Pages

Assalamualaikum.....


gambar aku pinjam kat pakcik google

Pernah dengar pasal ni?
Korang tau tak apa eat clean/clean eating ni?
Okay salah satunya memang betul, makan makanan yang bersih, nak cari nahas la kalau makan makanan yang tak bersih kan.
Actually takde specific definition but secara generalnya clean eating ini adalah tentang makan makanan dalam bentuk paling semulajadi. Ini maknanya kita cuba elakkan makan makanan yang diproses, yang banyak bahan pengawet, gula tambahan mahupun yang kaya dengan lemak JAHAT. Clean eating ni bukan benda baru, zaman tok nenek kita dulu pun dah buat. Tapi bila zaman makin maju, makin nak cepat & pantas…maka clean eating makin ditelan zaman. And now dah mula kembali atas kesedaran kesihatan.
Dalam clean eating ni takdela specific SOP tapi amalan² kat bawah ni boleh dijadikan guide kalau korang nak berclean eating;
·         Gunakan whole grains macam oat, gandum, even beras yang unpolished macam brown rice as long as tak diproses dengan bahan kimia. Makanan organic masuk dalam kategori clean eating ni
·         Elakkan GULA PASIR. Gula pasir ni harapkan manis je tapi takde apa² nutrient kecuali KALORI
·         Makan 5 – 6 hidangan sehari (breakfast, morning meal, lunch, tea meal & dinner) dengan saiz yang lebih kecil.
·         Daging, kalau boleh biarlah yang fresh datang dari farm dah tu kalau boleh farm tu takde inject² kat binatang peliharaannya……tapi the truth is most of the farm akan ada inject² ni sebab nak memastikan tumbesaran peliharaan mereka ni; be wise…kurangkan daging/ayam..lebihkan ikan
·         Masak sendiri berbanding beli. Kenapa? Sebab bila kau masak sendiri, kau akan tau apa yang kau letak kat dalam masakan tu kan, gula, garam, pak aji etc….so kau boleh control penggunaan bahan perasa (which PATUT dielakkan dalam clean eating ni)…kalau makan kat luar, camno kau nak control?
·         Combine protein & carbo dalam hidangan….dalam erti kata lain; balance meal lah. Bila meal kau ni balance….tendency untuk rasa kenyang & puas tu adalah tinggi. Maka idak le kau asyik mengagau nak mengunyah jajan. Sah² lah jajan tu maha kaya dengan bahan perasa
·         8 gelas air kosong sehari jangan dilupa supaya blood circulation, bendalir kat dalam badan tu stabil…tak la dehydrate, dah tu bahan² buangan pun senang nak keluar

Apa benefit dari clean eating ni?
·         Pengurangan lelemaks & berat badan
·         Peningkatan tenaga, feeling FRESH & ENERGETIC
·         Skin & hair appearance/texture yang lebih baik
·         Peningkatan kesihatan badan & mental
Banyak lagi benefit sebenarnya, kalau nak di list down alamatnya panjang berjela² lah post ni.

So moh la kita amalkan clean eating ni….start pelan²…kita mulakan dengan satu hidangan sehari macam breakfast ke, pastu baru ke makan tengahari & seterusnya makan malam. Kalau korang tak tau apa nak masak kalau berclean eating ni, tanya je pakcik Google, tau lah dia jawabkan nanti. Dan kalau berpeluang, aku akan share resepi² clean eating yang ada dalam koleksi aku. Tapi masalahnya kemalasan aku menggunung pulak kebelakangan ni….haih!
Assalamualaikum.....

Bila berpantang antara perkara utama yang nak kena jaga adalah makanan. Ni tak boleh makan, tu tak boleh telan..."nanti bentan" memang ayat standard.
And bagi aku yang jenis tak berpilis berparam ni bab makanan memang mak aku cukup jaga. Schedule makan hari² memang strict. Pukul 7:30 kena sarapan, pastu pukul 9:30 kang kena makan lagi atau paling tidak minum milo suam. Then antara pukul 11.30 - 12.00 dah kena ambik lunch. Pukul 3:00 - 3:00 dia bising dah suruh minum petang. By 7:30 malam, aku dah settle dinner. Sebabnya satu je, time berpantang kalau perut kosong senang naik angin, kalau dah naik angin senang nak kena bentan. Bab suruh makan ni aku memang takde masalah langsung....okay aje.
Ni one of the fav dish aku waktu berpantang. Main tumis² je dah siap

 Bahan²
·         Ikan - yang tak gatal ye macam tenggiri/ikan merah/kerisi
·         Halia muda lebih kurang besar ibu jari kaki - hiris memanjang
·         2 labu bawang merah - potonglah ikut suka
·         2 ulas bawang putih - dihiris
·         Lada hitam tumbuk kasar - agak² la nak banyak mana kan
·         Cuka
·         Gula & garam
 Cara²
1.     Goreng ikan hingga masak (kalau nak garing pun takde masalah)
2.     Tumis bawang besar, bawang putih & halia
3.     Dah layu bawang, kecilkan api kemudian masukkan cuka
4.     Masukkan ikan & lada hitam, kacau rata (jangan sampai hancur pulak ikan tu)
5.     Perisakan dengan garam & sedikit gula ikut selera

Lepas tu makan dengan nasi panas² sambil gigit halia tu. Confirm tak sampai 20 saat badan kau akan start lencun dengan peluh, terkentut² & sendawa.
For those yang ada anak² kecil kat rumah, kalau malas nak masak asing² boleh je makan lauk ni cuma kurangkan lah lada hitam tu sikit supaya badan dorang tak hangat-mangat.