Pages

Assalamualaikum.....

Semalam cerita pasal digestion highway, harini nak story mory pasal tabiat makan bagi membantu pencernaan yang baik. Pencernaan yang baik mengelakkan kita dari kena pedih hati, terlebih gas & pembuangan yang tidak sihat. Pencernaan yang baik juga dapat membantu kita mendapat tubuh yang lebih sihat.

Yang patut kita buat adalah;
·       Makan pada waktu yang tetap dan konsisten. Regular in, regularlah outnya
·       Aware dengan apa yang dimakan & saiz makanan tu. Terlalu banyak gula dalam sesuatu hidangan menyebabkan gula dalam darah spike. Penat pancreas nak berkerja untuk keluarkan lebih banyak insulin
·       Berhenti sebelum kenyang; lepas perut dah full, otak mengambil masa kira² 10 minit untuk memberikan isyarat tersebut
·       Kunyah makanan dengan sempurna & jangan berborak sewaktu makan. Bila kita bercakap sewaktu makan, kita tend untuk mengunyah dengan cepat namun tidak sempurna. Ketidaksempurnaan pengunyahan ini akan menyesakkan perut sebab perut tak di design untuk mencerna makanan yang besar, mulut yang patut melakukannya.
·       Relax, jangan rushing². Makan terkejar² akan meningkatkan kadar stress dan melambatkan proses pencernaan.
·       Makan dengan postur yang betul; duduk bersandar dengan betul (tegak, bukan melepek). Ini member ruang yang lebih pada organ pencernaan untuk bekerja & membantu meningkatkan pencernaan.
·       Jangan makan lewat malam. Menjelang malam, badan kita termasuk ssstem pencernaan mula memperlahankan fungsi; ini adalah semulajadi. Kadar enzim juga mula menurun, jadi jika kita makan lewat adalah sukar untuk makanan untuk dicerna disebabkan kekurangan enzim. Ini akan menyebabkan ketidakhadaman & tak selesa untuk tidur
·        Peningkatan aktiviti fizikal dapat meningkatkan pengeluaran enzim pencernaan. Aktiviti fizikal yang dimaksudkan ni bukannya nak suruh berlari @ melompat tapi berjalan dengan sedikit laju sudah membantu
·       Minum air suam instead of air sejuk selepas makan. Air sejuk melambatkan proses pencernaan. Petua orang lama² pun galakkan kita untuk amal minum air suam berbanding air sejuk….ada betulnya lah tu.


Jadinya jom kita amalkan perkara di atas supaya sistem pencernaan kita dalam keadaan yang stabil dan sihat.  
Assalamualaikum.....



Pernah tak korang terfikir berapa lama masa diambil untuk apa sahaja yang korang makan tu dicerna hingga menjadi tinja? Contoh kata, malam ni korang makan chicken chop, bila gamaknya chicken chop tu tercerna?

Bagi aku dengan fikiran yang terlebih pandai; apa aja yang aku makan harini, semuanya akan didigest overnight and esoknya dah settle menjadi tinja (oh korang tau tak maksud tinja ni…?)

Aku rasa yang lain pun fikir macam aku gak kan…ada betulnya la tu tapi proses pencernaan kita ni lebih complicated dari apa yang aku fikirkan. 10 inci tiub (esophagus), muscle sebesar penumbuk (perut), 20 kaki panjang (usus kecil) & 6 kaki panjang (usus besar); itulah komposisi sistem pencernaan kita, umpama sebuah highway yang tak berpeta gitu, tiada Waze, tiada Google Map.

Korang tahu tak, bermula dari makanan masuk ke dalam mulut; on average badan kita memerlukan 24 – 72 jam untuk proses pencernaan 6 hingga 7 jam yang pertama adalah untuk makanan melalui perut & usus kecil dan jam seterusnya di dalam usus besar untuk proses pencernaan & penyerapan yang selebihnya.

The moment makanan masuk dalam perut kita, kira² 3 liter asid hidroklorik dah menanti untuk menukar makananan kita ke dalam bentuk paste (macam blender gitu). Dan kira² seawal 30 minit selepas tu, makanan tadi (dah jadik macam bentuk paste) mula bergerak ke usus kecil untuk penyerapan nutrient ke dalam salur darah. Lebihan dari sini kemudiannya meneruskan perjalanan ke usus besar dimana balance cecair diserap dan yang lebih² tu bertukar menjadi tinja.

Dan tinja ni pulak mengambil masa sehingga 4 hari untuk dikeluarkan dari badan; depends pada banyak mana fiber yang wujud kat dalam makanan kita tu. Kalau banyak fibernya, maka lebih cepat la tinja itu dikeluarkan, kalau sikit fibernya, lama la ia dok menonggok kat dalam kolon.

Setiap makanan yang kita ambil, tahap pencernaan adalah berbeza² depends pada complexity makanan tu. Buah-buahan & sayur paling cepat dan mudah dicerna berbanding dengan daging mahupun kekacang. Kat bawah ni adalah tempoh pencernaan (dalam perut) bagi certain² makanan, untuk panduan korang:
Fruit/vege juice à 15 – 20 minit
Sayur/buah (raw) à 20 – 40 minit
Semi concentrated carbo (kentang, jagung, ubi) à 60 minit
Concentrated carbo (oat, brown rice, bijirin) à 90 – 120 minit
Kekacang à 2 – 3 jam
Tenusu (susu, cheese) à 90 – 120 minit,kalau hard cheese boleh mencecah sehingga 5 jam
Protein à ikan (45 minit), ayam (1 ½ - 2 jam), daging merah (3– 4 jam)

Jadi, kalau korang dalam perancangan untuk buat meal plan, makanan yang lambat tercerna tu elakkan pada waktu malam, kalau nak ambik, make sure ambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Bukan apa pada waktu malam ni, proses metabolism badan dah menurun, jadinya proses pencernaan tu jadik lambat. Kalau makan lebih² nanti susah nak tidur & tendency nak rasa tak selesa kat perut tu tinggi. Take note on that okay!

* tinja > bahan buangan
Assalamualaikum.....

gambar sekadar hiasan, pinjam kat pakcik Google

Orang kata lelaki botak itu sexy...awww dimanakah keseksian itu? Di kulit kepalanya kah atau di bulatnya kepala yang terserlah?

Tak dinafikan, few celebraties macam Bruce Willis, The Rock, Vin Diesel, Jason Statham nampak sexy, macho dan hensem bila botak. But in reality, botak itu tak sexy, botak itu ditakuti!
Kebotakan boleh terjadi kepada lelaki mahupun perempuan namun ianya lebih cenderung kepada kaum Adam. 

Kenapa lelaki lebih mudah botak?
Faktor² kat bawah ni adalah antara punca utama:

1.     Penggunaan wax, krim, gel rambut yang mengandungi bahan kimia. Orang lelaki lebih sinonim dengan bahan² ini berbanding wanita; ye lah kan, nak buat rambut pacak, rambut leper, rambut pusing²...semuanya pakai menda ni.  Penggunaan bahan² pengayaan yang kerap menyebabkan akar rambut rosak dan rambut sendiri menjadi reput. Lain la kalau pakai minyak kelapa dara kan..tapi sapa yang sanggup nak tahan dengan bau tengik minyak ni

2.      Orang lelaki mengambil mudah tentang penggunaan syampoo malah ada yang menjadikan shower gel atau sabun sebagai syampo. Kalau pakai yang baby shower top to toe tu takpe jugak, ni dibantainya Shokubutsu/Palmolive kat kepala, sah² komposisi kulit kepala tu different dengan kulit kat badan

3.      Lelaki kurang menitikberatkan supplemen berbanding wanita. Dorang kate tak rock la makan supplement ni semua. Dan diet yang tidak sihat, kurang zat besi, vitamin B dan vitamin C turut menyumbang kepada masalah ini

4.     Lelaki lebih mudah berpeluh, ini menyebabkan kulit kepala berminyak. Masalah diburukkan lagi dengan penggunaan wax, krim, mahupun gel rambut untuk styling. Sebum yang berkumpul di folikel rambut tu memang menjemput minat bakteria dan fungus sehingga boleh menyebabkan kegatalan/jangkitan/irritation kat kulit kepala.

5.     Merokok, iya lelaki & rokok tidak dapat dipisahkan. Merokok menyebabkan salur darah dalam badan mengecut. Ini menghalang darah untuk bergerak lancar seperti highway ke kepala. Tanpa oksigen dan bekalan darah yang cukup, akar rambut akan lemah dan mati. Macam kita yang tak cukup nafas juga.

Selain dari perkara kat atas, faktor² seperti keturunan & genetik juga menyumbang kepada kebotakkan. Yang ini agak sukar dielakkan & perlukan rawatan dari yang pakar. But do reduce the chances of getting bald by practising a healthy lifestyle and jangan amalkan perkara² kat atas tu ye.  




Assalamualaikum.....

As usual, department nak buat makan² & birthday celebration. Disebabkan dah hujung tahun, and memasing nak tukar angin so kali ni decide untuk eating out instead of celebrate kat office. Few restaurant & café short listed then Serai jadi pilihan kami.



A week sebelum makan², aku & Anim pegi dulu mengenyangkan perut kat sini; ala² food testing gitu. Masa ni kami order Spaghetti Prawn Aglio Olio & Minted Calamansi Soda.

Spaghetti Prawn Aglio Olio

Minted Calamansi Soda


Portionnya besar & udangnya juga bertaburan di dalam pinggan. Sedap.

Lepas makan memasing tamak; kitaorang continue order dessert; Pandan Banana Fritters untuk si Amin & Nutella Ravioli untuk perut aku. Anim punya banana fritters sampai dulu..omak ai, bosau saiznya. Satu plate tu boleh makan dua orang. Nutella Ravioli aku yang sampai kemudian, sekeping aje masuk mulut sebab dah full makan pisang.

Top: Pandan Banana Fritters
Bottom: Nutella Ravioli


Pada hari kejadian makan², agak hiruk pikuk sikit walaupun list of order aku dah serah minggu yang sebelumnya…dan ini adalah antara yang dijamu oleh officemate aku:

Creamy Penne Pesto Chicken

Nasi Ambeng

Nasi Ulam

Serai Platter


 Beef Noodle Soup
Orange Blast



Based on dorang punya komen; Nasi Ambeng & Nasi Ulam biasa² aje but Serai Platter not bad. Creamy Penne Pesto Chicken menawan hati, walaupun creamy tapi tak muak. Beef Noodle Soup aku pulak pun so so aje. Pernah makan yang lagi sedap dari ni.

Bagi air pulak, Serai Iced Tea memang win. Segar sangat while the others macam tak masuk kat tekak memasing….maybe sebab semua tekak Melayu asli, susah nak terima yang fusion ni.

Out of 5, 3.75 bintang je aku bagik. Western food aku recommendkan but traditional food; you may try tapi tak la WOW sangat. In term of price; meal will cost you around RM25 – RM50, air pulak about RM8 – RM13 gitu.

So kalau nak try, boleh datang Life Centre, Paradigm or kat Empire. Details boleh dapat kat laman ni
Assalamualaikum.....


Hebat tak tajuk aku tu...boleh buat tagline weh. Ada tak peraduan reka slogan? Rasa macam nak submit aje ha ha ha ha ha ha ha

Opssss....banyak ketawa hilang ilmu. Okay now serius sikit hu hi hu...

Di Shaklee bukan je rangkaian supplement yang wujud, juga ada rangkaian skincare untuk luaran; Nutriwhite & Enfuselle. Makin mendapat tempat & selalu SOLD OUT; especiallynya Nutriwhite.



Jadinya dengarlah hikayat aku tentang Nutriwhite...later² pasal Enfuselle pulak. Eh entry Garlic tak buat lagikkkkkk!!! Haiyoooooo.....okay okay let’s start...

Rangkaian Nutriwhite ni diformulasi oleh pakar penjagaan kulit di Jepun & US dengan campuran nutrien dari 16 buah negara. Kombinasi nutrien unik ini dipatenkan (tertunda) sebagai WhiteN-16ä. Dah nama pun ada 'white' kan, formulasi ini menekankan kecerahan kulit, disamping membantu melicinkan permukaan kulit supaya lebih fresh dan bersinar. 

Setiap produkNutriwhite ni bekerja bagi mencerahkan kulit dengan 5 cara berbeza;

·       Mencegah à kesan² negatif dari pancaran sinar matahari & UV
·       Mengurangkan à penghasilan pigmen hitam pada kulit
·       Menyekat à pemindahan pigmen gelap dari dasar sel ke lapisan atas kulit
·       Mencerahkan à menyerlahkan warna kulit supaya sekata
·       Memperbaharui  à menghilangkan sel² mati

Apa 16 nutrien yang ada dalam Nutriwhite?

·       Bearberry
·       Strawberry Begonia
·       Scullcap
·       Linden
·       Kacang Soya
·       Mulberi
·       Mountain Arnica
·       Marshmallow (ni bukan yang korang suka dok makan kat candy buffet tu ye, jangan salah faham pulak)
·       Aloe Vera
·       Rosemary
·       Cat’s Claw
·       Rumpai Laut
·       Pokok Bic
·       Peony
·       Buat Teratai
·       Alga Hijau

Ada antara nama²  dalam list ni tak familiar dengan kita kan?
Well, mungkin tak familiar kat Malaysia tapi amat terkenal kat tempat asal benda tu (16 negara berbeza okay).

Rangkaian Nutriwhite ini terdiri daripada:

·       Makeup Remover
·       Foaming Cleanser
·       Softener (Toner)
·       Whitening Daily Essence
·       Whitening Lotion
·       Whitening Treatment
·       Overnight Whitening Cream

Setiap satu yang kat atas ni ada cara penggunaannya; samada siang atau malam. Bukan semua pakai sekali harung, fengsan korang nanti.

Bagi aku paling favourite & win adalah foaming cleansernya...huih memang best sangat pakai. Habis semua kotor² tanggal tapi kulit tetap rasa lembut je. Dah tu yang makin best, satu tiub tu almost 8 bulan tahannya untuk aku yang cuci muka 2x sehari.

Nutwiwhite ni bukannya kasi cerah kulit tu sampai macam mayat, tapi cerah yang fresh. Aku yang tak berkenan dengan range² putih ni pun jatuh cinta. Kulit tak mengelupas & taknipis pun. Korang yang kulit kusam tu patut pakai ni. Kulit kusam ni bukan jadi yang kat berkulit kurang cerah je, yang kulit cerah pun ada jugak. Dan orang yang berkulit cerah/kuning langsat, kalau kena kulit kusam ni...memang jelas terserlah kekusaman tu (ni pengalaman/pengamatan sendiri, takde kena mengena dengan mana² pihak)

Amalkan vitamin C, ESP, GLA & Nutriwhite...fuh lepas tu kalau kulit jadi licin, lembut, gebu gebas macam telur jangan menyesal tau he he he

Tak tahu nak mulakan dengan yang mana; dalaman @ luaran?
Well...itu bisa dibantu deh. Kontak aja number 012-6564890...pasti beres.

#modengobrolseberangdatangtetiba



Assalamualaikum.....

Fuh...penuh sawang & berabuk rumah ku ini. Sat akak kemas...



Okay, bersih dah.
Harini aku nak cerita pasal KEPUTIHAN.


Bila sebut pasal keputihan, ramai wanita yang tidak selesa. In fact, ramai je yang menganggap bahawa keputihan itu adalah satu penyakit/jangkitan. Sebenarnya keputihan ni memainkan peranan yang penting dalam sistem reproduktif kita.

Apa itu Keputihan?
Mat saleh panggil keputihan ini sebagai 'vaginal discharge'. Keputihan adalah cecair yang dihasilkan oleh kelenjar di dalam vagina dan serviks untuk membawa keluar sel-sel mati dan bakteria so that vagina dalam keadaan bersih dan mengelakkan jangkitan
Bagi kebanyakkan masa, keputihan adalah normal. Jumlah pengeluaran yang pula berbeza dari segi bau dan warna (warnanya antara jernih seperti putih telur hingga ke warna putih susu) bergantung pada waktu kitaran haid kita.
Sebagai contoh, cairan keputihan adalah lebih banyak pada ketika fasa ovulasi, breastfeeding dan ketika terangsang (aku tergelak waktu taip perkataan ni). Dan jika hamil atau tidak menitik beratkan kebersihan diri; baunya akan berbeza.

Antara yang menyebabkan keputihan yang abnormal (bau, warna & tekstur)

Jangkitan yis
Juga dikenali sebagai candidiasis; amat biasa dikalangan wanita. Jangkitan bakteria ini disebabkan oleh fungus candida.
Menurut Mayo Clinic, 3 dari 4 wanita akan mengalami jangkitan yis paling kurang sekali dalam hidup. Dan biasanya once kena, chances untuk kena lagi tu memang ada.
Candida (adik-beradik yis), berlaku secara semulajadi di permukaan vagina. Pertumbuhannya dikawal oleh lactobacillus. Tetapi jika berlaku ketidakseimbangan, pertumbuhan candida ni akan menjadi terlebih-lebih, tu yang jadi jangkitan yis ni.
Kebanyakkan kes jangkitan yis ni datangnya dari Candida albicans. Jangkitan yis dari jenis ni senang dirawat. Tapi kalau asyik je kena atau dah di rawat tapi tak mahu hilang, mungkin Candida jenis lain yang penyebabnya; ni nak kena refer pada doktor.
Ketidakseimbangan yang dimention kat atas tadi boleh terjadi disebabkan;
·        Antibiotik
·        Kehamilan
·        Diabetes
·        Sistem imun yang lemah
·        Douching
·        Tabiat makan yang buruk, termasuk makan banyak process food dan gula
Simtom yang biasa:
·        Gatal
·        Rasa macam pijar
·        Keputihan yang putih, pekat & likat macam cottage cheese
·        Ruam
·        Sakit ketika hubungan ehem ehem

Vulvovaginitis
Keradangan atau jangkitan vulva (bahagian luar kemaluan) dan vagina. Ia biasa terjadi pada wanita mahupun kanak² perempuan disemua peringkat umur.Ia juga dipanggil vulvitis atau vaginitis

Antara penyebabnya adalah:
·        Bakteria - terlebih tumbuhnya bakteria Streptococcus, Gardnerella, dan Staphylococcus
·        Yis
·        Virus - termasuk Herpes Simplex dan Human Papillomavirus (HPV) yang ditransmit melalui sexual partner
·        Parasit - Pinworms, kudis dan kutu boleh menyebabkan keradangan vulva dan vagina
·        Bahan kimia dalam krim @ semburan
·       Underwear - yang ketat; senang bergesel dengan kulit dan menyebabkan kerengsaan. Kulit yang melecet/luka lagi senang terdedah kepada vulvovaginitis. Kerengsaan juga menyebabkan proses pemulihan jadi lambat.
Simtom yang biasa:
·        Kerengsaan di kawasan vagina
·        Gatal di kawasan genital
·        Bau yang agak kuat, berbau hanyir
·        Kadar keputihan yang meningkat, bewarna putih/kelabu/kuning
·        Rasa tidak selesa atau pijar bila membuang air

Antara prevention method yang biasa untuk mengelakkan bakteria/kuman/yis dari tumbuh tidak terkawal:
·        Jangan pakai underwear ketat
·        Elakkan dari menggunakan scented tampon/pad
·        Makan secara seimbang & sihat
·        Selalu makan yogurt (sebab ada lactobacillus)
·        Pakai pakaian yang longgar dari fabrik gentian semulajadi (cotton, linen, silk)
·        Elakkan dari kerap berendam di dalam hot tubs
·        Elakkan douching
·        Bertukar kepada sabun/detergen yang tidak mempunyai bahan perengsa seperti Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate
·        Amalkan seks yang sihat, tidak bertukar pasangan
·        Lepas membuang air pastikan kawsan sulit dicuci bersih & lap kering (dari depan ke belakang)
·        Tukar underwear/pantyliner/pad dengan kerap & pastikan ianya kering
·        Pakai femine hygine yang semulajadi (air daun sireh/rebusan manjakani) dan kurangkan kekerapan penggunaan supaya baketria baik dapat hidup dengan seimbang
·        Kalau boleh, elakkan antibiotics sebab pengambilan antibiotics juga boleh membunuh bakteria baik & menyebabkan ketidakseimbangan

Gaya hidup yang sihat adalah penting untuk memastikan keseimbangan bakteria²di kawasan vagina. Jika ada masalah seperti di atas, jangan malu² untuk jumpa doktor supaya langkah pencegahan awal dapat diambil. Dan selain dari prescription dari pakar, natural remedies seperti Alfalfa & Garlic boleh diambil.

Mengapa Alfalfa & Garlic?
Sebab kedua² ini mempunyai sifat anti-inflamantory & anti-bacterial.
Pasal Alfalfa, boleh refer kat sini & sini.

Untuk Garlic, soon aku update ye.

  





Assalamualaikum.....

The idea comes from Dr Halina punya post, What's In My Bag
Ni lah dia entiti² yang dududk dalam beg aku...



Wallet - Dah berkurun wallet ni sampai koyak dah dalamnya, tak dan lagi nak beli baru.

Phone - nyawa aku selepas IC, penting weh sebab aku berbiz online. Gadjet terpenting aku.

Note book - penting, sebab kat dalam tu ada nota² pasal produk Shaklee, customer details. Tapi aku tak penah jot down tarikh² @ appoinment penting dalam tu. Selalunya appointment aku save dalam phone.

Lipstic & lip balm - Aku suka tengok colour lipstic, tapi amat jarang sekali pakai. Aku prefer untuk guna Lip Ice je. Yang EOS tu aku beli sebab ramai yang beli (rasukan mata sebab benda tu comel)

Contact Lens - ni spare je kalau² ada last minute event. Tak main la pakai spec pegi event kan...tak menyerlah mata (alasan tak boleh pakai)

Thumbdrive - macam² ada dalam tu, notes, gambar, video; selagi muat aku sumbat je.

Pill box - Ni untuk daily supplement aku. Tak kuasa nak bawak semua botol masuk beg. Rabak lak nanti.

Kit Kat - bukan setakat Kit Kat je, kekadang ada Hacks tak pun Sugus. Ni sebab budak berdua suka cari barang dalam bag bila aku balik dari kerja, seronok tengok expression muka dorang bila jumpa gula²/coklat dalam beg aku.

Ni yang biasa ye...tapi sebenarnya handbag aku tu dah macam poket doremon, memacam ada. Kalau time aku buat spring cleaning, silap² resit Tesco yang 5 bulan lepas pun wujud dalam beg tu (so korang boleh agak la kan berapa kali aku buat spring cleaning utk beg dalam setahun...ngeeee). Other than than, tissue ada la 3-4 pack dalam tu. Kekadang pampers Imran pun masuk gak, sebab aku ni jenis malas nak tukar² handbag, semua main sauk dalam satu tempat je. Makeup (selain dari lipstic/lip balm) memang amat jarang wujud sebab aku tak pakai pun.



So korang...what's in your bag?