Bulan September ni Shaklee buat promo CoQHealth Plus. Product ni nak kata baru idak le sangat; launch masa convention aritu. Walaupun CoQHealth ni tak seglamer ESP mahupun Alfalfa tapi badan kita amat memerlukan nutrien ni. So arini aku nak cerita pasal CoQHealth Plus ni. Maka dengan itu entry aku akan bersifat sedikit ilmiah. Korang jangan ngantuk pulak baca.
Apa itu CoQHealth Plus?
CoQHealth plus ni adalah gabungan:
Coenzyme Q10 + Vitamin E + Green Tea Extract.
Coenzyme Q10 (CoQ10) adalah zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. CoQ10 ni banyak ditemui dalam organ² yang bekerja keras & memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang & pankreas berfungsi.
CoQ10 menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel² tubuh membakar gula & lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga; proses ini memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses ini berulang ribuan kali pada setiap saat bagi membolehkan jantung terus berdegup & membolehkan organ² dalam tubuh berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan.
CoQ10 dapat:
· mengukuhkan otot² jantung
· menyokong keupayaan mengepam darah
· memperbaiki peredaran darah
· mengawal keletihan
· meningkatkan tenaga & stamina
· meningkatkan fungsi otak
· Antioksida yang power à membantu melindungi arteri bagi mengatasi masalah pengoksidaan lipoproteins berpekatan rendah (LDL)
Extra...
· bila pengaliran darah lancar, oksigen & nutrien dibawa dengan efficient ke seluruh badan, menghasilkan sel yang baru & muda à kulit cantik!
· CoQ10 dikaitkan denga kesuburan;
I. proses pengeluran telur, ovulasi & perkembangan embrio memerlukan tahap CoQ10 yang tinggi
II. kesuburan lelaki dipengaruhi oleh penurunan fungsi mitokondria kerana protein membentuk sebahagian besar sel sperma & bergantung pada CoQ10 untuk sintesis
III. Dalam satu kajian (diterbitkan dalam Fertility & Sterility), lelaki dengan tahap CoQ10 yang rendah dalam air mani cenderung mempunyai motility sperma yang rendah & penambahan 200mg CoQ10 sehari Berjaya meningkatkan kadar motility sperma mereka
IV. Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Fertility and Sterility mendapati wanita yang mengambil sehingga 600mg CoQ10 sehari mengalami peningkatan dalam dalam kualiti telur dan kadar persenyawaan berikutnya
· CoQ10 berupaya meningkatkan metabolism badan, meningkatkan keupayaan badan untuk menukar makanan kepada tenaga dan mengawal gula & lemak dalam darah
Kenapa mesti CoQHealth Plus?
· 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth Plus bersamaan dengan + 1.7kg ayam @ 28 cawan brokoli
· Combinasi CoQ10 & vitamin E mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat dalam vitamin E
· Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah & jantung)
· CoQ10 yang berasal dari sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis
· Tanpa gluten
So itulah cerita CoQHealth Plus dari Shaklee. Nampak kan....banyak benefit CoQ10 ni. So as usual, pilihan kat tangan korang...nak order email je chantekanggun@gmail.com or sms 012-6564890.
0 Komen:
Post a Comment