Pages

Assalamualaikum.....
Akim ketika berusia 4 bulan
 Kelahiran Akim pada 13 September 2008 adalah hadiah birthday yang paling best sekali (lahir 2 hari lepas birthday Umi nya). Masa pregnant kan dia memang mudah, langsung tak menimbulkan masalah, takde morning sickness, makan takde pantang larang, main ngap je (masa ni tak ingat langsung pasal diet, pregnancy tu ibarat lesen lepaskan diri dari diet hi hi hi). Cuma, seperti kebanyakkan mommy to be yang lain, aku mengalami masalah Hb yang rendah. Tiap² kali check up kenalah dengar doc & nurse bercerita tentang pemakanan sihat sambil anguk kepala macam burung belatuk. Begitu juga sewaktu bersalin, proses kelahiran amatlah mudah, 2 kali push je si bujang ni menjenguk dunia... Alhamdulillah! TETAPI...trauma aku bermula selepas proses kelahiran...sengsaranya diingati sehingga hari ini. Tapi ni nanti cerita lain kali lah, sebab hari ni nak cerita tentang pengalaman pertama kali breastfeeding.

Sejak dari hari pertama kelahiran, pengeluaran susu memang tak menjadi masalah, memang meriah sesangat sampaikan Akim selalu tersedak. Dan masa ni memang tak terfikir langsung pasal breastfeeding untuk long term. Ye lah naif tentang kebaikan susu ibu (konon la Echah ooii). Hampir di penghujung pantang, mak mula bersuara "Bila nak ajar Akim pakai botol, susah mak nanti" Teng!!! Tu sign pertama, lepas tu kakak pulak..."Dik, si Akim ni dah di beli ke susunya?" Teng!!! Sign kedua...Lepas tu yang lain pun dok sogok cerita tentang susu itu lah susu ini lah...menjelang 2 minggu sebelum aku masuk kerja Akim dah mula minum susu formula. Masa tu rasa lega sebab masalah susu takkan timbul lagi (time nak taip ni hati rasa sayu sangat sebab tunduk dengan cadangan/cerita mereka² itu semua...kalaulah masa boleh diputarkan kembali). Rasa relief juga sebab tak sibuk² nak pump kat ofis, tak payah nak fikir storage bagai...tapi hairan jugak sebab aku beli breastpump Avent 1 set ...sampai hari ni dok fikir "Kenapa aku beli pump tu dulu?"

Akim pula ok je bila diberi susu formula; lagi suka adalah sebab tak payah nak suck teruk² untuk dapatkan susu (dari kecik dah terserlah sifat malasnya..cehh). Dia cuma breastfeed waktu malam je sebab suka nak mengempeng. Dan pada aku tu tak menjadi masalah sebab dia cuma bangun 2 kali je. Kombinasi BF & FM berjalan lancar lebih kurang 2 bulan, lepas tu Akim mula mengamuk bila diberi direct  breastfeed sebab dia kena berusaha untuk suck before susu keluar compared to susu formula kan..suck je terus keluar (jangan tanya kenapa aku tak pump & store dalam botol sebab aku sendiri takde jawapan). Penyudahnya tamatlah breastfeeding journey aku untuk Akim pada usia dia lebih kurang 6 bulan. Singkat betul kan. Dan sekarang ni aku asyik dok berfikir..berfikir dan berfikir kenapa aku tak teruskan BF? Kenapa aku tak bertegas waktu orang di sekeliling dok suruh proceed dengan susu formula? Kenapa..kenapa...kenapa???

Oleh sebab itu bila aku disahkan mengandung untuk kali kedua, aku dah tanam tekad untuk fully breastfeed AT LEAST untuk tempoh setahun. Sepanjang 9 bulan mengandung aku asuh hati supaya tak terpengaruh dengan iklan² susu formula kat tv walaupun model budak² dalam iklan tu comel² belaka (ada kena mengena ke?). Alhamdulillah setakat ni hati aku masih kukuh dengan breastfeeding. Moga² perjalanan yang masih jauh ini akan berlaku dengan tenang dan lancar. Amin

0 Komen:

Post a Comment