Pages


Assalamualaikum.....

Hari ni dah Syawal ke 12….Salam Aidilfitri buat semua. Ampun maaf kalau ada tulisan di blog ni yang kurang menyenangkan mahupun menimbulkan ketidakselesaan pada korang semua. Terlambat sungguh aku wish kan he he he. Masih lagi dalam mood beraya. Sepanjang 2 – 4 Syawal hari tu kerja aku adalah berziarah ke rumah sanak saudara En Suami;  dari Tanjong Karang – Sekinchan – Sabak Bernam – Hutan Melintang – Kuala Selangor – Sungai Buloh. Cipta rekod betul tahun ni. Kalau kat KL maunya aku cuma jejak rumah adik beradik aje, selebihnya melepak kat rumah. Ye lah rumah sape yang aku nak jejak? Kawan² semuanya dah berhijrah mengikut suami, sanak bukannya ramai mana, sehari dah habis meround.
Kat KL kami cuma masak rendang ayam & nasi impit aje. Mak & aku takde mood nak sambut raya beria sangat, kuih pun beli yang mana dan aje. Rasa sedih tu masih ada. Akibatnya pagi raya banjir rumah dengan air mata aku dan mak. Tapi bila balik Tanjong Karang, rasa sedih tu terbebat dengan riuh rendah suasan raya kat sana. Kiri kanan rumah mertua aku dikelilinggi sanak saudara. Sampai ke malam riuhnya masih ada. Tak sempat nak duduk layan perasaan pun. Jenuh melayan orang yang datang beraya. Budak berdua tu pun meriah collect duit raya.
Kat kampung ni, kuih rayanya pun boleh tahan; macam kat KL jugak. Pelbagai jenis pattern, kaler & nama. Cuma yang extranya adalah jeruk & asam. Boleh dikatakan setiap rumah yang aku pergi akan ada dua benda ni. Tapi aku pandang aje, tak berani nak makan. Paling tidak pun aku makan jeruk salak sebab dah tak boleh tahan tengok, tu pun sekeping aje. Nasib baik la aku ni bukan jenis mengidam benda masam  time preggy.  Orang² kampung ni meriah dengan makanan berat time raya ni. Menu akan bertukar setiap hari, boleh dikatakan 5 hari pertama tu hidangan berat memang sedia terhidang; rendang, nasi lemak, soto, laksa macam² lagilah. Kalau yang tengah berdiet memang meraunglah. Nasib baik aku terkeluar dari kategori ni so aku makan sampai kemuntat.
Selain dari makanan, yang aku notice beraya kat kampung ni kau tak payah sibuk nak call/sms tanya boleh datang ke idak. Just datang, pintu memang sentiasa terbuka & tuan rumah sentiasa ready je. Pastu kalau tuan rumah hidang kuih dengan air je, kau boleh dengar berpuluh kali perkataan maaf dari mulut dorang. Kalau kat KL mau kau kena tunggu orang tu buat open house baru lah boleh datang berziarah.
Aku balik KL Syawal ke 4, jadi buntu weh tengok kawasan rumah aku…sunyi sepi. Dalam sejam ada 2-3 je kereta lalu tu pun sebab nak buat u-turn kat hujung lorong. Nampaknya tahun depan aku kena cuti lebih lama kat kampung.
Belek² gambar...baru aku sedar tahun ni takdak gambar sefamili. Sebabnya anak bujang aku kena penyakit tak mahu bergambar. Kalau dapat pun memanjang tak semenggah. And kami belum ada masa lagi nak pergi ambik gambar. Ini jelah gambar yang sempat di snap.
 

0 Komen:

Post a Comment