Pages

Showing posts with label Pemandangan/Fotografi. Show all posts
Showing posts with label Pemandangan/Fotografi. Show all posts
Assalamualaikum.....


Dah lama teringin nak ke sini tapi baru sekarang tercapai hajat. Rancangan asal si Inas akan ikut sekali tapi malam sebelum tu dia naik demam dan bila dikejutkan pagi tu, dia kata sakit kepala. So tinggalah member kat rumah dengan si Imran.
Gigih aku bangun jam 3 pagi bersiap & kejutkan ahli rombongan serumah. Jam 4 keluar rumah, drive santai² dan ampai kat ladang kelapa sawit di kaki bukit lebih kurang jam 5:30 pagi. Ambik feel kejap then dalam 5:45 pagi kami bergerak naik.
ahli rombongan memecah lemak



Aku underestimate dia, punya la deras mendaki, aku kempus kempas

Laki bini tak reti selpie
Punyalah ramai manusia pagi ni, meriah sangat. Sampaikan sesak di 2-3 tempat untuk naik ke atas. Aku yang tak prepare apa² ni kempus kempas juga nak sampai ke atas, tapi si Hakim siap berlari². Huh, melawan tokey betul si bujang ni. Kami sampai ke atas lebih kurang jam 6:30 pagi. Ambik nafas kejap & mula enjoy the view.

MasyaAllah, sangat lah ohsem duduk kat atas tu, dengan angin yang nyaman, warna alam yang menghijau & bunyi lalang bergesel menimbulkan irama yang sangat menenangkan (walaupun ada manusia yang tengah terpekik terlolong macam ungka hilang anak).


Kami stay lebih kurang 1 jam je kat atas, namun sempat jugak la berposing sana sini, selpie bagai lepas tu terus turun. Tak boleh nak tunggu lama² sebab makin ramai manusia yang naik, kang mau sesak kalau berlengah nak turun.
Sampai bawah, sempat pulak pekena air kelapa muda. Lepas tu proceed ke Pekan Semenyih menyantap nasi lemak ayam goreng crispy sebagai reward berjaya menawan puncak Broga...eceh.
Since aku tak buat apa² eksesais melainkan eksesais mulut sejak lepas raya, memang terasa lenguh & sakit badan. Jadinya untuk mengelakkan musle pain & sore yang kritikal, aku ambik Cinch Cafe Latte (protein powder) pada belah petangnya & 4 biji Osteomatrix before tidur.
Next day, Alhamdulillah berdaya mendobi & melipat kain yang bergunung-ganang.

Bila lagi nak mengulang Broga?
Tunggu dapat kerajinan nak bangun pukul 3 pagi ha ha ha!
Assalamualaikum.....

Sebenarnya aku takde perancangan langsung nak ke Tioman, tak wujud dalam travel list aku pun. Kehadiran aku pada MATTA Fair masa bulan Mac lepas adalah nak survey pakej ke Kota Kinabalu. Tapi dek pujukan kawan², akhirnya aku terjebak jugak ke Tioman.
Pilih pakej dari Berjaya sebab aku rasa macam berbaloi sebab include makan minum, banyak star, private beach bla bla bla....nampak perfect kat mata aku (tanya cik abe, dia pun kate ok so bini dia ni pun apa lagi...)
Perjalanan dari KL - Mersing, kami (2 family) decide naik bas. 11:30 malam dari TBS, tiba kat stesen bas Mersing lebih kurang jam 5 pagi pastu jalan slow² ke jeti. Feri jam 8:30 tapi kena ada kat jeti satu jam sebelum berlepas sebab nak kena collect ticket, bayar untuk Marine Park Conservation Fund & dapatkan boarding pass (takde boarding pass tak boleh naik ok). Kalau orang tak ramai proses ni senang tapi bila cuti sekolah...boleh agak la kan macamana keadaannya. Tak kalah seperti pasar borong.
Dari jeti Mersing ke Tekek ambik masa lebih kurang dalam 2 jam. Keadaan dalam feri (Bluewater Express) biasa² je, agak sempit & berkuap. Si Imran bila masuk dalam feri bantai melalak macam kena pukul, krew feri pun macam cuak. Bila naik kat tingkat atas baru dia diam (tingkat atas ni luas sikit & tak banyak kerusi, aku assume dia rasa lebih lega kot) and sepanjang jalan budak bertiga ni tidur je sebab takde benda nak dibuat.

pemandangan di seberang jeti Mersing
                                                       
Terik mentari di tengah laut

Sampai jeti Tekek, hajat nak lunch tapi sebab shuttle dah sampai so tapau je mana yang sempat. Untuk penginap di Berjaya, shuttle disediakan untuk mengangkut korang dari jeti ke resort. Sampai resort, settlekan urusan check in; campak beg masuk bilik, pastu proceed ke tepi pantai untuk kenyangkan perut. Pastu masuk bilik, semua orang qada tidur ha ha ha



Bagi yang single mingle mungkin banyak aktiviti yang boleh dibuat, tapi pada yang ada anak kecik macam aku ni aktivitinya adalah mandi kolam & mandi laut. Dalam pakej aku tu ada satu sesi snorkeling kat Renggis Island. Jadinya second day, kami berbondong² lah ke jeti berdekatan dengan dive centre untuk ke Renggis Island ni.

panas..belum snorkeling muka dah start legam

yang kecik tu la Renggis Island
 Masa ni la baru terbongkarnya rahsia yang memasing takut nak snorkeling (termasuk cik abe). Aku tak tahu nak gelak ke nak nangis...aku sorang je gedik yang amat bersnorkeling sedangkan dia duduk je atas kapal. Padanla dulu masa pegi Pangkor, bila aku ajak snorkelling dia semedang tak nak..rupenya takut kau.
Sesi snorkeling ni pada awalnya aman damai tapi bila datang sekumpulan manusia yang tak berapa nak bertamadun snorkeling di area kami...down terus mood. Terjerit², terlompat² sampai menakutkan budak, haruslah kami balik ke pantai aje. Abang boat yang baik tu seakan memahami, terus start engine hantar kami ke pantai. Budak² continue mandi + snorkeling kat tepi pantai. Aku nak join jugak tapi apakan daya, si Imran mengamuk nak tidur...jadinya hanya jadi penonton ajelah. Agak² dah rentung kulit, barulah memasing sedar diri nak balik.
Petang tu kami keluar ke Tekek. Hajat hati nak menyinggah ke Marine Park. Tapi disebabkan dah petang & jarak perjalanan yang agak jauh untuk menapak so plan cancel. Dan tu ingat dapat la naik shuttle untuk balik ke resort...tapi nan hado! Maka terciptalah sejarah menapak lebih kurang 2.4 km menonggek naik & turun bukit sambil mengendong si Imran. Hilang 2kg aku kat situ.


mak dara super cun legam dimamah mentari
Dan pada malamnya, mood kami makin hilang bilamana waktu ni (Jumaat) ramai yang dah check in termasuk satu group besar biz MLM hinggakan suasana damai dinner dah seperti pasar malam. Just makan apa yang sempat diambil & balik bilik untuk packing barang & rehat.



Next daynya pun, waktu breakfast suasana masih macam pasar malam. Again, kami makan apa yang dapat diambil je. Then balik bilik untuk setllekan apa yang patut & jam 10:30 check out.
Di jeti, sekali lagi kena melayan kerenah itu ini untuk dapatkan boarding pass. Cik abe kata, kalau nak datang Tioman lagi...tunggu 2 tahun lagi baru datang. Next trip cari yang darat je, dia tak mahu pegi pulau (eh boleh pulak gitu). Aku iyekan je lah padahal dalam kepala dah terbayang Perhentian pulak....he he he.
Nak kata aku puas hati dengan trip ni...tak le sangat tapi sebab aku yang decide untuk pilih yang ni..so tak boleh nak komplen lelebih. But banyak pengajaran yang aku dapat untuk aku applykan bila ke Perhentian nanti (hopefully cik abe aku tak skodeng entry ni), insyaAllah.
Assalamualaikum.....

Ni cerita gila oleh bebudak ofis aku, cerita pasal makanan pastu tetiba, “Eh jom kita check in kat Kuala Selangor, kita buat food hunting”
Ha…semudah itu je…aku pun terjebak sama, cuma aku tak check in kat hotel, aku check in kat rumah abah mertua ku lah.
Bagi yang tak tahu, kat Kuala Selangor, Tanjong Karang & Sekinchan ni banyak tempat makan yang best….cuma exposure kat media tu kurang sikit. Rata² ingat tiga tempat ni sawah padi & tempat ikan fresh semata. Kalau rajin ‘mengukur jalan’ mesti akan jumpa tempat makan yang best & murah.
Ekspedisi food hunting ni bermula di Cendol Bakar, Kuala Selangor. Bukan cendol je ada, rojak ada, coconut shake ada, karipap gergasi ada…macam² lah ada. Semua kat satu tempat. Cendol Bakar ni time weekend/public holiday memang penuh, drive thru pulak jammed aje.
Then dorang ni check in kat Apps Hotel, dekat je dengan Jambatan Kuala Selangor. Biasalah new hotel kan…facilities cun belaka.
Dah rehat² dorang continue ke Warung Ibu untuk membaham soto & nasi ambeng. Dah kenyang kat situ, berangkatlah mereka ke Sungai Sireh untuk menjemput ibu comel sekeluarga. Sampai² je aku jamu dorang dengan pechal.
Dah kenyang dengan pechal, aku pun lead lah rombongan ni menuju ke Parit 9. Nak singgah ke Restoran Lembah Bernam tutup pulak; bawak le dorang ke tempat kerepek. Huish memasing borong kerepek macam nak buat bisnes, sampai penuh bonet. Aku pun sama jugak, kemain borong kerepek pedas.
Lepas memborong, kami ke Pantai Redang, Sekinchan untuk tengok sunset. Pantai ni idakle boleh mandi manda, setakat cuci² mata tu bolehlah. Tapi kalau Kerajaan Selangor atau Tourism Malaysia ambik initiative untuk upgrade tempat ni, aku rasa boleh jadi tumpuan. Kat Sekinchan ni restoran seafood yang HALAL harapkan Sekinchan Ikan Bakar je (kami tak makan pun kat sini sebab baca review banyak yang hampeh dari yang ok). Apesal la takde yang Islam ambik peluang bukak kan…sebabnya bekalan bahan mentah senang² je…dekat nau ngan pengkalan ikan.
Lepas tengok sunset, perut lapau la balik…so next pit stop adalah Kari Sembilang Sg Pinang; kitaorang order 2 jenis masakan, kari & masak asam. Pergh…kuahnya mengancam beb, ikan pulak tak berbau. Kat sini, kita order dulu baru dorang masak tau….so lauk tu serve panas². Habis nasik sepinggan, memasing lupa jap pasal diet.
Pastu aku berangkat balik ke rumah abah mertua, dorang lak continue shopping kat Kuala Selangor. Esoknya lepas check in dorang continue pulak makan mee udang banjir & stop lagi sekali kat Cendol Bakar….pastu whatsapp gambar kat aku…mencik sangat.
Petang Ahad tu kekonon nak singgah lah Cendol Bakar sebelum balik KL….tapi pukul 6 petang dok penuh lagi…terus cancel….telan air liur je lah kitaorang anak beranak. Sah² la aku kena tunggu raya nanti baru dapat makan cendol bakar tu…takpa....belajar bersabar lah aku.
Nah, korang layan la gambar² ni semua...

Atas: Rojak King
Bawah (L): Coconut Shake (R): Cendol Bakar

Atas (L-R): Kari & Asam Pedas Sembilang, Nasi Ambeng
Bawah (L-R): Soto, Mee Udang Banjir
  
Kat tepi jalan area Sekinchan korang boleh beli buah² macam ni


Sunset dengan 2 filter yang berbeza...tapi pakai phone ajelah

Bebudak main belon kat Pantai Redang

Posing anak² dara

Posing anak dara, anak bujang & si bapak yang tak bujang
Assalamualaikum.....

Minat yang telah lama dilupakan, fotografi. Dulu penah verangan nak jadi professional photographer tapi tak di approved. So snap gambar untuk koleksi sendiri aje lah hu hu hu.