Seringkali doc pesan kan...jangan makan supplement @ ubat dengan air bercaffeine. Penah tak korang fikir kenapa? Ekceli amik vitamin sekali dengan segelas adik-beradik caffeine ni boleh menganggu penyerapan vitamin tu. Okay, let's check out apa akan jadi kalau kita ambik supplement berikut bersama caffeine;
Kalsium
Caffeine menyebabkan lebih banyak kalsium dikumuh dalam air kencing.Setiap 150mg caffeine yang korang amik (lebih kurang nilai untuk segelas kopi), 5 mg kalsium akan hilang.
Iron a.k.a zat besi
Caffeine mengurangkan kadar penyerapan zat besi. Dalam kopi/teh ada polyphenols yang boleh mengikat zat besi yang mana benda ni buat badan sukar menyerap mineral ni. Dah dok besar sangat, macamana la badan nak serap kan...
Vitamin B
Caffein mempunyai kesan diuretic yang ringan. Diuretic tu apa kebendanya? Alah, senang nak kencing...korang perasan tak kalau minum nescafe pastu jap lagi tu mesti nak kencing kan kan kan...Vitamin B ni salah satu vitamin larut air....abis kalau dah nak kencing jke kerjanya...memang hilang cepatlah si vitamin B ni. Selain tu caffeine ni menganggu metabolisma salah satu komponen vitamin B iaitu Thiamine (vitamin B1)
Vitamin D
Vitamin D ni penting dalam penyerapan kalsium. Kekurangan pengambilan vitamin D ni sebenarnya boleh buat tulang jadi nipis dan rapuh. Caffeine pulak menghalang reseptor vitamin D seterusnya menghadkan jumpah vitamin D yang akan diserap. So bila ambik caffeine dalam dos yang tinggi boleh meningkatkan potensi untuk bone loss pada spine. Homak aii kang belum tua dah kena osteoporosis...
0 Komen:
Post a Comment