Pages

Assalamualaikum.....

Most of big company kat Malaysia ni involve dengan CSR (Corporate Social Responsibility). And company tempat aku cari makan pun tak terkecuali. Jadinya bulan Ramadhan kali ni kitaorang ada shopping Raya bersama anak² dari Rumah Amal Nur El-Amin. Event berlangsung 26 Julai hari tu kat AEON Bandar Utama.
Aku memang excited dengan event ni, yelah aku nak menanggung budak² ni shopping raya memang tak mampu lagi, jadi bila company cari volunteer; laju je bagi nama. Pukul 7.40 pagi aku dah tercongok depan pintu masuk One Utama ni. Then ada simple briefing dari Corporate Comm, tak lama lepas tu budak² ni sampai. Alahai memasing cute² je (50 orang & most of them range umur 5 - 9 tahun). Dorang ni di dah di groupkan awal² supaya proses membeli baju lebih mudah & aku kena jaga group 2. Since volunteer group aku cuma ada 4 orang aje so aku dapat 2 orang anak, Naimah & Atiqa.
Kiut miut je bebudak ni
Lebih kurang pukul 9.15 shopping time pun bermula....baju memang cantik², murah & staff AEON One Utama ni pun very cooperative. Anak aku yang berdua tu mula² amat malu nak pilih baju. Perkara pertama yang dorang belek adalah tanda harga, takut mahal...sedih mak tau. Aku cakap kat budak berdua ni, pilih yang mana suka, tak payah nak tengok price tag bagai. Bila dah cakap gitu baru confident nak pilih baju.
Akhirnya dorang pilih kurung peplum, wedges, tudung ala² Siti Nurhaliza & 3 layer chiffon, Barbie hair clip. Lepas tu aku suruh pulak pilih long dress & sehelai t-shirt untuk tiap seorang (budget mencukupi, takkan nak beli baju kurung aje kan). Selesai!

Anak² lelaki diletak dalam troli, kalau biar berjalan jenuh lah 'bapak'nya nak mencari karang

Happy dah dapat baju raya
Habis sesi shopping ada sesi penyerahan duit raya & mock cheque untuk anak² ni. Yang tak disangka² budak² ni ada prepare persembahan untuk kitaorang semua. Ayo...sweet sangat!
Masing² dah kepenatan
Suara budak² ni merdu
Lebih kurang pukul 12, segalanya selesai. Penat tau tapi tak rasa tu hilang bila tengok muka polos anak² ni. Nak menitis air mata pun ada...kalau la boleh aku nak Akim & Inas merasa pengalaman bersama anak² supaya dorang lebih bersyukur dengan apa yang ada. Tapi anak² aku tu kecik lagi, masih tak paham tentang ni semua. InsyaAllah satu hari nanti bila dorang dah boleh memahami erti keperitan hidup, aku nak bawak dorang mengenal kisah kesusahan anak² ini....






0 Komen:

Post a Comment