Pages

Showing posts with label Meal Shakes. Show all posts
Showing posts with label Meal Shakes. Show all posts
Assalamualaikum.....

Dah masuk hari ke dua di tahun 2013, dan aku yakin hari ni ramai mak bapak yang berkumpul kat sekolah sebab hari ni first day persekolahan (bagi kebanyakkan tempat). Bagi yang baru masuk tadika atau darjah satu mesti akan ada episod nangis², jerit²….memang tak boleh elak punya. Anak bujang aku pun dah masuk tadika tapi kelasnya start esok…so aku tak tau lagi bentuk drama yang akan berlaku.
Tinggalkan dulu cerita masuk sekolah tu…hari ni aku nak cerita tentang breakfast. Ramai orang skip breakfast sebab dorang semua anggap breakfast tu ala² buat alas perut je, bukan penting sangat…tu ramai yang selalu mem’brunch’kan breakfast atau skip breakfast bila dah lambat nak pergi kerja sampai si anak pun tak sempat nak di bagi breakfast. Ramai orang tak sedar yang breakfast ni penting especially untuk budak².
·         Skip breakfast boleh buat budak² rasa letih, resah dan marah. Kenapa? Sebab badan manusia ni ibarat enjin kereta yang mana korang perlu isikan dengan minyak untuk bergerak. So sarapan ni adalah proses ‘mengisi minyak’ bagi badan. Lepas dah tidur 8-12 jam, badan perlukan tenaga untuk bergerak dan berfungsi hingga waktu makan tengahari.
·         Sarapan juga boleh membantu menjaga berat badan kanak². Breakfast ini ibarat kick start untuk metabolisma badan, so bila metabolisma ni dicuit dia pun start bakar kalori.
·         Budak² yang ambil breakfast mempunyai tahap kolestrol yang rendah
·         Sarapan akan meningkatkan daya tumpuan dan ingatan.
·         Possibility untuk korang makan terlebih² (sebab lapar sangat) time lunch sangatlah tinggi bila korang skip sarapan, dah tu makanan yang korang ambik tu tinggi lak kalorinya. Maka alasan skip breakfast untuk diet adalah amat tidak betul sama sekali
Walaupun breakfast ni penting, pilihan hidangan tu pun sama pentingnya. Breakfast yang bagus adalah yang mempunyai komponen kaya raya dengan fiber dan protein, tapi miskin karbohidrat dan gula. Ini adalah kerana;
·         fiber dapat membuat rasa kenyang/penuh yang lebih lama, nak membuang pun senang
·         protein untuk build up muscle dan mengelakkan rasa lapar di pertengahan pagi
·         karbohidrat dengan high glycemic index akan meningkatkan level glukos dalam darah, korang jadi mengantuk, selera makan jadi makin besar dan pendorong kepada obesiti
So suka atau tak, janganlah skip breakfast. Paling² tidak sediakanlah segelas susu/smoothies untuk anak² supaya dia tak lesu.
Shaklee ada pilihan bagi mak² yang sibuk sentiasa; MEAL SHAKES perisa French vanilla yang mana boleh dibancuh dengan susu/milo/chocolate etc…
Tambah 1 scoop dalam minuman favourite (kecuali adik beradik kopi & teh), shake shake shake…dah ready. 1 serving dah ada fiber, protein, karbohidrat, lemak, vitamin A, vitamin C, kalsium, zat besi dan rendah glisemic index. Cepat, mudah, sedap tapi berkhasiat; tak macam instant breakfast yang lain. Ni nutrition fact bagi meal shakes ni.


Meals shake ni pun sesuai bagi orang² dewasa, ibu² mengandung, warga emas, pendek kata untuk seisi rumahlah.


Bayangkan anak korang macam ni kat sekolah, orang lain excited belajar; dia dok sedap pejam mata. Bukan salah dia pun, silap korang yang tak sediakan breakfast yang berkhasiat untuk dia.

Assalamualaikum.....

1 hari setengah je lagi (saat entry ini ditaip) kita akan berpuasa. Eh, jangan mengeluh wahai umat Islam semua. Puasa mesti disambut dengan perasaan gembira, ni kan peringatan dari Allah supaya kita kenal erti bersabar, tabah, dan bersyukur…(eceh..bertazkirah la pulak). Tiba² teringat la pulak bila puasa ni penyakit ‘GASTRIK’ mesti popular kan…sama ada mereka² ini betul² sakit @ saja buat² sakit sebab tak nak puasa….di luar bidang kuasa aku untuk menentukannya

Bagi bf mommies (macam aku la) kedatangan puasa menimbulkan kerisauan kan. Mesti dok fikir; Mampu ke aku nak berpuasa? Cukup ke bekalan susu aku nanti? Macamana kalau production susu down kalau berpuasa? Mesti ada soalan² macam ni kan…

Sebenarnya berpuasa tak membebankan pada ibu² yang menyusukan tapi Allah ada bagi ruksah bagi ibu² yang menyusu yang takut berpuasa akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Puasa dibulan Ramadhan tidak menimbulkan dehidrasi kepada ibu kecuali bila si ibu itu tidak memberatkan amalan bersahur dan juga tidak minum air yang secukupnya (bermula dari waktu malam sehingga tiba waktu bersahur). Selain itu kekurangan susu juga tidak berlaku kerana penghasilan susu ibu itu bergantung kepada konsep ‘demand & supply’; lagi banyak demand, lagi banyak supply so seharusnya ibu mengepam/ menyusukan baby seperti hari² biasa.
Bagi aku pulak, aku memang dah readykan mind untuk berpuasa dan breastfeed baby. Penting tau set kan mind kita sebab otak ni tempat nak menghasilkan hormon untuk penyusuan (prolaktin & oxytocin). So mind tu yang nak kena latih dulu supaya tak gabra dan risau. Tapi aku masih amik supplement untuk make sure aku kekal cergas bertenaga time puasa nanti. Ye lah tak nak lah nampak lesu je, penampilan pun nak kena jaga. Kerja kat ofis pun nak kena handle jugak. Tak kan puasa tu nak dijadikan alasan tak nak buat kerja…
Ni lah persediaan supplement untuk aku dan juga untuk family; Performance Drink (PD), Meal Shake & ESP; juga dikenali sebagai ‘Mighty 3 Gem Programme’


Awal-awal dah beli sebab ni antara hot item so stok semedang je limited. Aku selalu amik Meal Shake + ESP + Milo + Nestum sebagai breakfast. Instant (sebab selalu terkejar-kejar ke ofis, jarang sempat nak buat/beli sarapan untuk diri sendiri), sedap (rasa creamy) dan mengenyangkan (takdelah pukul 10 je aku dah membayangkan nasi). Kadang² kalau sempat breakfast, aku amik PD + ESP (rasanya ala² vitagen oren) waktu minum pagi, so boleh steady je buat keje. ESP dah pernah dihikayatkan sebelum ni; apa pulak Performance Drink dan Meal Shake tu? Ni aku ringkaskan:
Meal Shake
·         ada 19 vitamin utama dam mineral tambahan yang diperlukan oleh badan
·         mengandungi anti-oksidan seperti vitamin A, c, E, zink, selenium (antara komponen untuk anti-penuaan)
·         mengandungi asid amino yang diperlukan oleh badan untuk befungsi, juga sumber protein dan fiber yang bagus
·         bancuhan breakfast yang simple & instant
·         sesuai untuk anak² yang kurang selera makan
·         juga sesuai untuk anak² yang mengalami obesiti kerana kandungan lengkap vitamin & mineral didalamnya
Performance Drink (PD)
·         ianya adalah minuman untuk ahli sukan yang mana mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi
·         membantu kita menjaga kestabilan bendalir badan
·         campuran Elektrolit OPTI-LYTEä proprietari  dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyoking hidrasi optimum
·         bukan sekadar untuk ibu, PD ni juga sesuai untuk anak² especially time demam sebab selalunya bila demam budak² susah nak minum air
·         juga sesuai untuk mereka yang selalu bekerja di tengah panas
Selain tu aku amik ni;  
untuk kurangkan keletihan yang mana B Complex ni membantu menukarkan karbodirat à glukos à tenaga maka takdelah aku dok tersadai kat kerusi je…mampulah aku nak bergerak keliling ofis; nak tengok anak² buah buat kerja ataupun singgah bergossip kat meja kawan² (chaittt…bulan puasa pun ada hati nak anyam ketupat he he he)
Sebelum aku berhenti tekan keyboard ni, aku nak share tips penyusuan ibu untuk bulan Ramadhan ni;
·         Mulakan dengan niat – menyusukan kerana Allah
·         Berdoa – mohon pada Allah supaya perjalanan/ usaha penyusuan ini berjalan lancer
·         Segerakan berbuka; lewatkan sahur
·         Makan makanan seimbang, includekan kurma dalam diet seharian
·         Minum secukupnya secara konsisten bermula dari malam sehingga waktu sahur; elakkan minuman   sejuk & bergas
·         Sewaktu berbuka, makan secara slow & steady

Bagi yang berminat dengan supplement², meh email chantekanggun@gmail.com. Special tips/ consultation, exclusive group discussion untuk anda.


.