Pages


Assalamualaikum.....

3 bulan lepas, tiba² aku mengalami kemeruduman susu. Mula² aku tak kisah sangat sebab tu sign biasa bila nak period. ‘Aku nak period ni, ok lah tu' kata hati aku. Confident je. Aku pun as usual bila nak period ni intake supplement meningkat sikit; ESP, Osteomatrix, Meal Shakes...semua aku balun. Air pun bergelen² lah masuk perut aku.
Lepas few days, tak jugak datang² periodnya. Aik, apasal pulak ni? Oh, maybe sebab badan aku letih kot, lepas kerja sambung work out gila² kat gym lagi. Mungkin ni sebab susu aku kurang, fikir aku. So akupun ambik inisiatif tidur awal sikit. Tapi lepas beberapa hari tetap la jugak tak mahu balik ke normal flow susu aku. Tak hilang cerita pasal susu ni, aku kena pulak penyakit mengantuk. Pukul 10 pagi aku dah tersengguk² depan PC. Buat report aku mengantuk, check kerja budak² aku mengantuk, nak karang email aku mengantuk hatta sampai terlelap masa jawab call pun ada. Bukan sehari dua aku kena penyakit ni, hampir seminggu! Stress mak!
Kemusykilan mula datang....apakah yang berlaku? Then satu subuh, bangun tidur aku terus bukak laci nak cari charger phone. Tiba² aku ternampak test kit, ntah apa dalam fikiran waktu tu, aku terus capai test kit & towel terus masuk bilik air. 3 minit kemudian mata aku terus celik segar bugar bila nampak 2 line kat kit tu.....oh mai gadddd, Apakah? Apakah? Apakah?
Few days after kejadian pagi itu aku pun jumpa doktor untuk pengesahan yang selanjutnya.
Aku: Doc, I buat UPT & found it positive. But the problem is my period tak regular since I breastfeed. So I'm not sure whether I'm pregnant or not
Doc: (Tergelak²) If the result positive, then positive lah dear. Let's do some scan
Okay, doc pun scan lah
Doc: See, it's already there, can U see the heart beat?
Ha'ah ye lah....aku pregnant!
Doc: Basically it's about 6 weeks now. Next month boleh start appointment with Dr Kannan (visiting gynae kat klinik ni)
Aku pandang en Suami, dia cuma tersengih aje sambil angkat² kening. So doc pun prescribe aku dengan multivitamin jugak letter untuk gym untuk hold aku punya membership. Serius sampai keluar klinik aku terasa terawang², macam tak percaya aku pregnant. Lepas tu en Suami boleh buat statement "Tu lah suruh lagi abang makan zinc & vitamin E hari²". Chaitt, hampeh! Aku suruh makan untuk jaga kesihatan, kesitu pulak dia.
Ku sangkakan susu merudum kerana nak period, rupa²nya sebab nak dapat orang baru....Keh keh leh walaupun macam tak percaya tapi aku bersyukur dengan kurniaan ni. Rezeki untuk kami sekeluarga.
Maka bermulalah juga episod memilih susu formula untuk si Inas bagi menampung keperluan susu harian dia. Next entry aku cerita pasal ni ya...

0 Komen:

Post a Comment