Makeup (selain dari lipstic/lip balm) memang amat jarang wujud sebab aku tak pakai pun.



So korang...what's in your bag?