Pages

Assalamualaikum.....




Bagi yang tak berkerja, direct feed adalah pilihan so amat jarang sekali golongan ni menyimpan stok susu. Tapi bagi yang berkerja, stok susu adalah penting bagi memastikan kelangsungsan bekalan untuk baby. Walaubagaimanapun dalam keadaan tertentu, walaupun si ibu tidak bekerja tetapi dia harus memerah susu bilamana mengalami bengkak payudara sedangkan bayi sudah kenyang menyusu ataupun mempunyai bayi pramatang yang belum bersedia untuk menghisap susu ibu.
Cara perahan ini terbahagi kepada dua; memerah dengan tangan & memerah dengan pam. Perahan dengan tangan ni juga dikenali dengan nama 'teknik marmet'. Teknik ni tak memerlukan apa² gadjet pun melainkan tangan korang & bekas untuk simpanan susu. Caranya?
1.     Make sure tangan dah dibasuh bersih
2.     Boleh duduk atau berdiri asalkan korang rasa selesa, urut breast perlahan-lahan
3.     Letakkan ibu jari di sebelah atas breast; dekat dengan areola, sementara jari lain di bahagian bawah breast
4.     Urut & picit perlahan area ni, ke arah bawah ye, dari arah breast ke arah putting
5.     Ulang lagi dan lagi, dapatkan ritma yang konsisten. Pada waktu ni, susu akan mula keluar
6.     Susu ni boleh perah direct ke dalam bekas simpanan
7.     Tandakan bekas simpanan dengan waktu & tarikh bagi memudahkan pengurusan stok nanti
Walaupun perahan dengan pam menjadi pilihan ramai, elok juga kita master dengan teknik marmet ni. In case pump tertinggal or rosak, proses perahan still boleh dilakukan. 

Pilihan bekas untuk simpanan susu
 Ada macam² pilihan kat pasaran; terpulang pada pilihan korang sendiri;



Penyimpanan Susu
 Susu yang dah diperah @ EBM (Express Breast Milk) haruslahlah dihandle dengan teliti & bersih, begitu juga dengan penyimpanan. Jadual kat bawah ni boleh jadi panduan untuk korang simpan susu & handle stok.


Stok movement haruslah FIFO (first in, first out).

Pencairan EBM
Untuk cairkan susu ni, rendam bekas simpanan ni dalam air SUAM (40°C - jangan air panas, nanti habis semua khasiat termusnah). Tapi kalau dari freezer tu kau nak cairkan dengan suhu 40°C...alamatnya meraunglah baby nak tunggu susu tu cair. Jadinya korang boleh buat begini;
1.     Tentukan berapa capacity penyusuan anak korang sepanjang hari
2.     Malam; sebelum tidur turunkan susu tu dari bahagian freezer ke peti ais bawah
3.     Then, waktu pagi susu tu tak la keras kedegang; so ni menjimatkan masa untuk korang thaw susu tu
Susu yang dah thaw ni jangan di simpan balik, habis sesi penyusuan balance susu (jika ada) ni haruslah dibuang. So jangan nak apply sesi jimat cermat pada situasi ni ye!
So sebagai motivasi untuk korang...aku tamatkan entry ni dengan sekeping gambar yang WOW!


credit to Human Milk 4 Human Babies

  

Assalamualaikum.....

Okay masuk 2nd part pasal breastfeeding ni, kita cerita pasal posisi untuk menyusu ye. Bagi yang dah biasa, posisi tak menjadi masalah asalkan selesa, kau nak kuak lentang ke, kuak kupu² ke...ikut suka. Tapi bagi 1st timer posisi² berikut adalah untuk panduan korang.

1.     Posisi Mendukung/Buai (The Cradle Hold)

Yang paling biasa dilakukan oleh mak² semua. Ibu duduk & memangku baby dengan lengan. Kemudian muka & kepala baby mengadap breast.

2.     Posisi Mendukung Bersilang/Bersilang Buai (The Cross-Cradle @ Crossover Hold)

Lebih kurang posisinya macam yang no 1, baby dipangku sepanjang lengan. Ibu boleh menukar penyusuan dari breast ke kiri ke kanan atau sebaliknya. Sesuai untuk menyusukan baby pra matang & yang sukar untuk melekap

3.     Posisi Baring (The Side-Lying Position)
Favourite mak² pada waktu malam. Baby dibaringkan menghadap ibu (mengiring). Muka baby setentang dengan breast dengan seluruh badannya seakan melekap dengan badan ibu. Posisi ni sesuai untuk ibu² yang c-zer sebab kurang pressure pada bahagian perut si ibu. Jika bahagian belakang si ibu terasa lenguh, boleh diampu dengan menyendal bantal di bahagian belakang badan.

4.     The Clutch @ Footbal Hold

Satu lagi posisi yang sesuai untuk ibu² yang c-zer, juga ibu² yang ada large breast . Baby diletak disebelah menelentang. Tangan dibawah leher baby bagi menyokong lehernya, tarik baby rapat kesisi/celah ketiak. Posisi ini juga sesuai untuk mereka yanf ada anak kembar yang nak menyusu serentak.
At first time mungkin posisi ni semua nampak pelik. Ibu² kena mencuba untuk mendapatkan posisi paling selesa untuk kedua² belah pihak supaya proses latch on lebih mudah kemudiannya.

Latch On
Bila dah dapat posisi yang selesa, make sure baby latch on properly
1.     Pegang baby rapat ke arah badan (perut bertemu perut) 
2.      Ampu breast & halakan puting ke arah mulut baby
3.      Pastikan baby membuka mulut dengan luas dengan lidahnya ke arah bawah
4.     Masukkan puting hingga areola ke mulut baby - dalam keadaan ini pastikan baby datang ke arah breast, bukan breast ke baby
5.     Bila baby start suck, pastikan hidung baby hampir² menyentuh breast tapi jangan sampai penyek pulak hidung baby tu
6.     Lepas tu dah boleh dengar baby menelan susu yang keluar.
Pada permulaan sesi (bagi yang baru) proses ini mungkin sedikit sakit sebab baby nak biasakan diri. Tapi selepas 30 - 60 saat kesakitan ni akan mereda. Later ibu² akan start enjoy breastfeed baby. Bagi yang baru bersalin, bila baby start latch on korang akan ada rasa kat bahagian perut, aku tak reti nak explain rasa tu...tapi tu lah dia tanda² pengecutan rahim (Doc yang baca entry ni, kalau boleh explain sikit dengan ayat yang betul).
Next entry aku cerita pasal cara nak perah & simpan stock susu ye! Adios