Pages

Assalamualaikum.....

Ha kau...macam blogger fofular pulak nak buat product review gitu. Ni first time aku buat review kot.....eh second time, yang first dulu pasal breastpump, sila baca kat sini. Tapi benda yang baik memang patut di share tambah² kalau kau dah mengalami/menggunakan produk tu kan.

Harini aku nak cerita pasal minyak baby (ada yang panggil minyak telon jugak). Untuk 2 anak yang sebelum ni aku guna minyak yu yi waktu dorang baby. So memang jarang kembung (cuma dulu Akim ada tanda² angin pasang, after berubat baru jarang kembungnya). Masa mengandungkan Imran aku terjumpa pasal Tropika Baby Herbal Cream tapi aku tak ambik pot sangat pasal ni. Then bila Imran lahir, duduk kat rumah kegilaan aku pada Instagram mula bercambah. Kat ig lah aku tau lebih lanjut & baca testi orang pasal herbal cream ni. Jadinya tangan aku pun gatal lah pegi beli benda ni. Tak expect sangat kesan yang 'wow'.
Tapi bila dah pakai, eh best la pulak. Tiap kali lepas mandi mesti sapu kat ari², betis & tapak kaki si Imran. Jap lagi tu dia mesti pot pot pot terkentut², macam machinegun. Then bila malam aku sapu kat dada & belakang dia, sebab kitaorang ni tido berkawankan kipas. Bukan Imran je yang guna, si Inas & Akim pun guna sama. Kena gigit semut pun aku bantai sapu dengan krim ni. Idaklah la rasa gatal menyengit tempat gigitan tu, kuranglah menggaru budak² ni. Aku sendiri pun guna krim ni buat sapu kat perut & kaki, suka dengan effect beranginnya.
Ingredients untuk krim ni adalah minyak kelapa dara, ekstrak halia & minyak kayu putih; simple aje ingredientsnya. Krim ni takde bahan steroid mahupun paraben. Oh ya, krim ni juga dikilangkan oleh pengilang bumiputera Muslim, insyaAllah kehalalan krim ni tak perlu diragukan. Lepas ni aku tak pandang dah minyak yu yi, kalau pakai pun sebab nak menghabiskan belen yang sedia ada je.
Kepada ibu² mahupun bakal ibu, aku recommendkan krim ni sebagai salah satu item dalam list barang baby korang.

p/s: Aku tak jadik bukak booth esok sebab emak mertua terchenta suh balik kampung nak buat kenduri arwah. Bulan 4 nanti mungkin aku akan berjimba join bazaar balik. Anything akan diupdate later, tapi kalau nak tau latest aktiviti aku yang comel ni lawat & follow aku kat http://instagram.com/chantekanggun 

 
Assalamualaikum.....

Sabtu lepas, buat pertama kali dalam hidup aku bukak booth. Kelakar ada, jakun pun ye jugak. Masa mula² dapat invitation nak buka booth tu, aku kemain gedik lagi. Tanya En Sahrul, dia ok ke nak join; dia kata terpulang. Aku dengan konfidennya laju je buat booking & payment.

Bila dah bayar tetiba aku jadi takut seh, terpikir macamana aku nak promote supplement ni. Ada ke orang nak dengar celoteh aku? Boleh ke aku jawab soalan kastemer on the spot? Tapi dalam takut² tu aku sempat jugak buat bunting, contact supplier untuk dapatkan quotation untuk botol sample, tempah lagi flyers....ni la yang orang kate takut + gedik....dalam takut² tetap buat.

So on 15 haribulan aku dengan En Sahrul pun berkobar² datang ke Rasta TTDI. Rasa macam dah cukup lah persiapan kitaorang, dengan alas meja, bunting, flyers, biz card bagai...

Sampai kat sana, ramai juga vendor yang dah setup. Bila tengok booth dorang, terkedu aku. Kemain lagi hiasannya, siap ada yang bawak fresh flower & carpet lagi. Aku pandang En Sahrul, dia pulak pandang aku. Cikai betul booth kitaorang, tapi kitaorang gamble aje bukak dengan apa yang ada.

Rupa booth masa first day

Sambil² edar flyers, sempat jugak aku jenguk booth orang lain untuk ambik idea kononnya lah...lepas tu terjebak jugak beli macam², mostly makanan (lepas dendam betul...baru abis pantang la katekan)

Sales hari pertama sedikit slow & orang pun tak ramai yang datang. Tapi itukan cabaran meniaga....so kitaorang laki bini bertabah lah (ape kau ingat kau retis fofular, sekali bukak booth terus dapat sales ribu riban???)
On 2nd day, booth kitaorang lawa sikit lah sebab aku bawak kain alas meja 2 layer...nampak la semengggah sikit. Pastu ada tester ESP + Sunquick Oren. 

Semenggah sikit rupa booth aku masa second day

Hari kedua ni lebih meriah berbanding hari pertama tapi aku terpaksa tanpa rela tutup booth awal sebab kereta kesayangan aku tak boleh start...entah apa bengongnya lah kereta tu, nak kata bateri dah kong, baru je lagi tukar bateri, pastu suka hati je alarmnya nak bunyi, lampu brek pulak macam lampu disko asyiklah lip lap lip lap walaupun dah cabut kunci. Tak memasal abang ipar aku terpaksa datang untuk jumperkan kereta tu. Sedih wo terpaksa tutup booth awal. Tapi zikir Ya Wahab tetap aku alunkan (ni pesan dari  mentor² aku). Alhamdulillah tetiba ada wassup masuk...orang order. Terubat hati mak tau...


So itulah cerita orang yang first time bukak booth. Ahad malam, sambil duduk² rehatkan badan aku tanya En Sahrul serik tak nak bukak booth lagi; dia kata kalau ada peluang lagi why not. Aha, green light dah dapat kan...dia ok aku lagilah ok. Rasa seronok pulak bila buat offline sale gini. InsyaAllah ada rezeki awal bulan Mac nanti ada satu lagi bazaar yang aku akan join. Tempatnya dalam KL jugak, dengar cerita kat tengah² KL. Nanti bila dah dapat confirmation akan aku war²kan ye.
Assalamualaikum.....

Bulan ni promo dari Shaklee (Buy 6 FREE 1) adalah Vita-Lea.
Sebelum kita tengok khasiat-khasiat yang terkandung dalam Vita-Lea; meh kita berkenalan dulu dengan sejarah awal Vita-Lea ni.



Ini adalah produk pertama ciptaan Dr Forrest C Shaklee. Pada mulanya ia dipanggil 'vitalized mineral'; dimana beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayur-sayuran untuk mendapatkan nilai mineralnya.Kemudiannya sebatian ini dikenali sebagai vitamin; singkatan dari vitalized mineral itu tadi. Ini lah bermulanya penggunaan perkataan vitamin sehingga hari ini.Dulu multivitamin ni dalam bentuk cecair, tapi seiring dengan perubahan masa & teknologi multivits ni datang dalam tablet form sekarang ni.

Vita-lea ni bukan sebarangan multivits tau, diformula dengan 28 vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan kita. Image kita nak amik 28 jenis pill/tablet untuk setiap vvitamin & mineral ni...mau muntah hijau kau nak menelan semuanya kan. So Vita-Lea ni diformulasi untk memenuhi keperluan nutrisi ni secara seimbang.

Dah tu Vita-Lea ni disalut dengan serbuk nutrisi; spirulina & dihasilkan dengan teknologi yang kompleks yang dikenali sebagai 'Explo-tab'. Vita-Lea ni pantas terlarut dalam air untk memudahkan proses penyerapan.

Kenapa kita perlukan Vita-Lea ni?
Walaupun korang adalah penggemar buah²an & sayuran tapi amatlah susah untk mendapatkan semua vitamin & mineral yang kita perlukan dari diet semata². Malah kajian menunjukkan bahawa kurang dari 25% daripada orang dewasa makan 5-9 hidangan buah²an & sayuran seperti yang disyorkan. Kegagalan ini satu hari nanti membawa kepada terjejasnya sistem imun, keletihan, hilang daya tumpuan seterusnya menurunkan kadar kesihatan. Jadinya Vita-Lea ni membantu korang untuk memenuhi kelompangan nutrisi tu tadi.

Bukan itu aje, Vita-Lea;

·         Membantu meningkatkan tenaga dengan memberi tenaga segera & kecergasan pada tubuh apabila semua nutrien ni diserap oleh badan
·         Membantu dalam stimulasi metabolisma (yang nak SLIM, sila take note!)
·         Menyokong jangka hayat hati, usus & mata
·         Bagi wanita mengandung, bersalin & menyusukan;, iron dalam Vita-Lea ni membantu meningkatkan hb & mengurangkan kelesuan

Dan korang harus tau jugak yang setiap hidangan Vita-Lea (2 biji) menyediakan;
  • 2 kali kalsium untuk menyokong pembinaan tulang dan penyelenggaraan ketumpatan tulang
  • 2 kali vitamin D untuk menyokong penyerapan kalsium untuk tulang & gigi yang sihat
  • 2 kali beta karotena,vitamin A dalam bentuk berasaskan tumbuhan semula jadi
  • 2 kali vitamin E untuk menggalakkan sistem imun, kesihatan jantung dan kesihatan selular
  • 2 kali magnesium untuk membantu mengekalkan rentak jantung, juga fungsi otot dan fungsi saraf
  • 6 kali boron untuk membantu dalam metabolisme vitamin D dan menyokong pembangunan tulang
  • 10 kali Biotin, satu pemangkin untuk pengeluaran tenaga

Jadinya bagi yang tak suka nak makan banyak² pill mahupun tablet tapi memang lack sangat² dalam keperluan nutrisi ni, Vita-Lea memang sangat di recommend. Tak percaya? Meh cuba sekarang!


p/s: Sihat tu MAHAL! Sekarang mungkin kita tak nampak...tapi bila dah sakit nanti bar kita sedar. Tapi kenapa nak tunggu sakit? Sihat tu kan satu anugerah Allah takkan kita nak sia2kan anugerah tu?
Assalamualaikum.....


Al kisah; Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pemuda ini terlalu mengikut nafsu amarahnya terutamanya ketika bersama sahabat² nya. Dia langsung tidak memikir untuk menjaga perasaan sahabat² nya.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku² ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat meredakan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku² tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang² di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu terhadap seseorang ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kadang kala anakku, kau merasakan sikapmu itu wajar dengan kemarahan yang sedang kau tanggung terhadap insan di sekelilingmu, tetapi tanpa kau sedar kau telah meninggalkan luka yang sangat dalam di hati mereka yang mungkin terlalu menyayangimu...


For those yang aku pernah tinggalkan KESAN BERLUBANG DI DINDING HATI korang, maafkan aku! Sesungguhnya aku bukanlah manusia yang baik & sempurna namun aku berusaha untuk menjadi sebaik mungkin.