Pages

Assalamualaikum.....



Lama betul aku menyepikan diri...sawang dah bermaharajalela kat sini. Sejak menjak lappy aku buat hal, lepas tu kena pulak sindrom ala² writers block, terus senyap sunyi blog ni (tapi kat FB & IG aku kemain aktif). Jadinya dalam mencari feeling nak bercerita, adalah lebih baik aku mulakan dengan yang santai dulu, so harini aku nak review satu produk yang dah hampir 3 bulan aku guna:

- Colour Control (CC) Cream
- Silky Compact Powder

Kedua-duanya datang dari Farmasi Colour Cosmetic (FCC). FCC ni datangnya dari Istanbul, Turki. Ia offer Halal make up range yang mampu dimiliki oleh golongan marhaen (macam aku).  Halal kat sini maksudnya produk FCC takde contain anak beranak pork mahupun mana² animal part. FCC ni productionnya dijalankan oleh Muslim & dibawah Syariah compliance. Then ia ada 2 Halal certification; Turkey MOH Lab & Artibel (International independent body kat Turki).

Berbalik kepada CC cream, sesiapa yang suka light coverage aku memang recommend kan cream ni. Cream ni ada vitamin B3 & C, minyak macadamia, minyak argan & kolagen; premium ingredients tu (argan oil bukan murah hoi). Ada multimineral jugak dalam ni.

So far memang best; kulit aku boleh terima cream ni dengan baik, takde rashes ataupun pimples. Lepas pakai moisturizer, sapu lak CC cream ni then tenyeh lak compact powder nipis². Kulit jadi matte, takde crack² macam pakai foundation.  And yang buat aku lagi suka, kadar pengeluaran minyak kat muka adalah terkawal. CC cream ni takde bau & halus. Jadi senang nak sapu & ratakan; pakai tangan pun boleh.

Yang compact powder pulak, texturenya halus, pun senang nak sapu. Bila combine dengan cc cream tadi, kulit nampak natural & pore tu tercover jugak. Kulit takde nampak fancy² mak lampir sebab dedua ni  datang dengan fine texture and tak perlukan jumlah yang berkati² untuk sapuan. Aku boleh kata yang kombinasi 2 item ni sangat sesuai kalau nak guna as daily wear, pegi office or jalan². Walaupun tak bagi full coverage sampai berjam², for me sangat okay sebab senang nak basuh & pakai balik lepas ambik wudhu.

Price pun not bad; RM45.90 for CC cream, RM29.90 for compact powder. Dah 3 bulan pakai pun tak habis lagi. Kalau sesiapa yang tengah berkira² nak beli CC cream, try la yang ini. Tak rugi mencuba!





1 Komen:

jirus air said...

Thanks for review.Saya ambil infonya sahaja.lain lain tiada dulu kini dan selamanya

Post a Comment