Pages

Assalamualaikum.....

Dah masuk hari ke dua di tahun 2013, dan aku yakin hari ni ramai mak bapak yang berkumpul kat sekolah sebab hari ni first day persekolahan (bagi kebanyakkan tempat). Bagi yang baru masuk tadika atau darjah satu mesti akan ada episod nangis², jerit²….memang tak boleh elak punya. Anak bujang aku pun dah masuk tadika tapi kelasnya start esok…so aku tak tau lagi bentuk drama yang akan berlaku.
Tinggalkan dulu cerita masuk sekolah tu…hari ni aku nak cerita tentang breakfast. Ramai orang skip breakfast sebab dorang semua anggap breakfast tu ala² buat alas perut je, bukan penting sangat…tu ramai yang selalu mem’brunch’kan breakfast atau skip breakfast bila dah lambat nak pergi kerja sampai si anak pun tak sempat nak di bagi breakfast. Ramai orang tak sedar yang breakfast ni penting especially untuk budak².
·         Skip breakfast boleh buat budak² rasa letih, resah dan marah. Kenapa? Sebab badan manusia ni ibarat enjin kereta yang mana korang perlu isikan dengan minyak untuk bergerak. So sarapan ni adalah proses ‘mengisi minyak’ bagi badan. Lepas dah tidur 8-12 jam, badan perlukan tenaga untuk bergerak dan berfungsi hingga waktu makan tengahari.
·         Sarapan juga boleh membantu menjaga berat badan kanak². Breakfast ini ibarat kick start untuk metabolisma badan, so bila metabolisma ni dicuit dia pun start bakar kalori.
·         Budak² yang ambil breakfast mempunyai tahap kolestrol yang rendah
·         Sarapan akan meningkatkan daya tumpuan dan ingatan.
·         Possibility untuk korang makan terlebih² (sebab lapar sangat) time lunch sangatlah tinggi bila korang skip sarapan, dah tu makanan yang korang ambik tu tinggi lak kalorinya. Maka alasan skip breakfast untuk diet adalah amat tidak betul sama sekali
Walaupun breakfast ni penting, pilihan hidangan tu pun sama pentingnya. Breakfast yang bagus adalah yang mempunyai komponen kaya raya dengan fiber dan protein, tapi miskin karbohidrat dan gula. Ini adalah kerana;
·         fiber dapat membuat rasa kenyang/penuh yang lebih lama, nak membuang pun senang
·         protein untuk build up muscle dan mengelakkan rasa lapar di pertengahan pagi
·         karbohidrat dengan high glycemic index akan meningkatkan level glukos dalam darah, korang jadi mengantuk, selera makan jadi makin besar dan pendorong kepada obesiti
So suka atau tak, janganlah skip breakfast. Paling² tidak sediakanlah segelas susu/smoothies untuk anak² supaya dia tak lesu.
Shaklee ada pilihan bagi mak² yang sibuk sentiasa; MEAL SHAKES perisa French vanilla yang mana boleh dibancuh dengan susu/milo/chocolate etc…
Tambah 1 scoop dalam minuman favourite (kecuali adik beradik kopi & teh), shake shake shake…dah ready. 1 serving dah ada fiber, protein, karbohidrat, lemak, vitamin A, vitamin C, kalsium, zat besi dan rendah glisemic index. Cepat, mudah, sedap tapi berkhasiat; tak macam instant breakfast yang lain. Ni nutrition fact bagi meal shakes ni.


Meals shake ni pun sesuai bagi orang² dewasa, ibu² mengandung, warga emas, pendek kata untuk seisi rumahlah.


Bayangkan anak korang macam ni kat sekolah, orang lain excited belajar; dia dok sedap pejam mata. Bukan salah dia pun, silap korang yang tak sediakan breakfast yang berkhasiat untuk dia.


0 Komen:

Post a Comment