Pages

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts
Assalamualaikum.....


Alkisahnya kami ke Batang Kali bagi memenuhi jemputan kenduri aqiqah. Since kitaorang tak pernah sampai ke sana so excited la nak tengok kampung orang. Nak² pulak kepala rombongan kata akan lalu Sungai Tua. So aku membayangkan yang kami anak beranak akan stop kejap kat tepi jalan untuk picnic bila balik dari kenduri nanti. Aku main capai je baju renang & baju spare serta towel untuk budak bertiga ni.
Bila sampai sana, rupanya rumah orang kenduri tu tak jauh dari sungai. Lepas perut dah kenyang, dah berborak, dah bergossip kitaorang meredah jalan kampung mencari sungai.
About 100 meter dari rumah kenduri tu, terbentang la sungai yang jernih & bersih. Cik abe aku meliliau jap cari owner nak buat bayaran (kami bayar RM5 je untuk parking). Tak sabau bebeno budak bertiga ni nak main air, tak sempat nak bagi nasihat laju je menonong masuk air.
Tempat ni memang bersih, parkingnya elok bersapu, campsite kat seberang sungai pun kemas je. Airnya toksah cerita la...sejuk ya hamat! Nasib baik la aku masih waras mengenangkan yang aku berabaya bersama wedges & tiada baju spare, kalau tidak memang aku pun terjun sama. Frust aku sebab tak dapat nak terjun tiruk. Laki aku pun sama juga...end up kami duduk kat tebing perhati bebudak je mandi.
Aku plan nak datang lagi tapi tak tau la bila....mengenangkan nak meredah MRR2 tu....macam lama je lagi la baru sampainya kot.
Korang kalau ada masa & tak tau nak picnic kat mana, mai la datang sini.


nak kuak lentang, kuak terbalik boleh je; takde batu

jernih...hmmppphh aku mernahan sabar sebab tak dapat join terjun tiruk

seberang sana adalah campsite, masa ni dorang tengah arrange barang² untuk budak² kolej/U yang nak camping


dekat dengan wakaf tu adalah tempat parking

call jangan tak call
Assalamualaikum.....

Semalam cerita pasal digestion highway, harini nak story mory pasal tabiat makan bagi membantu pencernaan yang baik. Pencernaan yang baik mengelakkan kita dari kena pedih hati, terlebih gas & pembuangan yang tidak sihat. Pencernaan yang baik juga dapat membantu kita mendapat tubuh yang lebih sihat.

Yang patut kita buat adalah;
·       Makan pada waktu yang tetap dan konsisten. Regular in, regularlah outnya
·       Aware dengan apa yang dimakan & saiz makanan tu. Terlalu banyak gula dalam sesuatu hidangan menyebabkan gula dalam darah spike. Penat pancreas nak berkerja untuk keluarkan lebih banyak insulin
·       Berhenti sebelum kenyang; lepas perut dah full, otak mengambil masa kira² 10 minit untuk memberikan isyarat tersebut
·       Kunyah makanan dengan sempurna & jangan berborak sewaktu makan. Bila kita bercakap sewaktu makan, kita tend untuk mengunyah dengan cepat namun tidak sempurna. Ketidaksempurnaan pengunyahan ini akan menyesakkan perut sebab perut tak di design untuk mencerna makanan yang besar, mulut yang patut melakukannya.
·       Relax, jangan rushing². Makan terkejar² akan meningkatkan kadar stress dan melambatkan proses pencernaan.
·       Makan dengan postur yang betul; duduk bersandar dengan betul (tegak, bukan melepek). Ini member ruang yang lebih pada organ pencernaan untuk bekerja & membantu meningkatkan pencernaan.
·       Jangan makan lewat malam. Menjelang malam, badan kita termasuk ssstem pencernaan mula memperlahankan fungsi; ini adalah semulajadi. Kadar enzim juga mula menurun, jadi jika kita makan lewat adalah sukar untuk makanan untuk dicerna disebabkan kekurangan enzim. Ini akan menyebabkan ketidakhadaman & tak selesa untuk tidur
·        Peningkatan aktiviti fizikal dapat meningkatkan pengeluaran enzim pencernaan. Aktiviti fizikal yang dimaksudkan ni bukannya nak suruh berlari @ melompat tapi berjalan dengan sedikit laju sudah membantu
·       Minum air suam instead of air sejuk selepas makan. Air sejuk melambatkan proses pencernaan. Petua orang lama² pun galakkan kita untuk amal minum air suam berbanding air sejuk….ada betulnya lah tu.


Jadinya jom kita amalkan perkara di atas supaya sistem pencernaan kita dalam keadaan yang stabil dan sihat.  
Assalamualaikum.....



Pernah tak korang terfikir berapa lama masa diambil untuk apa sahaja yang korang makan tu dicerna hingga menjadi tinja? Contoh kata, malam ni korang makan chicken chop, bila gamaknya chicken chop tu tercerna?

Bagi aku dengan fikiran yang terlebih pandai; apa aja yang aku makan harini, semuanya akan didigest overnight and esoknya dah settle menjadi tinja (oh korang tau tak maksud tinja ni…?)

Aku rasa yang lain pun fikir macam aku gak kan…ada betulnya la tu tapi proses pencernaan kita ni lebih complicated dari apa yang aku fikirkan. 10 inci tiub (esophagus), muscle sebesar penumbuk (perut), 20 kaki panjang (usus kecil) & 6 kaki panjang (usus besar); itulah komposisi sistem pencernaan kita, umpama sebuah highway yang tak berpeta gitu, tiada Waze, tiada Google Map.

Korang tahu tak, bermula dari makanan masuk ke dalam mulut; on average badan kita memerlukan 24 – 72 jam untuk proses pencernaan 6 hingga 7 jam yang pertama adalah untuk makanan melalui perut & usus kecil dan jam seterusnya di dalam usus besar untuk proses pencernaan & penyerapan yang selebihnya.

The moment makanan masuk dalam perut kita, kira² 3 liter asid hidroklorik dah menanti untuk menukar makananan kita ke dalam bentuk paste (macam blender gitu). Dan kira² seawal 30 minit selepas tu, makanan tadi (dah jadik macam bentuk paste) mula bergerak ke usus kecil untuk penyerapan nutrient ke dalam salur darah. Lebihan dari sini kemudiannya meneruskan perjalanan ke usus besar dimana balance cecair diserap dan yang lebih² tu bertukar menjadi tinja.

Dan tinja ni pulak mengambil masa sehingga 4 hari untuk dikeluarkan dari badan; depends pada banyak mana fiber yang wujud kat dalam makanan kita tu. Kalau banyak fibernya, maka lebih cepat la tinja itu dikeluarkan, kalau sikit fibernya, lama la ia dok menonggok kat dalam kolon.

Setiap makanan yang kita ambil, tahap pencernaan adalah berbeza² depends pada complexity makanan tu. Buah-buahan & sayur paling cepat dan mudah dicerna berbanding dengan daging mahupun kekacang. Kat bawah ni adalah tempoh pencernaan (dalam perut) bagi certain² makanan, untuk panduan korang:
Fruit/vege juice à 15 – 20 minit
Sayur/buah (raw) à 20 – 40 minit
Semi concentrated carbo (kentang, jagung, ubi) à 60 minit
Concentrated carbo (oat, brown rice, bijirin) à 90 – 120 minit
Kekacang à 2 – 3 jam
Tenusu (susu, cheese) à 90 – 120 minit,kalau hard cheese boleh mencecah sehingga 5 jam
Protein à ikan (45 minit), ayam (1 ½ - 2 jam), daging merah (3– 4 jam)

Jadi, kalau korang dalam perancangan untuk buat meal plan, makanan yang lambat tercerna tu elakkan pada waktu malam, kalau nak ambik, make sure ambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Bukan apa pada waktu malam ni, proses metabolism badan dah menurun, jadinya proses pencernaan tu jadik lambat. Kalau makan lebih² nanti susah nak tidur & tendency nak rasa tak selesa kat perut tu tinggi. Take note on that okay!

* tinja > bahan buangan
Assalamualaikum.....

gambar sekadar hiasan, pinjam kat pakcik Google

Orang kata lelaki botak itu sexy...awww dimanakah keseksian itu? Di kulit kepalanya kah atau di bulatnya kepala yang terserlah?

Tak dinafikan, few celebraties macam Bruce Willis, The Rock, Vin Diesel, Jason Statham nampak sexy, macho dan hensem bila botak. But in reality, botak itu tak sexy, botak itu ditakuti!
Kebotakan boleh terjadi kepada lelaki mahupun perempuan namun ianya lebih cenderung kepada kaum Adam. 

Kenapa lelaki lebih mudah botak?
Faktor² kat bawah ni adalah antara punca utama:

1.     Penggunaan wax, krim, gel rambut yang mengandungi bahan kimia. Orang lelaki lebih sinonim dengan bahan² ini berbanding wanita; ye lah kan, nak buat rambut pacak, rambut leper, rambut pusing²...semuanya pakai menda ni.  Penggunaan bahan² pengayaan yang kerap menyebabkan akar rambut rosak dan rambut sendiri menjadi reput. Lain la kalau pakai minyak kelapa dara kan..tapi sapa yang sanggup nak tahan dengan bau tengik minyak ni

2.      Orang lelaki mengambil mudah tentang penggunaan syampoo malah ada yang menjadikan shower gel atau sabun sebagai syampo. Kalau pakai yang baby shower top to toe tu takpe jugak, ni dibantainya Shokubutsu/Palmolive kat kepala, sah² komposisi kulit kepala tu different dengan kulit kat badan

3.      Lelaki kurang menitikberatkan supplemen berbanding wanita. Dorang kate tak rock la makan supplement ni semua. Dan diet yang tidak sihat, kurang zat besi, vitamin B dan vitamin C turut menyumbang kepada masalah ini

4.     Lelaki lebih mudah berpeluh, ini menyebabkan kulit kepala berminyak. Masalah diburukkan lagi dengan penggunaan wax, krim, mahupun gel rambut untuk styling. Sebum yang berkumpul di folikel rambut tu memang menjemput minat bakteria dan fungus sehingga boleh menyebabkan kegatalan/jangkitan/irritation kat kulit kepala.

5.     Merokok, iya lelaki & rokok tidak dapat dipisahkan. Merokok menyebabkan salur darah dalam badan mengecut. Ini menghalang darah untuk bergerak lancar seperti highway ke kepala. Tanpa oksigen dan bekalan darah yang cukup, akar rambut akan lemah dan mati. Macam kita yang tak cukup nafas juga.

Selain dari perkara kat atas, faktor² seperti keturunan & genetik juga menyumbang kepada kebotakkan. Yang ini agak sukar dielakkan & perlukan rawatan dari yang pakar. But do reduce the chances of getting bald by practising a healthy lifestyle and jangan amalkan perkara² kat atas tu ye.  



Assalamualaikum.....


gambar aku pinjam kat pakcik google

Pernah dengar pasal ni?
Korang tau tak apa eat clean/clean eating ni?
Okay salah satunya memang betul, makan makanan yang bersih, nak cari nahas la kalau makan makanan yang tak bersih kan.
Actually takde specific definition but secara generalnya clean eating ini adalah tentang makan makanan dalam bentuk paling semulajadi. Ini maknanya kita cuba elakkan makan makanan yang diproses, yang banyak bahan pengawet, gula tambahan mahupun yang kaya dengan lemak JAHAT. Clean eating ni bukan benda baru, zaman tok nenek kita dulu pun dah buat. Tapi bila zaman makin maju, makin nak cepat & pantas…maka clean eating makin ditelan zaman. And now dah mula kembali atas kesedaran kesihatan.
Dalam clean eating ni takdela specific SOP tapi amalan² kat bawah ni boleh dijadikan guide kalau korang nak berclean eating;
·         Gunakan whole grains macam oat, gandum, even beras yang unpolished macam brown rice as long as tak diproses dengan bahan kimia. Makanan organic masuk dalam kategori clean eating ni
·         Elakkan GULA PASIR. Gula pasir ni harapkan manis je tapi takde apa² nutrient kecuali KALORI
·         Makan 5 – 6 hidangan sehari (breakfast, morning meal, lunch, tea meal & dinner) dengan saiz yang lebih kecil.
·         Daging, kalau boleh biarlah yang fresh datang dari farm dah tu kalau boleh farm tu takde inject² kat binatang peliharaannya……tapi the truth is most of the farm akan ada inject² ni sebab nak memastikan tumbesaran peliharaan mereka ni; be wise…kurangkan daging/ayam..lebihkan ikan
·         Masak sendiri berbanding beli. Kenapa? Sebab bila kau masak sendiri, kau akan tau apa yang kau letak kat dalam masakan tu kan, gula, garam, pak aji etc….so kau boleh control penggunaan bahan perasa (which PATUT dielakkan dalam clean eating ni)…kalau makan kat luar, camno kau nak control?
·         Combine protein & carbo dalam hidangan….dalam erti kata lain; balance meal lah. Bila meal kau ni balance….tendency untuk rasa kenyang & puas tu adalah tinggi. Maka idak le kau asyik mengagau nak mengunyah jajan. Sah² lah jajan tu maha kaya dengan bahan perasa
·         8 gelas air kosong sehari jangan dilupa supaya blood circulation, bendalir kat dalam badan tu stabil…tak la dehydrate, dah tu bahan² buangan pun senang nak keluar

Apa benefit dari clean eating ni?
·         Pengurangan lelemaks & berat badan
·         Peningkatan tenaga, feeling FRESH & ENERGETIC
·         Skin & hair appearance/texture yang lebih baik
·         Peningkatan kesihatan badan & mental
Banyak lagi benefit sebenarnya, kalau nak di list down alamatnya panjang berjela² lah post ni.

So moh la kita amalkan clean eating ni….start pelan²…kita mulakan dengan satu hidangan sehari macam breakfast ke, pastu baru ke makan tengahari & seterusnya makan malam. Kalau korang tak tau apa nak masak kalau berclean eating ni, tanya je pakcik Google, tau lah dia jawabkan nanti. Dan kalau berpeluang, aku akan share resepi² clean eating yang ada dalam koleksi aku. Tapi masalahnya kemalasan aku menggunung pulak kebelakangan ni….haih!
Assalamualaikum.....

Bila aku decide untuk berpantang dengan Shaklee bukanlah bermakna aku meninggalkan penjagaan secara tradisional. Walaupun pilis, param & ubat periuk takde dalam list aku, tapi rempah mandi & cebok tetap ada. Malah untuk rempah mandi & cebok ni DIY lagi.
Dari bulan 11 aritu aku dah start cari bahan² untuk tujuan ni. Ni buat awal² sebab nak keringkan bahan ni semua. Macam biasa daun² ni bukan senang nak cari kat KL, so kat Tanjong Karanglah bahannya dicari.
Utuk rempah mandi, daun²nya;
·         Daun serai wangi
·         Daun pandan
·         Daun jambu batu
·         Daun asam jawa


Untuk rempah mandi, campurkan semua daun² ni lepas tu rebus sekejap. Then dah boleh buat mandi. Kalau nak campur dengan sedikit halba pun boleh.Untuk air cebok, pakai batang kantan aje (rebus & jadikan air cebok)
Masa aku sibuk cari bahan² ni semua, ada yang bertanya kenapa aku tak beli aje. Bukan taknak beli tapi bahan² ni senang dapat kat kampung, so buat apa nak membazir. Lagipun aku boleh buat sebanyak mana yang aku nak, kang kalau beli mulalah nak bersukat². Selain tu aku rasa satu kepuasan dapat buat sendiri.
So kalau korang yang nak bersalin ada bahan² berikut di kawasan sekitar rumah, manfaatkanlah. Duit pun jimat!


Assalamualaikum.....


6 bulan yang pertama kita disarankan breastfeed baby secara ekslusif. Maksudnya tidak dicampur dengan air masak ke, air nasi ke...susu semata. Tapi kekadang baby ni dalam umur 4 bulan dah tunjuk tanda yang dia perlukan lebih dari susu ibu. Ada paed yang recommend untuk start solid food pada baby bermula dari umur 4 bulan lagi. Aku rasa zaman kita dulu² pun dalam umur 3 bulan mak² dah suap kanji kacau kan. Tapi  untuk meminimakan risiko, baiklah kita ikut saranan WHO.
Walaubagaimanapun, ni ada sikit checklist untuk kita tau yang baby dah ready untuk solid food;
·         Boleh mengangkat kepala dan kekal dalam posisi tersebut untuk satu tempoh masa
Ini membolehkan baby menerima makanan yang disuap ke mulut
·         Duduk dengan baik bila dipegang
Baby boleh duduk dengan stabil bila dipegang atau diampu. Kepalanya tidak bergoyang @ meliuk² ke kiri ke kanan seperti pokok ditiup angin
·         Melakukan pergerakan mengunyah
Baby berdaya untuk menolak masuk makanan ke bahagian dalam mulut & berkeupayaan untuk menelan dengan dengan betul
·         Berat badan naik dengan konsisten dan sihat
Bila berat badan dah naik seganda dari masa lahir, then ni juga tanda² baby dah ready untuk solid food. Selalunya ia akan berlaku sekitar usia baby 6 bulan. Tapi sekiranya berat baby tidak normal, pergilah discuss dengan paed.
·         Berminat dengan makanan
Bila baby mula pandang² bila korang makan, cuba mengambil makanan dari tangan mahupun beria nak masuk makanan ke dalam mulut. Tu dia bagi sign yang dia dah ready untuk solid food

Apa yang kita nak mulakan untuk solid food ni?
Ramai mak excited nak start solid food pada baby (aku pun sama jugak) tapi tak sure apa yang patut dibagi kan..Lupakanlah processed food (boxed cereal yang kat pasaraya tu), kita start dengan yang fresh & raw dulu ye. Contohnya avocado, pisang, kurma dan pear. Awal² ni kita nak bagi dorang explore dulu rasa & tekstur yang baru. Then later stage by stage kita introduce rasa & tekstur yang lain pada dorang pulak. Inilah masa yang paling seronok & pening (nak decide the best receipe kan)
Masa Akim dulu aku amatlah naif (konon) pasal solid food ni. Mak aku yang handle semua. Memula dia bagi cucunya kanji kacau tu. Tak lama lepas tu bubur nasi + ikan/ayam. Pastu bubur nasi + ketam. Aku pulak bila shopping kat Tesco mesti beli baby food yang dalam botol tu (brand Heinz) & Nestle Cerelac. Aku memang takde exposure langsung pasal homemade baby food ni. Maklumlah masa ni manja lagi...tambah pulak si Akim tu cucu yang terkecik antara semua, ramai yang jadik penjaga dia.
Then when it comes to Inas, aku dah tau banyak benda; it all start dengan breastfeeding. Bila dah breastfeed, aku jadi extra care apa saja yang masuk dalam perut anak aku. Masa ni lak jumpa kawan² yang selalu cerita pasal breastfeeding + homemade solid food. Aku pun terpengaruh sekali.
Inas dalam 5 bulan lebih dah start solid food. Yang paling awal aku bagi adalah pisang steam + breast milk. Punyalah suka, laju je masuk perut. Dalam seminggu tu memang pisang jelah sebab nak biasakan dia. Later aku tambah sikit dengan kurma. Lagilah dia suka, tapi combination pisang & kurma ni manis. Jadinya aku kurangkan kuantitinya & add up kuantiti breastmilk. Pada awal, aku cuma bagi satu meal sehari. Tapi ini budak memang selera makan jadinya buatlah 3 meal (breakfast/lunch/dinner) tapi dalam kuantiti yang sikit.
Dalam dua minggu lepas tu aku introduce pulak cereal (homemade punya) dengan combination buah/sayur/ayam/ikan. Jadi jadual makan Inas adalah;
Breakfast - rice/oat + pisang/kurma/apple/pear
Lunch - rice + ayam/ikan/carrot/kentang/labu
Dinner - rice + ayam/ikan/carrot/kentang/labu
Rice + ayam/ikan ni aku selang selikan supaya dia tak boring. Tapi si tembam ni memang takde masalah makan, semua ok je masuk perut. Alhamdulillah takde allergic, takde kembung. Emak² kena rajin explore resepi² baru untuk baby ni. Kat internet banyak web/blog yang boleh korang refer untuk dapatkan resepi/idea pasal solid food ni, antaranya;
Terpulang pada korang untuk pilih resepi mengikut selera & keperluan baby. Asalkan rajin pastinya mudah.
Assalamualaikum.....

Naturally semua ibu yang mengandung berupaya menyusukan baby mereka. Tapi kekadang masalah datang tanpa kita duga kan. Macam dalam breastfeeding ni pun ada juga masalah yang dihadapi oleh ibu² hingga menyukarkan penyusuan. Antaranya bengkak susu, flat @ inverted nipples & nipple yang luka/merekah.

Bengkak Susu/ Masisitis
Normally perkara ni berlaku akibat peningkatan isipadu susu hingga menyebabkan kesesakkan dalam salur susu kat breast. Diburukkan lagi dengan posisi penyusuan yang tidak betul & baby jarang disusukan. Breast akan terasa bengkak, keras & sakit. Worse come worse, bengkak susu menjadi masisitis; keradangan & penyumbatan kelenjar payudara. Nampak macam tak serius kan...tapi kalau dah kena, boleh demam kau. Bukan demam yang biasa²...lemah satu badan. Yang dalam pantang pulak boleh bentan. Sakitnya boleh melelehkan air mata.
Untuk meredakannya;
·         tuam bahagian breast dengan tuala panas
·         petua orang² lama adalah dengan menyikat breast, dari bahagian tengah menghala ke bahagian nipple. Buat satu arah je, jangan ulang alik. Jadi ibu² silalah beli satu sikat yang tak tajam hujungnya & simpan sikat ni kat dalam beg.
·         Lagi satu petua lama untuk bengkak susu ni adalah dengan letak kelopak kobis yang sejuk kat breast. Ni boleh legakan rasa sakit but tak direcommend buat selalu sebabnya boleh mengurangkan pengeluaran susu.
* Petua ni jugak digunakan untuk berhentikan pengeluaran susu
·         Bagi masisitis, doktor biasanya akan prescribe antibiotik yang sesuai, yang tak menjejaskan baby. Selain tu ubat tahan sakit juga selalu dibekalkan untuk mengurangkan kesakitan pada si ibu.

Inverted Nipples
Ni keadaan dimana nipples tak menonjol bila dirangsang dan menyusahkan baby nak latch on & menyusu. Puting jenis ni akan kelihatan rata dan sesetengahnya tenggelam. tapi ni bukan masalah untuk tidak menyusan baby.
Bagaimana nak mengatasi?
·         Pastikan latch on adalah betul sebab baby akan melekap bermula dari areola, bukan putting
·         Jika baby refuse untuk menyusu, guna breast pump @ apa² suction device untuk tarik keluar nipple ni sebelum nursing session
·         Jangan panic, dapatkan bantuan doktor & nurse untuk cara latch on bagi inverted nipple ni. Tak perlu malu @ sedih
·         Konsisten menyusukan baby dengan breast, insyaAllah inverted nipple tu akan keluar dengan elok

Nipple Luka/Merekah
Berlaku bila posisi penyusuan tak betul, begitu juga dengan latch on. Sewaktu penyusuan sepatutnya bukan sahaja puting dalam mulut baby tapi bahagian areola jugak. Penggunaan breast pump yang salah juga boleh menyakitkan nipple. B. Selain tu jangkitan kulat Candida Albicaus. Jangkitan ni bermula dengan rasa sakit, gatal & pedih.
Nak mencegahnya;
·         Pastikan posisi penyusuan betul
·         Bila guna breastpump jangan terus set sucking level pada aras paling tinggi, mulakan dengan level yang rendah dulu. Kemudia baru adjust ikut keselesaan. Kalau straigh terus pada high level, terkujat nipple tu. maka berpontensi sangat nipple tu untuk luka
·         Jangan memakai bra yang terlalu ketat, anginkan breast sekerap yang boleh
·         Jangan cuci breast + nipple dengan sabun, losyen etc
·         Setiap kali lepas nursing session, ambil sedikit air susu & sapu kat keliling nipple untuk redakan kesakitan

Ni yang biasa dihadapi oleh ibu².....but along the journey, you all akan experience dengan masalah pump lah, storage lah lah, kemeruduman susu lah (mostly sebab stress & tak follow demand & supply). But don’t worry, korang akan belajar untuk deal dengan masalah² ni....jangan risau ya!


Assalamualaikum.....




Bagi yang tak berkerja, direct feed adalah pilihan so amat jarang sekali golongan ni menyimpan stok susu. Tapi bagi yang berkerja, stok susu adalah penting bagi memastikan kelangsungsan bekalan untuk baby. Walaubagaimanapun dalam keadaan tertentu, walaupun si ibu tidak bekerja tetapi dia harus memerah susu bilamana mengalami bengkak payudara sedangkan bayi sudah kenyang menyusu ataupun mempunyai bayi pramatang yang belum bersedia untuk menghisap susu ibu.
Cara perahan ini terbahagi kepada dua; memerah dengan tangan & memerah dengan pam. Perahan dengan tangan ni juga dikenali dengan nama 'teknik marmet'. Teknik ni tak memerlukan apa² gadjet pun melainkan tangan korang & bekas untuk simpanan susu. Caranya?
1.     Make sure tangan dah dibasuh bersih
2.     Boleh duduk atau berdiri asalkan korang rasa selesa, urut breast perlahan-lahan
3.     Letakkan ibu jari di sebelah atas breast; dekat dengan areola, sementara jari lain di bahagian bawah breast
4.     Urut & picit perlahan area ni, ke arah bawah ye, dari arah breast ke arah putting
5.     Ulang lagi dan lagi, dapatkan ritma yang konsisten. Pada waktu ni, susu akan mula keluar
6.     Susu ni boleh perah direct ke dalam bekas simpanan
7.     Tandakan bekas simpanan dengan waktu & tarikh bagi memudahkan pengurusan stok nanti
Walaupun perahan dengan pam menjadi pilihan ramai, elok juga kita master dengan teknik marmet ni. In case pump tertinggal or rosak, proses perahan still boleh dilakukan. 

Pilihan bekas untuk simpanan susu
 Ada macam² pilihan kat pasaran; terpulang pada pilihan korang sendiri;



Penyimpanan Susu
 Susu yang dah diperah @ EBM (Express Breast Milk) haruslahlah dihandle dengan teliti & bersih, begitu juga dengan penyimpanan. Jadual kat bawah ni boleh jadi panduan untuk korang simpan susu & handle stok.


Stok movement haruslah FIFO (first in, first out).

Pencairan EBM
Untuk cairkan susu ni, rendam bekas simpanan ni dalam air SUAM (40°C - jangan air panas, nanti habis semua khasiat termusnah). Tapi kalau dari freezer tu kau nak cairkan dengan suhu 40°C...alamatnya meraunglah baby nak tunggu susu tu cair. Jadinya korang boleh buat begini;
1.     Tentukan berapa capacity penyusuan anak korang sepanjang hari
2.     Malam; sebelum tidur turunkan susu tu dari bahagian freezer ke peti ais bawah
3.     Then, waktu pagi susu tu tak la keras kedegang; so ni menjimatkan masa untuk korang thaw susu tu
Susu yang dah thaw ni jangan di simpan balik, habis sesi penyusuan balance susu (jika ada) ni haruslah dibuang. So jangan nak apply sesi jimat cermat pada situasi ni ye!
So sebagai motivasi untuk korang...aku tamatkan entry ni dengan sekeping gambar yang WOW!


credit to Human Milk 4 Human Babies

  

Assalamualaikum.....

Okay masuk 2nd part pasal breastfeeding ni, kita cerita pasal posisi untuk menyusu ye. Bagi yang dah biasa, posisi tak menjadi masalah asalkan selesa, kau nak kuak lentang ke, kuak kupu² ke...ikut suka. Tapi bagi 1st timer posisi² berikut adalah untuk panduan korang.

1.     Posisi Mendukung/Buai (The Cradle Hold)

Yang paling biasa dilakukan oleh mak² semua. Ibu duduk & memangku baby dengan lengan. Kemudian muka & kepala baby mengadap breast.

2.     Posisi Mendukung Bersilang/Bersilang Buai (The Cross-Cradle @ Crossover Hold)

Lebih kurang posisinya macam yang no 1, baby dipangku sepanjang lengan. Ibu boleh menukar penyusuan dari breast ke kiri ke kanan atau sebaliknya. Sesuai untuk menyusukan baby pra matang & yang sukar untuk melekap

3.     Posisi Baring (The Side-Lying Position)
Favourite mak² pada waktu malam. Baby dibaringkan menghadap ibu (mengiring). Muka baby setentang dengan breast dengan seluruh badannya seakan melekap dengan badan ibu. Posisi ni sesuai untuk ibu² yang c-zer sebab kurang pressure pada bahagian perut si ibu. Jika bahagian belakang si ibu terasa lenguh, boleh diampu dengan menyendal bantal di bahagian belakang badan.

4.     The Clutch @ Footbal Hold

Satu lagi posisi yang sesuai untuk ibu² yang c-zer, juga ibu² yang ada large breast . Baby diletak disebelah menelentang. Tangan dibawah leher baby bagi menyokong lehernya, tarik baby rapat kesisi/celah ketiak. Posisi ini juga sesuai untuk mereka yanf ada anak kembar yang nak menyusu serentak.
At first time mungkin posisi ni semua nampak pelik. Ibu² kena mencuba untuk mendapatkan posisi paling selesa untuk kedua² belah pihak supaya proses latch on lebih mudah kemudiannya.

Latch On
Bila dah dapat posisi yang selesa, make sure baby latch on properly
1.     Pegang baby rapat ke arah badan (perut bertemu perut) 
2.      Ampu breast & halakan puting ke arah mulut baby
3.      Pastikan baby membuka mulut dengan luas dengan lidahnya ke arah bawah
4.     Masukkan puting hingga areola ke mulut baby - dalam keadaan ini pastikan baby datang ke arah breast, bukan breast ke baby
5.     Bila baby start suck, pastikan hidung baby hampir² menyentuh breast tapi jangan sampai penyek pulak hidung baby tu
6.     Lepas tu dah boleh dengar baby menelan susu yang keluar.
Pada permulaan sesi (bagi yang baru) proses ini mungkin sedikit sakit sebab baby nak biasakan diri. Tapi selepas 30 - 60 saat kesakitan ni akan mereda. Later ibu² akan start enjoy breastfeed baby. Bagi yang baru bersalin, bila baby start latch on korang akan ada rasa kat bahagian perut, aku tak reti nak explain rasa tu...tapi tu lah dia tanda² pengecutan rahim (Doc yang baca entry ni, kalau boleh explain sikit dengan ayat yang betul).
Next entry aku cerita pasal cara nak perah & simpan stock susu ye! Adios