Pages

Assalamualaikum.....


Hari ni aku nak bercerita tentang Energizing Soy Protein (ESP). ESP adalah antara produk SHAKLEE yang popular dikalangan pelanggan wanita & breastfeed mommies. Tapi ESP ni juga  boleh diconsume oleh jejaka & ayah-ayah di luar sana. Nak tahu kenapa?

Firstly, meh kita bercerita tentang protein; 25% daripada badan kita terdiri daripada protein; kuku, rambut, kulit & otot-otot. Dan badan kita juga memerlukan protein untuk membesar dengan sihat serta kuat. Protein yang mencukupi dapat mengoptimumkan kesihatan kerana protein diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzim, dan antibodi. Huish…penting kan protein dalam diet seharian kita.
 

Bagaimana pula dengan supplement Protein keluaran Shaklee ini?

Energizing Soy Protein (ESP) adalah supplement;

·         yang diperbuat daripada soya yang tidak diubahsuai genetiknya, tidak mengandungi perisa, pemanis dan pewarna tiruan juga tiada bahan pengawet

·         mengandungi  14 gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan

·         mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dengan sendirinya

·         memberi  tenaga yang berpanjangan disebabkan Indeks Glisemik yang rendah (kurang daripada 55) -  tahap glisemik yang rendah ini membantu gula dilepaskkan kedalam darah secara perlahan. Dan pengekalan tahap gula yang normal dalam darah amat penting bagi mengurangkan berat badan dan membantu badan bertenaga dengan lebih konsisten

·         protein yang cukup dapat membantu membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu badan yang rosak

·         membantu mengekalkan tahap kolesterol  normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat (ha…kan elok untuk jejaka & ayah-ayah)

·         membantu mengekalkan kepejalan otot-otot  - bagi yang sedang berdiet ini dapat membantu mengelakkan badan dari jadi mengeleber tau

·         dan bagi ibu-ibu, ianya dapat membantu memekatkan susu badan – si manja anda anda akan lebih kenyang; maka tidurnya akan lebih lena

·         bagi wanita pula;ianya dapat menganjalkan payudara dan mencantikkan kulit, 1 produk untuk dua hasil...ini satu bonus



Banyakkan benefit ESP ni, maka tidak hairan lah ianya sentiasa menjadi hot order.



Berminat dan teruja untuk merasai kebaikan ESP? PM aku di chantekanggun@gmail.com ya.

Aku sudah merasai kebaikannya…korang semua bila lagi?



Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Assalamualaikum.....


‘Tahniah puan, anda hamil!’…Inilah yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan suami isteri apabila sudah melayari hidup berumahtangga apatah lagi kalau penantian untuk cahayamata itu sudah terlalu lama.  Siapa yang tidak gembira untuk menjadi ibu dan ayah kan. Tak sabar rasanya untuk mendengar tangisan  si comel dan mendakapnya
Apabila dah confirm hamil; mulalah bakal ibu dan ayah excited tentang persiapan untuk menyambut orang baru; bertelagah tentang nama-nama pilihan, mencari-cari hospital terbaik dengan pakej bersalin seperti pakej pelancongan (3 hari 2 malam), menjengah-jengah shopping complex untuk mencari stroller pada harga diskaun (bagi yang berada di KL silap-silap SOGO tu menjadi jengahan wajib setiap minggu), memilih baju untuk yang cantik dan menarik untuk simanja dan mengoogle set bersalin yang effektif. Ye lah kan, semua orang mahukan yang terbaik.
Bercerita tentang terbaik, masih ramai yang percaya dengan susu formula; yelahkan diwar-warkan kaya dengan DHA lah, tiada gula lah, meransang pertumbuhan otak lah…dan berbagai lagi sedangkan SUSU TERBAIK bagi baby datangnya dari ibu itu sendiri.
 Susu ibu mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam komposisi  dan suhu yang betul. Ianya juga senang dihadam dan diserap dengan berkesan oleh badan si manja. Susu ibu juga mengandungi antibodi yang boleh melindungi si manja dari jangkitan.
Dan bagi mendapat susu yang berkualiti, si ibu juga mesti memastikan dirinya mengambil diet yang seimbang disamping makanan-makanan tambahan yang dapat menggalakkan penghasilan susu juga memenuhi keperluan vitamin dan mineral untuk ibu (jika ibu kurang sihat dan cergas; kemuruduman susu akan berlaku).
Ada ke supplement yang dapat membantu penghasilan susu ni? Pasti soalan ini bermain diminda kan (sebab aku pun pernah bertanya soalan yang sama). Jawapannya; MEMANG ADA! Nak tahu? Akan dikongsikan di post yang akan datang ya…..