Pages

Assalamualaikum.....


Kat office aku budak-budak ni memang gemar buat makan-makan. Tiap-tiap bulan celebrate birthday..makan, kang ada yang sedekah sarapan especially hari Jumaat…makan lagi. Pastu kalau ada yang balik dari holiday/kampong, bawak makanan…makan lagi. Jumpa resepi baru, test masak pastu jamu budak-budak office…makan lagi.  Pendek kata sesiapa yang masuk kat department aku ni jangan mimpilah nak diet, memanjang je ada makan-makannya.
So minggu lepas, semua orang pakat buat pot luck untuk birthday celebration bulan December. Sebab dah muak nak order makanan yang berat-berat. Tak pun decide specific theme, tapi last-last hampir semua bawak makanan yang ala-ala western. Ada yang siap masak kat pantry lagi.
Aku dengan team kecik aku buat tortilla wrap. Senang kerja, kenyang perut. Ada cheese, ….melt…perghhh hilang calorie calculation hari tu.  Nampak macam susah je nak buat wrap ni tapi sebenarnya senang je (kalau korang rajin lah).


Ni aku sharekan resepinya….

Bahan²:
400gm daging kisar
2 biji bawang besar - dihiris
2 biji bawang putih - dicincang
1 sudu besar mix herbs
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 batang carrot - didadu
1 biji tomato - buang bahagian tengah & potong dadu
1 biji timun Jepun - didadu
6 keping tortilla
Sedikit cheese

Sos:
1 sudu besar sos cili
3 sudu besar mayonnaise
* campur kedua²nya & gaul rata

Cara²:
1. Tumis bawang merah & bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan daging kisar & tumis hingga hampir kering
3. Masukkan carrot, kacau & biarkan sebentar
4. Masukkan mix herbs & serbuk lada hitam, kacau sehingga rata
5. Perisakan dengan garam mengikut selera
6. Matikan api setelah daging kering, biarkan sejuk sebentar
7. Sapu sos atas tortilla, tabur daging kisar, timun & tomato
8. Tabur dengan cheese & gulung tortilla
9. Panaskan sebentar di dalam oven/atas dapur untuk cairkan cheese
10. Sedia untuk dihidang mengikut selera masing²

Wrap ni makan satu je dah mengenyangkan, so boleh jadikan brunch time cuti. Ataupun bawak untuk picnic/barbeque. Isi dalam tu boleh je variasikan, nak letak pisang dengan chocolate boleh, sosej boleh, chicken & mayo pun sodap.
Bagi yang tak sure macamana nak gulung wrap, ni aku aku tempekkan untuk korang.
 

 Selamat memasak & makan!

0 Komen:

Post a Comment