Pages


Assalamualaikum.....



Ni antara yang hot & mendapat permintaan tinggi; menjadi idaman mereka² yang nak slim (termasuk aku).
·         Herblax/Alfalfa
·         Lecithin/OmegaGuard
·         Cinch/ESP

Pasai apa?
Unlike certain product in market yang ONLY flush sisa² kotoran dari kolon, combination item kat atas ni bertindak dengan cara 3B (Bakar, Buang, Bina). Proses ni adalah satu cycle yang menyokong antara satu sama lain. Jom kita semak 3 B's ni:

Bakar
Proses yang mana membantu memecah lemak pemakanan dalam darah ke zarah yang lebih kecil supaya lebih cenderung dimetabolismakan senagai tenaga berbanding disimpan di dalam tisu, so pengurangan 'spare tyre' berlaku disini!

Buang
Ni proses detox supaya toksin diangkut keluar si samping membersihkan kerak² kat dalam kolon. Kolon yang bersih membantu penyerapan nutrien manakala pembuangan toksin akan mengurangkan keasidan badan. Harus diketahui bahawa badan yang berasid menjadi kegemaran lemak untuk menempel di dalam badan.

Bina
Ketumpatan otot harus kita jaga time diet sebabnya otot yang mantap menggalakkan pembakaran kalori. Mantap kat sini bukanlah sampai macam body builder tu ye anak². Kemantapan otot ini dipandu dengan pengambilan protein yang mencukupi. Kat dalam Cinch ada Leucine, iaitu salah asid amino yang membantu memelihara otot semasa proses diet ni. So takdelah nanti badan geleber je walaupun dah slim.
3 B's ini mengurangkan risiko diet yoyo. Korang tau tak diet yoyo ni macamana? Hilang 5 kg, lepas tu gain 10 kg pastu hilang 4 kg, gain 6 kg....lebih kurang gitulah.
Ramai yang dah berjaya slim dengan produk² kat atas ni...idaklah turunnya sampai 20kg sebulan, tapi penurunannya konsisten dah tu badan tak rasa letih time diet ni; stress pun kurang. Jadi slimming proses tu lebih relax.
Ni aku ada satu petua; kalau amalkan mesti mengancam hasilnya;
Product + Consistency + Discipline + (Calorie Intake < Calorie Burn) = Slim Da Bomb
Assalamualaikum.....

Plan asal nak buat makan² family je tapi last minute jadi macam kenduri kesyukuran pulak. Sabtu lepas, dari KL aku dah prepare pulut kuning, rendang ayam & nasi impit. Kat Tg Karang, MIL aku dah masak laksa &  top up nasi impit lagi. AIL (Abah in law) pulak jemput orang surau 4-5 orang untuk baca doa, MIL pulak jemput geng² mengaji dia. So aku agak dalam belasan orang jelah tapi end up dekat nak 60 orang yang datang. Bayangkan 3 ekor ayam, 3 kilo pulut, seperiuk (yang tak berapa nak besar) laksa licinnnn kau!
Alhamdulillah...mak aku kata rezeki orang yang datang. Seronok tengok nenek²/makcik² tu semua makan. Semua serbu pulut kuning & rendang dulu...well, mak aku memang pakar masak 2 benda nih heh heh heh...anak dia je yang tak reti² nak ambik inisiatif belajar, tau nak makan aje.
Hujung majlis baru potong kek; yang aku pilih ikut selera aku. Lupakanlah bobiboy, upin ipin, angry bird, ultraman, arnab mahupun basikal sebabnya sampai ke hujung waktu aku nak order pun si bujang ni tak dapat nak buat keputusan. Maka suka hati ummi dia ni lah yang memilih. Nasib baik dia suka (taste aku kan bagus...ahaks). Esoknya, MIL mintak mak aku masakkan rendang ayam lagi, sebab tak sempat nak merasa waktu majlis ni. Dapatlah kitaorang lepas geram....cuma takde pulut kuning nak dilawan sama. Nasib baik nasi impit banyak lagi maka kemuntat lah kitaorang dengan rendang + nasi impit.
Kek pilihan aku; order dari  cuppiesholic


13 September, si bujang ni sambut birthday kat taski. Last minute punya plan, aku cuma sempat sediakan meehon goreng + sosej + air kotak + kek. Ni gambar aku ambik dari fb cikgu dia.


Tengahari tu kecoh kejap bila kakak aku kata si Akim tak sampai² rumah walaupun dah pukul 1.30 petang. Seriau kejap aku. Bila call kakak van, rupanya si bujang ni tertidur kat bahagian belakang, dah habis hantar semua budak baru kakak van nampak dia. Selalu dia kena duduk sebelah driver (nil ah masalahnya kalau anak kau comel sangat kan) tapi hari tu dia degil nak duduk belakang sampai tertidur. Balik kerja hari tu jenuh dia kena dengar khutbah petang dari aku.