Pages

Assalamualaikum.....



Masa kecik²  dulu aku memang suka naik basikal. Abis semua tempat dari rumah sampai sekolah aku jelajah. Masa MRR2 belum officially open, atas highway tu la aku merempit (tanpa diketahui oleh arwah bapak). Lepas tu bila tamat sekolah, handle basikal memang aku tak pegang dah…punya lah lama, mau dekat 11 – 12 tahun la.
 Tapi menjelang kenaikan umur tahun ni, tetiba rasa gedik nak beli basikal sampai laki aku pun naik pelik. Dia malas nak tanya banyak²  maka diturutkan aje kehendak bini dia ni. Aku pulak gigih mencari kedai basikal. Berangan nak beli mountain bike or BMX la kan; huish selera muda pulak aku ni.
Pencarian aku amat membuntangkan mata, rege basikal idaman aku sampai RM3k hatta yang mencecah RM6k pun ada. Dah macam beli motor gitu. Memula rasa give up nak beli sebab aku tak allocatekan budget yang besar sebab takut nanti basikal tu tersadai jadi tukun. Entah macamana hasil bantuan pakcik Google menemukan aku dengan satu kedai basikal (warehouse) di Kapar, Klang.
So weekend yang panjang sebelum Hari Kemerdekaan, gigih la aku anak-beranak menjejak kedai tu. Sesungguhnya aku telah jatuh cinta dengan sebuah basikal yang amat hensem. Namun ianya tak berjaya dipinang pada hari tersebut disebabkan kereta full. So berjanjilah aku dengan suami terchenta untuk mengulang datang pada minggu yang berikutnya.
So hari Sabtu lepas kami laki bini meredah jam Federal Highway untuk meminang basikal hensem yang buat aku tak lena malam, asyik membelek gambar je ha ha ha. Kedai ni ada macam² jenis basikal, dari basikal budak sampailah mountain bike yang ribu riban. Basikal lipat pun ada jugak. Namun harganya adalah murah berbanding harga pasaran & mereka ada brand sendiri (HTG). Basikal kat kedai ni bawak direct dari China (dorang ada kilang kat sana) & assemble kat sini. That’s why la regenya murah berbanding dengan tempat² lain. Then adik² staff kat kedai ni ramah melayan aku. Korang boleh jenjalan dulu tengok & try basikal yang ada or tengok catalog yang disediakan.

fixie yang comel

tayar beskal ni lebih besar dari tayar moto, regenya starting dr RM900++

Aku tak berapa nak try basikal² yang lain, laki aku je rajin menerai basikal² yang ada. Paling tidak pun aku try basikal fixie & basikal tayar gedabak je. Yang lainnya kaki tak sampai nak kayuh..tu yang malas ha ha ha.
Sekarang ni basikal masih tersadai dirumah tanpa di bawa kemana². Laki aku dah jeling²  sinis namun aku buat derk aje. Alasan, helmet belum beli lagi, sekarang tak selamat nak cycling gamble macam tu je. Tadi dah skodeng Lazada, ade la few helmet yang dah masuk dalam wish list. Esok² la beli gamaknya.
Korang, kalau nak beli basikal, aku sajeskan korang datang kat sini;
Basikal.my - Jualan Basikal Gudang
No. 7, Jalan Sungai Chadong 8,
Batu 5, Jalan Kapar, 42100 Klang, Selangor

Korang boleh cuci² mata dulu kat http://basikal.my/ untuk tengok basikal yang hensem & cantik. Tak rugi korang datang kat sini sebab harga memang murah. Basikal hensem aku regenya RM280 je. Kalau alloy mountain bike, dlm RM1050 pun korang dah boleh dapat, or mungkin ada yang lagi murah sebab aku nampak jugak yang price range dalam RM850 but aku tak sure apa materialnya.. Tapi kalau korang nak yang super branded punya basikal, sorry this is not the place ok.

basikal lipat memacam kaler

deretan mountain bike

basikal hensem aku
dia pun sibuk nak menerai

nasib baik si kakak tak ikut kalau tak mau rabak poket

Lepas ni mungkin aku akan rajin mengugel tempat² menarik untuk berbasikal or mungkinkah basikal itu sekadar hiasan di beranda rumah semata? Wallahu’alam!

4 Komen:

Umiadam said...

Mahal jugaj basikal fixie..

Aduii peningnya kepala ni cari basikal kat anak hmmm

Aisah Salim said...

Try kat lazada...kadang2 dpt murah jugak.

Aisah Salim said...

Try kat lazada...kadang2 dpt murah jugak.

Aisah Salim said...

Try kat lazada...kadang2 dpt murah jugak.

Post a Comment