Pages

Assalamualaikum.....

Okay masuk 2nd part pasal breastfeeding ni, kita cerita pasal posisi untuk menyusu ye. Bagi yang dah biasa, posisi tak menjadi masalah asalkan selesa, kau nak kuak lentang ke, kuak kupu² ke...ikut suka. Tapi bagi 1st timer posisi² berikut adalah untuk panduan korang.

1.     Posisi Mendukung/Buai (The Cradle Hold)

Yang paling biasa dilakukan oleh mak² semua. Ibu duduk & memangku baby dengan lengan. Kemudian muka & kepala baby mengadap breast.

2.     Posisi Mendukung Bersilang/Bersilang Buai (The Cross-Cradle @ Crossover Hold)

Lebih kurang posisinya macam yang no 1, baby dipangku sepanjang lengan. Ibu boleh menukar penyusuan dari breast ke kiri ke kanan atau sebaliknya. Sesuai untuk menyusukan baby pra matang & yang sukar untuk melekap

3.     Posisi Baring (The Side-Lying Position)
Favourite mak² pada waktu malam. Baby dibaringkan menghadap ibu (mengiring). Muka baby setentang dengan breast dengan seluruh badannya seakan melekap dengan badan ibu. Posisi ni sesuai untuk ibu² yang c-zer sebab kurang pressure pada bahagian perut si ibu. Jika bahagian belakang si ibu terasa lenguh, boleh diampu dengan menyendal bantal di bahagian belakang badan.

4.     The Clutch @ Footbal Hold

Satu lagi posisi yang sesuai untuk ibu² yang c-zer, juga ibu² yang ada large breast . Baby diletak disebelah menelentang. Tangan dibawah leher baby bagi menyokong lehernya, tarik baby rapat kesisi/celah ketiak. Posisi ini juga sesuai untuk mereka yanf ada anak kembar yang nak menyusu serentak.
At first time mungkin posisi ni semua nampak pelik. Ibu² kena mencuba untuk mendapatkan posisi paling selesa untuk kedua² belah pihak supaya proses latch on lebih mudah kemudiannya.

Latch On
Bila dah dapat posisi yang selesa, make sure baby latch on properly
1.     Pegang baby rapat ke arah badan (perut bertemu perut) 
2.      Ampu breast & halakan puting ke arah mulut baby
3.      Pastikan baby membuka mulut dengan luas dengan lidahnya ke arah bawah
4.     Masukkan puting hingga areola ke mulut baby - dalam keadaan ini pastikan baby datang ke arah breast, bukan breast ke baby
5.     Bila baby start suck, pastikan hidung baby hampir² menyentuh breast tapi jangan sampai penyek pulak hidung baby tu
6.     Lepas tu dah boleh dengar baby menelan susu yang keluar.
Pada permulaan sesi (bagi yang baru) proses ini mungkin sedikit sakit sebab baby nak biasakan diri. Tapi selepas 30 - 60 saat kesakitan ni akan mereda. Later ibu² akan start enjoy breastfeed baby. Bagi yang baru bersalin, bila baby start latch on korang akan ada rasa kat bahagian perut, aku tak reti nak explain rasa tu...tapi tu lah dia tanda² pengecutan rahim (Doc yang baca entry ni, kalau boleh explain sikit dengan ayat yang betul).
Next entry aku cerita pasal cara nak perah & simpan stock susu ye! Adios




0 Komen:

Post a Comment