Pages

Assalamualaikum.....


Dulu kala, zaman belum kawin, masa untuk diri sendiri senang nak dapat. Lepas keje je dah boleh dapat 'me' time. Nak pulak bila minggu gaji. Orang perempuan ni salah satu 'me' time dia adalah dengan shopping; tak dapat spent duit, window shopping pun jadik.
Tapi bila dah kawin, beranak pinak, 'me' time tu memang sukar. Aku percaya ramai je ibu² yang dah tolak tepi 'me' time diaorang ni. Masa untuk anak² & suami jadi top list, dari Isnin sampai ke Ahad. Masa untuk diri sendiri ntah ke mana pergi.
Ni tak sepatutnya berlaku. Everybody needs their 'me' time. Kita ni perlu ruang untuk diri sendiri. Kita ni bukannya robot, kita ni manusia yang punya perasaan, ada masa kita akan rasa lelah & stress. Kita perlu ruang untuk bernafas dengan steady, manjakan diri, bermuhasabah, menghargai diri etc etc etc.
'Me' time ni tak memerlukan masa yang lama & belanja yang besar kalau kau tau cara nak manfaatkannya. A cup of coffee & a piece of cake (cheese cake maybe?) dah boleh jadi 'me' time yang bagus kalau kau rasa enjoy & santai. Aku buat benda ni as ‘me’ time aku; menikmati coffee & cheese cake adalah masa untuk aku relax, santai² dan melihat gelagat orang. Tak selalu dapat, tapi bila berpeluang, aku akan pastikan ianya waktu yang memuaskan hati. Yang pasti waktu itu bukan dihujung minggu...ye lah weekend adalah waktu aku untuk anak² & cik abe sepenuhnya. Susah nak dapat ruang untuk diri kau, pasti ada yang menepek disebelah.
Ada orang 'me' timenya di spa or holiday...boleh je, terpulang pada diri anda untuk tentukan. As long ada sedikit ruang untuk diri kau sendiri, then itu dah mencukupi sebenarnya. After ‘me’ time kau akan lebih bersemangat, motivated & kurang stress. So please cari ruang untuk ‘me; time korang ok.
Jom....cappuccino & cake!

'Me" time aku di Coffee Planet - Quill Mall

Assalamualaikum.....



Sekarang ni kat Malaysia zumba jadi trend. Sana-sini orang organize zumba. And of course wanita² lah yang paling ramai menjoinkan diri almaklum le item yang ada kena mengena dengan pembakaran lelemak memang perempuan paling kedepan.
Zumba ni  terhasil pada zaman 80an oleh  Alberto "Beto" Perez, penari dari Columbia. Katanya si Perez datang kelas nak ngajo aerobic lepas tu lupa nak bawak tape lagu jadinya dia pun improvise la kelasnya dengan lagu Latin. Sejak tu kemain la hitnya improvisation tu. Dan sekarang tersebarlah kemerata dunia hingga ke Malaysia.
Zumba ni basically berdurasi 1 jam & diajar/guide oleh instructor yang berlesen, ZIN (Zumba Instructor Network). Step zumba diiringi dengan campuran muzik laju & slow. Genre muzik pulak adalah salsa, mambo, chacha, samba, tango & flamenco. Hip hop pun ada jugak. Kalau dah muzik² Latin menguasai, memang banyak movement menggunakan pinggang, punggung & dada.
Maka dengan itu adalah kurang wajar percampuran lelaki & wanita² jelita kan. Jadinya kenalah cari kelas yang diajar oleh ZIN wanita & dibuat ditempat yang tertutup.
Yang kat area Ampang/Kg Pandan ada 2 tempat yang offer zumba class for ladies; Titanum Fitness & Blue Gym.
 Titanum Fitness (kat Ampang Waterfront)
Zumba - Isnin (8:30pm), Rabu (8:30pm), Jumaat (8:30pm) & Sabtu (8:30am)
Fee: RM13 (member) & RM15 (walk in)

Blue Gym (kat Tmn Putra Sulaiman, atas Kari King)
Zumba - Selasa (8:45pm), Jumaat (8:45pm), Ahad (9:30am)
Fee: RM10 (walk in)

Aku penah join yang kat Titanium tu dengan ZIN Amoi. Masa tu first time join & kenal zumba. Peluh memang keluar tak berenti. Memang mengah & mintak oksigen. After that tak pegi sebab agak jauh dari rumah & laki aku tak berapa gemar nak meredah jalan yang banyak traffic light (aku nak drive memang tak dikasinya).
Baru² ni bila Blue Gym start expand dorang punya bisnes & offer zumba class, aku pun mengendeng la kesitu. Jarak dengan rumah lagi dekat and senang nak pegi. Aku join kelas zumba hari Jumaat, esoknya tu boleh la lepak² lelebih sikit kat rumah dengan alasan penat ha ha ha. Kelas ni buat dalam room yang tertutup, so kalau korang nak bergaya seksi, tunggang tongek terbalik, boleh je sebab semua perempuan.
Kat Blue Gym ni ada kelas yoga & piloxing jugak. Yang piloxing tu aku penah try, humak ai pengsan mak nak! Tapi best sebab piloxing ni bantu tone up muscle, takde la geleber macam tayar tak cukup angin.
Korang kalau kat area sini, aku recommend la pegi Blue Gym tu. Facility pun makin banyak, ada sauna jugak. And dorang kata kalau ladies class dapat sambutan bagus, dorang nak allocate 1 level khas untuk wanita je. Hopefully akan jadi kenyataan dalam sebulan dua ni. Jadi ramai² la datang ye.
 

i can see u but u can't see me ya bro


*dapat green light untuk ride beskal hensem aku pegi kelas tapi nak kena helmet sampai dulu!