Pages

Showing posts with label Slimming. Show all posts
Showing posts with label Slimming. Show all posts
Assalamualaikum.....


Masa bulan April haritu aku berazam untuk slim, siap dah timbang bagai, buat buku rekod semua. Target pun adalah reasonable, 5 kg dalam masa 5 bulan. Kira okaylah kan average hilang sekilo sebulan. Siap sedia dengan Herblax, Alfalfa, Lecithin & Cinch. Bersemangat sungguh waktu itu. Namun hasilnya AKU GAGAL!
ü  AKU GAGAL BERDIET
ü  AKU GAGAL BERDISIPLIN
ü  AKU GAGAL UNTUK KONSISTEN
ü  AKU GAGAL MENAHAN GODAAN MAKANAN
ü  AKU GAGAL BERSENAM
Nampak tak kegagalan aku di situ. Lecithin, Herblax & Cinch yang aku beli konon untuk diet program aku masa bulan April hari tu, sedikit sangat luaknya.
Berat aku kurang sikit lepas tu naik mendadak², nak pulak masa raya ke 5 haritu. Aku jadi stress. Aku stress sebab berat aku naik, aku stress sebab aku asyik nak makan, aku stress sebab baju aku macam sarung nangka, aku stress stress stress. Korang  bayangkanlah kestressan aku. Nak pakai lawa², nak bergaya dengan heels, tapi baju dah ketat, seluar tak boleh cangkuk, jalan sikit dah sakit kaki. Jadinya aku stress! Aku lagi stress bila tertengok gambar lama (gambar tunang) yang mana berat aku cuma 40kg je. Dalam kepala aku Why? Why? Why?
Maka, suka atau tidak, diet plan & target dirombak kembali! Lebih strict & kejam. Tiada lagi nasi untuk makan malam. Dan by hujung September at least aku kena hilang 3kg. Menangis aku set kan undang² ini. Tapi demi kehilangan kilo…ku relakan jua.
Moga aku tabah menghadapi dugaan ini…nangis.

Aku nak berat 47kg..banyak wo yang nak kena dihapuskan ni

Assalamualaikum.....



Ni antara yang hot & mendapat permintaan tinggi; menjadi idaman mereka² yang nak slim (termasuk aku).
·         Herblax/Alfalfa
·         Lecithin/OmegaGuard
·         Cinch/ESP

Pasai apa?
Unlike certain product in market yang ONLY flush sisa² kotoran dari kolon, combination item kat atas ni bertindak dengan cara 3B (Bakar, Buang, Bina). Proses ni adalah satu cycle yang menyokong antara satu sama lain. Jom kita semak 3 B's ni:

Bakar
Proses yang mana membantu memecah lemak pemakanan dalam darah ke zarah yang lebih kecil supaya lebih cenderung dimetabolismakan senagai tenaga berbanding disimpan di dalam tisu, so pengurangan 'spare tyre' berlaku disini!

Buang
Ni proses detox supaya toksin diangkut keluar si samping membersihkan kerak² kat dalam kolon. Kolon yang bersih membantu penyerapan nutrien manakala pembuangan toksin akan mengurangkan keasidan badan. Harus diketahui bahawa badan yang berasid menjadi kegemaran lemak untuk menempel di dalam badan.

Bina
Ketumpatan otot harus kita jaga time diet sebabnya otot yang mantap menggalakkan pembakaran kalori. Mantap kat sini bukanlah sampai macam body builder tu ye anak². Kemantapan otot ini dipandu dengan pengambilan protein yang mencukupi. Kat dalam Cinch ada Leucine, iaitu salah asid amino yang membantu memelihara otot semasa proses diet ni. So takdelah nanti badan geleber je walaupun dah slim.
3 B's ini mengurangkan risiko diet yoyo. Korang tau tak diet yoyo ni macamana? Hilang 5 kg, lepas tu gain 10 kg pastu hilang 4 kg, gain 6 kg....lebih kurang gitulah.
Ramai yang dah berjaya slim dengan produk² kat atas ni...idaklah turunnya sampai 20kg sebulan, tapi penurunannya konsisten dah tu badan tak rasa letih time diet ni; stress pun kurang. Jadi slimming proses tu lebih relax.
Ni aku ada satu petua; kalau amalkan mesti mengancam hasilnya;
Product + Consistency + Discipline + (Calorie Intake < Calorie Burn) = Slim Da Bomb