Pages

Assalamualaikum.....


6 bulan yang pertama kita disarankan breastfeed baby secara ekslusif. Maksudnya tidak dicampur dengan air masak ke, air nasi ke...susu semata. Tapi kekadang baby ni dalam umur 4 bulan dah tunjuk tanda yang dia perlukan lebih dari susu ibu. Ada paed yang recommend untuk start solid food pada baby bermula dari umur 4 bulan lagi. Aku rasa zaman kita dulu² pun dalam umur 3 bulan mak² dah suap kanji kacau kan. Tapi  untuk meminimakan risiko, baiklah kita ikut saranan WHO.
Walaubagaimanapun, ni ada sikit checklist untuk kita tau yang baby dah ready untuk solid food;
·         Boleh mengangkat kepala dan kekal dalam posisi tersebut untuk satu tempoh masa
Ini membolehkan baby menerima makanan yang disuap ke mulut
·         Duduk dengan baik bila dipegang
Baby boleh duduk dengan stabil bila dipegang atau diampu. Kepalanya tidak bergoyang @ meliuk² ke kiri ke kanan seperti pokok ditiup angin
·         Melakukan pergerakan mengunyah
Baby berdaya untuk menolak masuk makanan ke bahagian dalam mulut & berkeupayaan untuk menelan dengan dengan betul
·         Berat badan naik dengan konsisten dan sihat
Bila berat badan dah naik seganda dari masa lahir, then ni juga tanda² baby dah ready untuk solid food. Selalunya ia akan berlaku sekitar usia baby 6 bulan. Tapi sekiranya berat baby tidak normal, pergilah discuss dengan paed.
·         Berminat dengan makanan
Bila baby mula pandang² bila korang makan, cuba mengambil makanan dari tangan mahupun beria nak masuk makanan ke dalam mulut. Tu dia bagi sign yang dia dah ready untuk solid food

Apa yang kita nak mulakan untuk solid food ni?
Ramai mak excited nak start solid food pada baby (aku pun sama jugak) tapi tak sure apa yang patut dibagi kan..Lupakanlah processed food (boxed cereal yang kat pasaraya tu), kita start dengan yang fresh & raw dulu ye. Contohnya avocado, pisang, kurma dan pear. Awal² ni kita nak bagi dorang explore dulu rasa & tekstur yang baru. Then later stage by stage kita introduce rasa & tekstur yang lain pada dorang pulak. Inilah masa yang paling seronok & pening (nak decide the best receipe kan)
Masa Akim dulu aku amatlah naif (konon) pasal solid food ni. Mak aku yang handle semua. Memula dia bagi cucunya kanji kacau tu. Tak lama lepas tu bubur nasi + ikan/ayam. Pastu bubur nasi + ketam. Aku pulak bila shopping kat Tesco mesti beli baby food yang dalam botol tu (brand Heinz) & Nestle Cerelac. Aku memang takde exposure langsung pasal homemade baby food ni. Maklumlah masa ni manja lagi...tambah pulak si Akim tu cucu yang terkecik antara semua, ramai yang jadik penjaga dia.
Then when it comes to Inas, aku dah tau banyak benda; it all start dengan breastfeeding. Bila dah breastfeed, aku jadi extra care apa saja yang masuk dalam perut anak aku. Masa ni lak jumpa kawan² yang selalu cerita pasal breastfeeding + homemade solid food. Aku pun terpengaruh sekali.
Inas dalam 5 bulan lebih dah start solid food. Yang paling awal aku bagi adalah pisang steam + breast milk. Punyalah suka, laju je masuk perut. Dalam seminggu tu memang pisang jelah sebab nak biasakan dia. Later aku tambah sikit dengan kurma. Lagilah dia suka, tapi combination pisang & kurma ni manis. Jadinya aku kurangkan kuantitinya & add up kuantiti breastmilk. Pada awal, aku cuma bagi satu meal sehari. Tapi ini budak memang selera makan jadinya buatlah 3 meal (breakfast/lunch/dinner) tapi dalam kuantiti yang sikit.
Dalam dua minggu lepas tu aku introduce pulak cereal (homemade punya) dengan combination buah/sayur/ayam/ikan. Jadi jadual makan Inas adalah;
Breakfast - rice/oat + pisang/kurma/apple/pear
Lunch - rice + ayam/ikan/carrot/kentang/labu
Dinner - rice + ayam/ikan/carrot/kentang/labu
Rice + ayam/ikan ni aku selang selikan supaya dia tak boring. Tapi si tembam ni memang takde masalah makan, semua ok je masuk perut. Alhamdulillah takde allergic, takde kembung. Emak² kena rajin explore resepi² baru untuk baby ni. Kat internet banyak web/blog yang boleh korang refer untuk dapatkan resepi/idea pasal solid food ni, antaranya;
Terpulang pada korang untuk pilih resepi mengikut selera & keperluan baby. Asalkan rajin pastinya mudah.

0 Komen:

Post a Comment