Pages

Assalamualaikum.....

Kalau korang nak cari produk pemutihan, biarlah yang ada R&D dibuat, jangan la main beli setakat tengok testimoni. Ketahui apa yang ada dalam produk tu. Sekarang ni banyak aku tengok produk yang menjanjikan kesan pemutihan yang sangat cepat sampai tak masuk akal, and even ada nama produk tu pun dah buat aku takut. Kita kat Malaysia ni dah genetiknya kulit tak berapa nak cerah terang benderang macam kat obersea sana, so takat mana nak putihnya. Lagi satu putih tu bukan jaminan yang korang akan jadi cantik. Cuba bayangkan kalau Ning Baizura, Iman or Tyra Banks jadi putih melepak....sure tak cantik macam sekarang kan. Jadinya jangan rasa desperate untuk putih sampai main tala je apa produk yang ada. Orang sekarang ni creativenya memang tak terjangkau dek akal. R&D dibuat untuk tujuan lain, dorang pulak pergi create produk lain. Tak kira la produk yang diambil secara oral ataupun luaran; adalah sangat tidak bagus kalau produk yang digunakan itu tak melalui penyelidikan yang rapi & pemeriksaan yang ketat; nanti akan ada effect² yang boleh buat korang menyesal (kalau dah innalillah...lagilah tak sempat nak menyesal, sedar² dah ada dalam liang lahad)
Bercerita pasal produk nak putih² ni, satu ketika dahulu (masa zaman baru nak kenal dunia), aku juga pernah terjebak dengan satu produk pemutihan. Kalau zaman dulu² kiranya produk ni antara yang famous keluar kat tv. Dek terpengaruh dengan iklan & model yang cun, aku pun gunalah produk ni. Kebetulan masa tu muka aku tengah meriah dengan jerawat & kulit pulak rasa macam gelita je.
Masa first tiub, jerawat aku berkurangan tapi kesan pemutihan tu aku tak nampak pulak. Rasa puas hati, aku continue 2nd tiub. Masa ni bermulalah effect yang tak memuaskan hati. Instead of kulit makin putih, kulit aku jadi KELABU! Kasap je nampak, lagi teruk warna ni dari hitam. Kulit jadi sangat buruk, nampak sangat tak bermaya. Macam tak cuci muka sebulan.
Aku cuak, gelabah, menyesal...segala perasaan lah ada. Aku ni dulu bukan minat dengan skincare² ni semua, baru nak mencuba terus dapat effect kelabu asap. Trauma mokcik tau.
Akhirnya produk tu aku bakul sampahkan, pastu kembali kepada petua² lama (tak berani nak mintak mak duit beli produk yang lain). Agak lama jugak kulit aku nak kembali pada asal. Masa tu aku tak pandang dah segala-gala iklan putih/cerahkan kulit, takut aku pisang berbuah 2,3 kali. Dalam hati dah pasrah, kulit tak cerah pun takpe asalkan jerawat tak menepek meriah. Kemudiannya,bila dah ada duit (jenuh aku kumpul duit belanja sekolah) aku cuba produk yang biasa²je which memadai la untuk bersihkan muka & jerawat tak makin merebak.
And disebabkan kisah kelabu ni la aku tak pandang dah dengan produk yang berasaskan keputihan. Lagipun sejak menjak rajin makan vitamin C, duduk dalam ekon, jarang jumpa matahari, kulit aku dah cerah (cewah). Cumanya sekarang aku jatuh cinta dengan Nutriwhite. Mula²nya gatal nak mencuba je, tapi eh macam melekat terus pulak. Dah dekat setahun pakai, Alhamdulillah takde effect yang mengarut². Ok je kulit. Tone kulit jadi sekata & lebih sihat. Aku rasa ni dah cukup untuk aku sebab bila tone sekata, kulit sihat; takda apa nak risau dah, terpancar² seri macam lampu spotlight gitu.
Negative effect kat aku mungkin la setakat muka aku jadi kelabu, tapi sampai sekarang trauma tu tetap ada. Banyangkan kalau muka mengelupas, terbakar, terhakis, terhabis nyawa disebabkan produk/ubat pemutihan yang terlarang...apa pun tak guna!

So be wise, pilih yang terbaik, berkualiti & selamat hokay!