Pages

Assalamualaikum.....

Macam gempak je namanya, padahal bila diMelayukan jadilah Puding Roti dengan Sos Kopi. Puding roti adalah salah satu dessert favourite aku. Senang nak buat & bahan2nya tak susah nak cekau. Sebelum ni aku guna water bath punya method. Tapi oven yang ada kecik, jadinya tak boleh nak buat adunan yang besar. Tu yang bila buat sekejapan je habis.


So, aku pun nak mencuba la bakar gitu2, taknak pakai water bath method. Awalnya nak buat puding ni dengan salted caramel tapi memandangkan aku takde kerajinan nak buat salted caramel maka aku hentam je dengan coffee sauce. And aku pakai french loaf sebab menda ni dah tersadai lama dalam peti ais. Dari terbiar gitu baikla ia jadi mangsa eksperimen aku.

So inilah resepinya:

Bahan² (puding):
1 batang french loaf - potong kecik
²
2 cawan susu (recommend full cream untuk rasa yang creamy)
3 sudu makan brown sugar
2 biji telur
1 sudu teh ground cinnamon
1 sudu teh esen vanilla

Bahan² (sauce):
1 cawan susu
2 biji kuning telur
2 sudu makan brown sugar
1 sudu teh tepung kastard
2 sudu teh coffee emulco


Untuk puding:
Pukul susu, gula, telur, cinnamon & esen vanilla
Tuang pada roti, biarkan meresap.
Once dah meresap, hancurkan roti dengan garfu.
Bakar pada suhu 150Âșc lebih kurang 40 minit.

Untuk sauce:
Pukul susu, kuning telur, brown sugar, tepung kastard & coffee emulco
Panaskan atas api yang kecil
Kacau hingga mendidih.
Padamkan api
Tapis sauce & sejukkan dalam peti ais

*kadar gula adjust ikut tahap kemanisan sendiri
*coffee emulco tu boleh je ganti dengan nescafe @ instant expresso


Tempreture tu kena adjust ikut jenis oven. Ni suhu untuk api atas & bawah. Bila dah masak, belah atasnya akan jadi crispy tapi belah bawah moist.

Puding roti ni sedap makan panas² mahupun sejuk. Nak extra umphh, makan sekali dengan aiskrim. Memang best lah.


Resepi salted caramel ada kat tangan tapi tak tau bila nak mencubanya. Hopefully hujung minggu ni kerajinan aku tinggi lah sikit...nanti dah menjadi aku share dengan korang ye. 
Assalamualaikum.....

Ditempatkan di makam Firaun, diberi kepada hamba² yang membina piramid, digemari oleh orang Yunani purba sebelum acara olahraga dan diambil oleh tentera sebelum ke medan perang. Digunakan untuk menghalau roh jahat, malah Hipporates sendri pernah berkata;
‘Let food be thy medicine, and medicine be thy food’
(Biarkan makanan menjadi ubatmu dan ubatan menjadi makananmu)

Ha....tulah dia si bawang putih! Dan jangan lupa juga bawang putih adalah pelengkap masakan. Makanan takde bawang putih, alahai kureng sungguh rasanya.



Bawang putih sejak dulu lagi digunakan dalam perawatan disebabkan sifatnya yang thereupatic. Tapi ramai yang tak suka nak makan bawang putih sebab efek baunya yang maha 'wangi' pada badan dan mulut.

Kenapa bawang putih berbau?
Ini adalah kerana sebatian sulfur yang terkandung di dalam bawang yang mana paling dikenali sebagai alicin. Walaupun busuk, banyak penyelidikan yang dilakukan membuktikan yang sebatian sulfur ini contribute kepada kesihatan kita.

Jom tengok apa health benefit yang boleh kita dapat dari bawang putih:

·        Terdapat lebih daripada 250 penerbitan kajian yang membuktikan bawang putih membantu sistem kardiovaskular. Bawang putih berdaya menurunkan paras kolesterol & trigliserida dalam darah. Bawang putih juga memperlahankan pelekatan platlet & meningkatkan fibrinolysis (proses yang menghalang pembekuan darah)

·        Sebatian aktif dalam bawang putih (diallyl sulphide) mampu menembusi membran bakteria dengan lebih cepat & bagus berbanding dengan antibiotik (do take note yang antibiotic ni banyak juga side effectnya)
·        Bawang putih bersifat anti bakteria, anti kulat & antivirus. Jangkitan yis (Candida) berjaya diatasi dengan penggunaan bawang putih.

·        Bawang putih dapat merendahkan tekanan darah & kiraan homocysteine. Kiraan homocysteine adalah penanda yang lebih baik bagi masalah jantung berbanding kiraan kolesterol

·        Bawang putih juga dikatakan berupaya membantu mengatasi loya, sesak nafas dan gangguan gas dalam sustem pencernaan (ayat senang; angin/kembung)

·        Disebabkan kaya dengan sulfur, bawang putih juga bagus sebagai agen detox


Garlic Complex by Shaklee



Apa yang best dengan bawang putih dari Shaklee ni?

·        Diekstrak pada suhu bilik supaya alicin aktif dapat dikekalkan

·        Di kombinasi dengan rosemary & spearmint bagi mengawal bau tanpa mengurangkan benefit bawang putih tu.

·        2 tablet garlic ni membekalkan 100mg ekstrak bawang putih tulin = 2 ulas bawang putih yang fresh


Sebotol Garlic ni ada 60 tablet which boleh mencapai hingga 2 bulan penggunaan; depends pada keperluan badan. So yang mencari garlic supplement & tak mau bau bawang putih, inilah pilihan yang tepat!